Dengan penuh kerendahan hati, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran dari segi penulisan, lisan mahupun perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja yang berurusan dengan saya selama ini. Mohon ampun segalanya.
Kepada sesiapa yang saya pernah memakan mahupun termakan hartanya sehingga lupa untuk mengucapkan terima kasih dan mengundang rasa tidak puas hati atas sifat berat mulut saya terutama berlawanan jantina, mohon dihalalkan segalanya. Saya cukup takut perihal ini kerana Muhammad minum susu hasil daripada apa-apa yang saya makan. Sungguh azab rasanya untuk mensucikan diri dan BERSIH dari segala apa-apa yang orang tidak redho kerana impian saya sungguh besar untuk melahirkan dan mewujudkan generasi yang takutnya hanya apabila tidak mendapat keredhoan Allah. Mohon Allah keluarkan segala harta yang tidak halal di dalam diri saya melalui cara apa sekalipun waima terpaksa menanggung kesakitan akibat keracunan makanan seperti tempoh hari. Hal demikian lebih baik daripada menanggung dosa di akhirat yang sakitnya bukan mainan.
Sekali lagi mohon kemaafan dan keampunan yang bukan sedikit. Sebagai manusia biasa, sombong saya bukan bermakna saya seorang sahaja bagus, saya seorang sahaja yang masuk syurga, memandang orang lain seperti bukan seorang manusia gamaknya, tidak menjaga hubungan sesama manusia, ketahuilah sombong saya adalah kerana Allah. Sombong saya kerana memelihara kecemburuan seorang suami syurga. Hanya kerana takutkan Allah, hanya kerana taatkan suami. Itu sahaja tidak ada yang lain.
Juga, mohon diampunkan andai sepanjang saya hidup selama melebihi suku abad ini, saya menyinggung, terumpat, terkata, apa-apa sahaja perlakuan saya yang membawa perasaan kurang senang dikalangan teman-teman semua. Mohon dimaafkan agar mudah perjalanan hisab saya di padang mahsyar nanti. Saya tidak takut untuk mati tetapi saya cukup takut keadaan selepas mati. Ya Allah matikan kami dalam iman dan taqwa, aqidah yang sejahtera kepadaMu ya Allah!
Sesungguhnya diam itu lebih baik dari berkata-kata yang mengundang dosa dan menyakitkan hati orang lain. Selamat menyambut hari raya aidiladha 1432H. Mohon ampun dan dihalalkan segala-galanya. Maaf zahir dan batin.
4 comments:
^_^ prutusan eidul adha..
spatutnya kita raikan raya ni sungguh2 kn.. tp org melayu jd trbalik, eidulfitri plak yg brsungguh2..
anyway.. salam eidul adha. dan maaf jgk klau ada apa2 yg trsalah silap.
dtg jenguk Muhammad~ :)
hafriz: saling memaafkn dan mendoakan. muge Allah mudahkan perjalanan kita di negeri kekal abadi insyaAllah!
Salam aidiladha buat Muhammad sekeluarga.. maaf zahir batin.. kullu 'am wa antum bikhair..
Ps: balik ganu tak?
tak baliklah kak..sebab lagi 2 minggu balik cuti pnjg dah..tahun ni qurban jarak jauh hehe
salam aidiladha buat kak zefa sekeluarga..maaf zahir batin! sayang selalu! ;)
Post a Comment