Jeling-jeling entry bawah, angin panas naik ke entry atas. InsyaAllah ianya lebih kepada memperbetulkan tanggapan kita selama ini. Kita sering melabel orang sesuka hati tanpa memandangnya dengan mata hati. Orang yang faham agama akan mudah faham dan ianya sebati dengan mereka kerana isteri-isteri mereka juga adalah bidadari eksklusif mereka.
SOMBONG menjadi asbab jodoh kami dipertemukan. Kisah sombong saya memang telah bermula sejak azali. Bukan sombong tetapi segan ;). Segan mahu memandang. Segan mahu bercakap berlebihan. Segan mahu tersenyum-senyum kambing. Bercakap pun kasar. Semuanya nampak 'teruk' kerana memang itu yang saya mahukan apabila berurusan dengan jantina berlawanan. Itu lebih baik dari bergelak sakan dan beramah mesra tidak bertempat. Jadi, muka yang lebih masam daripada cuka adalah jalan untuk cover segala ketidak selesaan. Biarlah hodoh sekalipun, saya selesa begitu. Bukan saya seorang, akhowat-akhowat, muslimah-muslimah yang faham insyaAllah akan setuju dengan saya.
Menempuh alam bekerja juga saya menempuhinya sekali lagi. Isu yang masih sama iaitu SOMBONG. Pernah rakan setugas saya datang menyuruh saya beramah mesra dengan rakan-rakan lelaki yang lain. Sehingga begitu sekali. Namun, ianya tidak menjadi masalah buat saya kerana saya memang sering dipersalahkan tentang hal ini. InsyaAllah selagi ianya tidak mengganggu bidang tugas utama sebagai pendidik, hal tersebut tidak menjadi masalah buat saya ;).
Saya seorang isteri yang begitu taat menjunjung perintah suami selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam insyaAllah! Cemburu memang perlu ada dalam setiap lelaki bergelar suami. Cemburu apabila isteri dipandang-pandang. Cemburu apabila isteri ditayang-tayang. Begitu juga dengan suami saya. Maka menjadi kewajipan saya memelihara kecemburuannya itu hanya dan kerana Allah insyaAllah! ;)
4 comments:
N3 bawah tulisan ayah muhammad kah? kandungan yg sangat berkesan dihati.. peringatan bg yg alpa.. yg tampak manis di dunia, mungkin menghadiahkan yg pahit diakhirat..
Ps: gaya penulisan itu.. sedikit 'garang'.. ngeee.. jgn mare.. :D
ngaummm...hehehe
k. zefa: garang2 ayah, kalah dengan anak. lembut2 ibu, garang dgn anak hehe..darab silang ;P
nak bermesra dgn staff lelaki pun berpada lah jugakan.. berbual utk urusan kerja, udah le tu..
kakyong kan sebenarnya tak pandai sgt nak mesra2 @ ramah dgn biras2 yg lelaki.. ntah lah, kdg2 suami pulak marah... katanya sengaja sombong tak nak berbual berkenal2 dgn ipar duai... sbbnya x de apa nak dibualkan.. so diam ajer lah kan... ;)
samelah k.yong..dgn abg2 ipar pun tak reti nk cakap..itu lebih baikkan kakyong ;D
Post a Comment