Kesan kepincangan sistem pendidikan kita. Anak-anak seusia 7,8 tahun digalakkan untuk puasa tetapi tidak memberi penekanan yang serupa hebat untuk solat. Maka, lahirlah generasi 20 tahun lepas yang puasa tetapi tidak solat. Orang yang solat itu sememangnya berpuasa tetapi orang berpuasa belum tentu solat. Selalu bukan kita jumpa kes sedemikian rupa?
Saya orang bawahan yang terlalu ingin melihat perubahan sistem sekolah dengan menitikkan pendidikan solat. Berilah satu masa untuk anak-anak 7,8 tahun ini solat. Sistem pendidikan sekarang akan hanya melahirkan anak-anak yang ketempangan arah dan keliru matlamat hidup tetapi menurut Dr. Maszlee Malik, bukan semua yang ada dalam sistem ini salah.
Diceritakan semula oleh zauji yang menghadiri majlis beliau, ada seorang ustaz berfikrah yang memang mahukan jawatan pengetua kerana beliau mahu meng'usrah'kan semua yang dibawah kerajaannya (baca:sekolah). Allah izinkan beliau naik menjadi pengetua. Dari pengawal keselamatan sekolah hinggakan guru-guru non-muslim, semuanya berbulatan gembira. MashaAllah!
Malah katanya lagi, sistem yang ada seperti sistem raja perlembagaan, badan-badan seperti LHDN, pencegahan rasuah semuanya adalah betul tetapi yang salahnya adalah si pengendali. Malah sejarah membuktikan, kerajaan yang ada memang sukar untuk ditumbangkan atau memang tidak akan tertumbang tetapi orang-orang yang berada di dalam kerajaan asal telah dibersihkan untuk suasana kerajaan yang sejahtera.
Ini juga antara, faktor yang dalam fikiran saya. Stay or quit?
Hasil malam tadi setelah terawih dan witir. 15 minit untuk 7oz.
Alhamdulillah susu-susu EBM Abdullah yang banyak itu inshaAllah telah ada pemiliknya. Anakanda kami, Sufi Khadeejah. Tidak jadi berbesanlah kami :D. Allah gantikan dengan kembangan keluarga susuan. Keluarga di dunia dan syurga ;). Sebenarnya, bagus juga ibu-ibu yang sedang hamil, bersedia dengan EBM ibu susuan supaya anda lebih tenang di awal tempoh selepas melahirkan. Berilah susu EBM ibu susuan sebagai permulaan dalam menanti susu meriah.
Ada yang bertanya, tips untuk kemeriahan susu ibu. Maaf kepada yang bertanya. Tidak sempat balas mesej-mesej kalian. Di entry AL-QURAN EDARIMAN, saya ada nyatakan surah Al-Hujurat antara amalan untuk meriahkan susu ibu dan anak lebih berhati-hati. Semasa saya mengandungkan Muhammad dan Abdullah malah bukan masa mengandung sekalipun, surah-surah ini saya sentiasa ulang-ulang selain bacaan rutin Al-Quran setiap hari dan tadabbur. Mungkin menjadi asbab. Bukankah doa adalah senjata mukmin? ;)
Hakikatnya, Allah tolong dan izinkan susuku meriah ;).
Selain itu, melalui PTT pernah dibincangkan dahulu, faktor makanan kita hari ini juga menjadi asbab air susu dihasilkan lambat dan anak baru lahir, urat sarafnya tidak kuat untuk membantu pengeluaran susu ibu dengan baik akibat disuntik sejak dari dalam perut. Semasa mengandung mak disuntik ATT, baru lahir sahaja, bayi dikejutkan dengan suntikan BCG dan setiap bulan disuntik lagi bagi anak menanggung kesakitan. Anak-anak kita dikerjakan hampir setiap masa.
Manalah tidak kejung si bayi. Anda bayangkan sahaja, suntikan kecantikan untuk keanjalan kulit kekal remaja. Bukankah seperti urat dimuka dikejungkan supaya tidak berkedut. Serupa jugalah, cucuk anak, kejung-kejung urat si anak. Malah ada yang anak terus sahaja demam dan sawan tarik. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Selebihnya, pilihan di tangan makpak yang diredhai Allah sekalian.
Sekali lagi, hakikatnya semuanya dengan izin Allah :).
Sebelum terlupa, sahabat-sahabat saya - mak-mak JELITAWAN ORGANIK - telah membuka satu akaun di facebook dengan nama JELITAWAN ORGANIK. Mereka ada kongsikan tips berkenaan rawatan, pemakanan dan gaya hidup secara sunnah dan alami. Sila SUKA page JELITAWAN ORGANIK bagi mempunyai akaun facebook dan mahukan info-info sihat alami inshaAllah.
Sebahagian susu EBM anakanda Sufi Khadeejah. Ada lagi di rumah pengasuh Muhammad dan Abdullah.
Semalam Allah izinkan saya membeli sebuah buku berkaitan bagaimana mahu mengajar anak mengurus kewangan! MashaAllah saya tidak sabar mahu khatamkan! Sebelum punya sebuah sekolah, sebagai bonda mereka, saya perlu siapkan diri dengan kemahiran orang-orang berjaya. InshaAllah bagi memastikan anak-anak saya nanti boleh menghasilakn produk mereka sehebat malah lebih sihat dari biskut Munchys, Milo nestle dan kita juga mungkin akan punya restoran sihat mengalahkan McD! Siapa tahu rahsia Allah ;D.
Sekiranya ada orang-orang kaya dermawan yang beriman yang mengikuti blog iman saya, dan punya wang terlebih dan tidak tahu mahu buat apa, apa kata anda laburkan untuk saham syurga :D.
1 comment:
Secara peribadi akak sgt mengharapkan solat berjemaah diwajibkan di sekolah2 kebangsaan sesi petang.
Yusuf dulu tahun 1, sekolah kebangsaan sesi pagi. Jadi tak risau dgn solatnya.. Sempat Zuhor di Taska dgn pengawasan pengasuh dan Asar berjemaah di sekolah agama..
Macam Maryam pula, tahun 1 di sesi petang. Masuk sekolah jam 1.00 pm balik 6.30 pm. Zuhor dan Asar tu atas kehendak dan kesedaran sendiri semata2. Tiada arahan dr cikgu atau sekolah. Yang nak solat boleh keluar, yg tak nak solat tak ada arahan pun kan? Dah nama pun budak kecik, ada kalanya tak disuruh tak buat..
Eh panjangnya komen. Ini sesi luahan rasa namanya. Hehe..
Post a Comment