19.7.14

YANG TINGGI MALUNYA

Jika Allah hadirkan peluang, saya lebih teruja untuk bertemu ibu kepada Musa hafiz Indonesia 2014 berbanding dengan Musa sendiri. Video-video yang ada di youtube hanya ada bapanya sahaja. Salah satu tips yang dikongsikan bapa Musa berkenaan didikan Al-Quran Musa dalam rancangan Rodja Indonesia, pemilihan isteri solehah adalah penting untuk sebuah kemandirian sebuah baitul muslim yang segar dan memugarkan.

Anak seperti Musa pastinya ada sesuatu yang luar biasa pada ibu dan ayahnya.

Seorang hafiz muda Indonesia yang sempat menjadi tok guru mengaji zauji tahun-tahun sudah, apabila ditanya sebagai seorang hafiz, apakah ciri pemilihan calon isterinya? Soalan ini berkisar kerjaya harian zauji yang berdepan dengan remaja belasan tahun yang perlu dibimbing dalam persoalan cinta. Ustaz muda ini masih belum mendirikan baitul muslim.

Kebiasaannya, orang tengah akan mencari pasangan seorang hafiz itu dengan hafizah kerana lebih mudah dan faham. 

Lanjutan persoalan zauji, secara keseluruhan dasar pemilihan calon isteri solehah yang bagaimanakah yang menjadi pilihan?

YANG TINGGI MALUNYA.

Keinginan saya untuk bertemu ibu kepada Musa semakin terdorong dengan kenyataan ustaz melalui zauji. Tips pemilihan jodoh ini diperlukan zauji untuk memotivasikan para anak-anak remajanya yang perlu disantuni untuk memperbaiki akhlak dan menghiaskan diri dengan sifat malu yang teramat. Wanita yang malu itu sungguh cantik disisi lelaki yang beriman.

Kata ulangan zauji, kita akan sangat payah untuk melihat sosok isteri-isteri orang yang soleh. Mereka tidak sibuk untuk ke hadapan dan sungguh menjaga ikhtilat. MashaAllah, mahukan anak-anak hebat, ibu ayah sendiri perlu mengislahkan diri dengan akhlak yang cantik. Ianya seiring. Tidak pelik ada sahabat-sahabat yang al-hafizah atau suaminya hafiz, mereka semua memilih berselindung disebalik sehelai kain. Kecantikkan yang eksklusif buat suami mereka.

Maka, kepada saudari-saudariku, ini adalah jawapan bocor bagaimana seorang lelaki soleh memandang ciri isteri solehah pilihan mereka. Tidak perlu mendedahkan diri kepada khalayak (baca: muat turun gambar pelbagai gaya si dara di laman sosial), menarik perhatian dan sebagainya tetapi berusahalah untuk menjadi wanita yang tinggi malunya.


YANG TINGGI MALUNYA. Kata-kata yang cukup memotivasikan saya untuk menjadi isteri solehah buat suamiku dan ibu yang hebat buat anak-anakku pewaris syurga tertinggi Allah inshaAllah.

3 comments:

Oleakimili said...

Syukur dipertemukan jodoh beriman,membimbing lagi ke arah keimanan..

BishaFaizal said...
This comment has been removed by the author.
BishaFaizal said...
This comment has been removed by the author.