Alhamdulillah kami telah selamat sampai semalam (khamis) malam. Alhamdulillah Muhammad dikurniakan kesihatan yang baik, tidak seperti biasa demam perjalanan jauh. Alhamdulillah ada nikmat ujian yang Allah sediakan. Sebaik sampai di Bayt Al-Iman, saya terus memetik suiz untuk menyalakan lampu utama diruang tamu berulang kali, namun tiada cahaya yang kelihatan. Saya sedar mungkin suiz utama 'tertendang' kerana mengikut cerita emak, semalam ribut.
Perkara pertama yang saya buat setelah mengesan ketiadaan elektrik ialah membuka peti tempat simpanan stok susu Muhammad. Bahagian paling depan dekat dengan pintu dan susu-susu yang berada di dalam botol telah mula mencair dan separa mencair. Saya segera pergi melapor kepada suami yang sedang menyiram sayur-sayurnya tentang ketiadaan elektrik sambil segera membuka kotak suiz utama. Alhamdulillah berhasil!
Suami pula segera ke peti sejuk untuk melihat keadaan susu Muhammad. Mungkin saya kurang teliti kerana terbayangkan saat-saat getir membuat stok susu semula. Menurut suami, bukan semua susu mencair. Bahagian bawah deretan susu yang di dalam plastik masih beku. Hanya susu-susu dibahagian atas dan di dalam botol yang mula mencair dan separa mencair.
Persoalannya, andai semalam (rabu) suis 'tertendang', apakah status stok susu Muhammad yang separa mencair dan yang masih membeku? Adakah tindakan saya mengalihkan susu yang separa mencair ke bahagian peti sejuk bawah (chiller) betul? Susu dibahagian chiller pula ketika ini kelihatan bertenggan. Adakah ianya sudah basi? Mohon pendapat rakan-rakan blogger yang membaca untuk tindakan susulan. Pendapat rakan-rakan didahului dengan ucapan jazakallah khairan kathira.
Keadaan susu yang dipindahkan dibahagian chiller.
8 comments:
Ibu Muhammad sangat GIGIH :)
Dugaan dan mungkin akan ader rezki kelak.. Saya pernah juga susu mencair sebab adik tak tutup rapat peti sejuk atas.. sedihnyer dan rasa down.. Ader member KIM cakap boleh bekukan balik susu yang sikit cairnya.. Yang mencair saya letak bahagian bawah dan cuba habiskan dalam masa 24 jam.. banyak terbuang.. sedih sangat.. alhamdulillah boleh cover sikit2... saya tak sejukkan balik susu separa mencair.. sebab takut memudaratkan..
Maaf, Ummu Muhammad. Kak zefa x dpt tolong bg info. Masa Yusuf dan Maryam dulu stok cukup2 makan je, tak dpt byk2 mcm tu.. Tp akak setuju dgn sunz sulaiman tntg habiskan dlm 24 jam tu.. wallahu a'alam.
Semoga Muhammad tidak kekurangan susu. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Berkenaan dengan bungkusan yang belum sampai tu, Ummu Muhammad boleh hantarkan saya tracking number melalui e-mail. Saya akan check di pejabat pos di Langkawi. Pihak pos akan check bungkusan itu dan sekiranya tak ada, mereka akan contact pejabat pos tempat Ummu Muhammad pos bungkusan . Sekiranya tak jumpa, mereka akan ganti kos buku tersebut.Sebenarnya tak ada masaalah dengan Langkawi walaupaun pos biasa sebab kami selalu guna pos biasa bagi barang yang berat. Apalah hikmahnya. Selalu lah bila berdepan dengan hal-hal yang baik akan ada saja ujian. Allah nak tengok adakah kita cepat berputus asa.
FCU: semoga sampai..ade due..satu buku..due hadiah muhammad GA..nanti cek semule alamat FCU bagi ye..
maaf, mungkin terlambat komen, akak sarankan bah. pintu dipenuhi dek ais pack bagi mengekalkan suhu jika berlakunya kes2 seperti ini.
ais pack tu kak ade tapi 3 je ade..kene beli ke? dah bagitau mak, andai ade kes2 ribut mcm tu, mintak tolong die cek elektrik dlm rumah. trime kasih banyk cadangan tu sesuai untuk yg tidak ade keluarga dekat dan penyelamat awal dalkam situasi saya mase hari tu..
Post a Comment