3.11.11

KENAPA KITA BEGITU?

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Amallah mula sesuatu perkara baik yang dan betul dengan syariat Islam dengan Bismillah.. besar dan hebat ayat ini yang biasa dipandang enteng oleh kita. Nak tahu lebih lagi tentang ayat ini bolehlah rujuk tafsir al-quran bukannya terjemahan. Tafsir untuk kita yang tak faham sangat bahasa arab ni bolehlah rujuk Tafsir al Azhar yang ditulis oleh Hamka.

Ruangan akal menulis dikhaskan untuk saya oleh pemilik blog ini dan memang lama tidak post sebarang penulisan. Bukan tak nak menulis tapi memikirkan ilmu tak banyak dan bimbang jika ia tersalah. Terasa nak tulis ni sebab ada perkara penting yang mungkin boleh merubah cara kita berfikir terhadap orang yang kita anggap 'sombong' tak banyak bercakap.

Saya bawa satu cerita yang disampaikan oleh seorang alim dalam kuliahnya. Ceritanya begini, orang alim ni ramai tok guru, salah seorang tok gurunya orang yang tak banyak bercakap sepatah di tanya sepatah dijawab. Banyak bercakapnya ketika mengajar ilmu sahaja. Satu hari orang alim ni pergi ke rumah tok guru dia. Orang alim ni buat-buatlah tanya macam-macam supaya dapat bercakap banyak dengan tok gurunya. Tapi begitulah perwatakannya sepatah jawab sepatah.

Jika kena pada kita apa kita anggap? Tok guru ni memang tak pandai jaga hubungan sesama manusia, sombong dan macam-macamlah yang kita anggap, tu tandannya kita tak guna mata hati tak pun hati kita memang kotor. Perwatakan tok guru ini pernah dimarahi oleh isterinya. Kenapa buat macam tu kan orang datang rumah kita mana boleh buat tak layan macam tu. Apa jawab tok guru tu? lebih baik diam dari bercakap, banyak bercakap banyak mengata orang banyak menyakitkan hati orang, jika dia tidak suka bukan masalah saya tapi masalah orang yang datang. Berbeza pandangan orang yang berilmu agama dengan tidak berilmu agama ni. Jangan ambil contoh orang berilmu agama yang jahat ok!

Saya nak tanyalah suka tak kita tengok isteri kita bercakap dengan lelaki lain sambil ketawa-ketawa lepas tu nak berpisah dengan lelaki tu lambai-lambai lagi. Suka! orang yang suka tanda anda dayus wahai suami. Carilah hadis Rasulullah tentang ini. Saya cadangkan kitab Muhimmah, saya pun tak baca habis cuma saya dengar kuliyyah ustaz Shamsuri tentang kitab ni saya beli dan saya dengar lagi sekali. Nak dengar kuliyyah ni carilah kat internet.Berfacebook dan macam-macam lagi tentang teknologi IT kita tahu, takkan nak cari kuliyyah ni pun tak boleh?

Saya memang nasihatkan isteri saya supaya 'sombong' (orang melayu memang anggap sombong, orang islam yang faham agama walaupun dia bukan melayu dia faham kenapa perempuan solehah itu sombong) masa kerja sebab saya lelaki, saya tahu bagaimana kesudahannya jika mesra sangat dengan rakan sekerja. Saya suruh jaga hubungan dengan rakan sejawat lelaki, JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING. Sebab apa? mesra sangat penghujungnya gurauan SEKS yang akan dapat, tak percaya ke? tak payah nak buat kertas kerja dan macam-macam lagi nak kaji. Pegi tempat kerja ada mata tengok ada telinga dengar. Sesuatu yang ada nas al-Quran dan Hadis ada keesahanya.JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING ini pun untuk saya sekali.

Saya juga berusaha jaga sebab apa? jika kita buat beramah mesra dan berguarau SEKS/LUCAH dengan isteri orang, anak perempuan orang, begitu jugalah orang akan perbuat pada isteri kita dan anak perempuan kita.FAHAM! Saya ajak semua dalami ilmu agama bukan untuk mengajar orang pun. Sekarang ni dah ramai orang yang layak mengajar agama, kita belajar untuk kita FAHAM agama. Ingat tuan, perempuan asalnya duduk rumah, nak kerja boleh tapi banyak kena jaga sebab perempuan itu FITNAH PALING BESAR UNTUK LELAKI, carilah hadis dan ilmu ini semua ada dalam agama ISLAM, carilah kawan! nak masuk tandas pun Islam bagi garis panduan takkan perempuan bekerja di luar tak ada garis panduan, carilah ilmu ni kawan baru kita boleh buat refleksi atau kita menulis dan orang faham kita yang menulis ni faham islam.

Saya cukup hormati rakan sejawat saya yang perempuan, pakai tudung labuh baju besar lepas tu muka lebih masam dari cuka tapi bila kita ada kerja yang perlu dibincangkan MEREKA TU OK. Saya rasa mereka tu dah disekolahkan oleh suami mereka. TAHNIAH untuk mereka. Saya pun pesan JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING dengan rakan sejawat perempuan, kenapa? carilah hadis dalam kitab Sahih Bukhari, tak ada? kena belilah, itulah kelemahan kita termasuk saya, sayang nak habiskan duit untuk perkara agama tapi untuk kereta, rumah telefon sanggup perabis duit.

Lebih kurang maksud atau tujuan Hadis Rasulullah S.A.W tersebut, ramai perempuan masuk neraka sebab mulut yang suka mengata orang, mengumpat orang dan derhaka kepada suami. Tengoklah kat tempat kerja ada ke jumpa perempuan ni kalau berkumpul tak mengata orang? ada tapi tu mungkin satu perkara ajaib atas dunia. Bahaya mengumpat ni. Dosa tak terampun selagi tak pergi mintak maaf dengan orang yang kita umpat. Dah mengumpat ingat senang ke nak mitak maaf? rasanya panjat gunung lebih kita sanggup dari pergi minta maaf dengan orang yang kita umpat. Itulah sebabnya saya menyekolahkan isteri saya supaya JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING kat tempat kerja kerana Allah kerana Islam. Setakat yang ilmu yang saya ada yang terbaik saya dan keluarga cuba amalkan .Kami mahu menuju Allah dan Rasul. Doakan kami.

Buatlah sesuatu dengan ikhlas, jika kita buat sesuatu dan mengaharapkan orang puji kita, berterima kasih dengan kita, saya faham daripada kata-kata orang alim , perkara tersebut tidak ikhlas. Maknanya kerja kita sia-sialah kawan! nak tahu lebih lanjut pergi ke sini http://anaktokimam.blogspot.com/

Moga dapat ambik manfaat, anda yang baca wajib tegur saya jika ada dalam penulisan ini menyalahi disisi agama Islam. Biarlah semua orang diatas dunia tidak suka pada kita asalkan ALLAH suka pada kita, cukup ALLAH yang kita cari bukannya manusia.

4 comments:

Unknown said...

alhamdulillah...terima kasih...pagi jumaat baca blog dapat tambah ilmu dan ingatkan diri sendiri supaya menjadi sombong...biar sombong dengan manusia, jangan sombong dengan Allah...insyaAllah sama2 lah kita doa...

Unknown said...

alhamdulillah...terima kasih...pagi jumaat baca blog dapat tambah ilmu dan ingatkan diri sendiri supaya menjadi sombong...biar sombong dengan manusia, jangan sombong dengan Allah...insyaAllah sama2 lah kita doa...

@LeenShamsh said...

mama aisy: kdg kite duduk diam2 pun orang tak senang dengan kite..kite tak cakne perihal mereka pun mereka sakit hati sendiri..muge Allah tetapkan hati2 kite dgn taufik dan hidayahNya insyaAllah same2 berdoa ;)

Ummi Nur said...

Ummu Muhammad, itulah harga yg perlu dibayar bagi seorang muslimah bekerja..

Sentiasa dlm dilemma, di antara tuntutan syariat dan tuntutan kerja..Mudah-mudahan kita semua diberi taufik dan hidayahNya utk terus istiqamah..