15.9.11

BERITA PALSU?

Bermacam reaksi yang saya terima berkenaan isu biskut munchys di entry sebelum ini iaitu BERITA TERKINI. Kesahihannya dipertikai. Sebelum itu, saya memohon ampun kerana begitu cepat siarkan mesej yang saya terima sebelum merujuk dengan lebih teliti. Setelah saya bertanya semula kepada naqibah saya, beliau memberitahu seorang pensyarah kenalannya yang mempunyai kawan di JAKIM membenarkan kes tersebut tetapi pada tahun 2005 dan sekarang sudah settle. Walau bagaimanapun, saya tetap mempertikai isu ini.

Sebagai contoh isu ayam yang tidak pernah berkesudahan. Buatlah seratus kali serbuan sekalipun tetapi hasilnya tetap sama. Status halal dan cara penyembelihan masih ditahap sangat menyedihkan dan kuasa pembeli terbesar adalah umat Islam. Acap kali disiarkan status ayam-ayam yang kebanyakkan dipelopori oleh golongan kuffar yang hanya tahu mengaut keuntungan dan pasti punya agenda tersendiri dalam mencari taktik menjahanamkan umat Islam secara halus. Bukan isu ayam sahaja, banyak lagi bahan-bahan najis seperti di dalam makanan ringan, makanan segera dan pelbagai makanan yang berada disekeliling kita cukup membuktikan apa muslihat pelopor ekonomi dunia sebenarnya.

Alhamdulillah setakat hari ini Allah izinkan kami untuk bukan sahaja memboikot barangan israel malah kami juga cuba untuk meminimakan makanan-makanan keluaran syarikat cina agak lama juga. Namun bukan sehingga tahap kerumah terbuka, jemputan juga mempersoalkan status halal setiap bahan-bahan masakan tuan rumah. Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk lebih memperhalusi pilihan makanan yang bakal menjadi darah daging. Kami dipertemukan dengan kedai Hab Halal. Disitulah ayah Muhammad berbelanja untuk membeli ayam organik, susu, tepung dan pelbagai lagi makanan ruji yang dibuat oleh tangan-tangan orang islam. Seperkara lagi, sejak isu roti yang mempunyai gelatin babi dan protein rambut, kami juga amat jarang makan roti. Hanya roti di kedai kek orang islam yang kami beli.

Walau bagaimanapun, mujahaddah saya kurang berbanding ayah Muhammad. Ayah Muhammad boleh tahan tidak makan ayam ke majlis-majlis hatta dirumah emak saya dan dikampungnya. Hanya ayam yang cukup diyakininya sahaja yang diambilnya, Berbeza dengan saya yang masih belum mampu mujahaddah makan sehingga ayah Muhammad selalu bertanya, tidak rasa apa-apa ke makan ayam sebarangan? Setiap kali itu juga, saya akan mula loya dan membayangkan ayam-ayam yang diproses dengan cara tidak menepati piawaian syarak. InsyaAllah saya juga punya tekad untuk lebih bermujahaddah makan. Mudah-mudahan Allah memberikan saya kekuatan.

Berbalik isu biskut, sama juga. Kami tidak lagi membeli biskut-biskut keluaran syarikat cina dan hanya membeli di kedai Hab Halal sahaja. Jadi, saya tidak pelik andai benar dakwaan sebegitu tersebar luas kerana ekonomi dunia memang dipegang dan digenggam erat oleh puak-puak yang tidak hirau dosa pahala, syurga neraka. Walau apapun, ianya tetap berbalik kepada kita. Zaman awwal begitu hebat kenapa? Selain aqidah yang mantap sebagai tunjang utama, makanan mereka juga cukup terpelihara. Tiada makanan ringan, makanan segera sepertimana kita hari ini.

Kesimpulannya, saya tetap berpegang untuk memilih meragui apa-apa barang-barangan terutama makanan yang datangnya dari golongan kuffar kerana kita umat Islam bukan sahaja baru 'terkena' sekali tetapi berkali-kali. Diharapnya kita tidak termasuk di dalam golongan yang masuk lubak biawak seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”




Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang tidak baik juga dari Allah asbab kelemahan saya sebagai manusia biasa. Wallahua'lam.

2 comments:

PROFESSIONAL CHEFF said...

Saya menyokong penuh pendirian BAi tentang pemakanan. Sememangnya kita kena jadi contoh kepada anak-anak, sanak saudara serta sahabat taulan. Di samping cara memprosesnya di ragui, makanan-makanan tersebut juga banyak menyumbang kepada penyakit moden sekarang.

@LeenShamsh said...

sungguh perlu bermujahadah makan..kfar tidk akn prnh brhenti..