3.7.14

ANEKDOT MADINAH

Malam pertama Abdullah pencen menyusu. Lepas sahaja 1027 malam tadi, Alhamdulillah tiada sesi drama seperti biasa. Semacam tahu yang dia sudah pencen. Saya juga sentiasa ingatkan Abdullah yang dia sudah 2 tahun dan tidak boleh menyusu lagi. Dia senyum menunjukkan gigi depan yang tinggal separuh tanda faham.

Menjelang mahu tidur, ada juga drama tetapi ianya tidaklah seperti zaman Muhammad bercerai susu dahulu. Lebih tragis. Pada mulanya, saya tidak mahu menggunakan senjata selain senjata psikologi sahaja tetapi akhirnya saya akur.

Terima kasih asam jawa :D.

Tengah malam bangun dan dia masih ingat asam jawa dan setelah dipeluk, Abdullah tidur dengan tenang sehingga ketika ini. Alhamdulillah, saya harap Abdullah mudah menyesuaikan diri dengan susu kambing segar pula selepas ini. Alhamdulillah sedih bercampur lega sama dengan puas :D. Terima kasih Allah atas peluang ini. Izinkan ke semua zuriat keturunanku untuk mengamalkan sunnah ini sehingga 2 tahun penuh tanpa dilebihkan mahupun dikurangkan.

Anekdot Madinah.

Sungguh kita sebagai manusia akan melalui peringkat-peringkat membaca. Semasa zaman kanak-kanak, kita disogokkan dengan buku cerita fairy tales, komik dan sebagainya. Mudah-mudahan anak-anak kita selepas ini, kita sogokkanlah dengan bahan bacaan yang membina kematangan mereka seperti buku-buku cerita sejarah yang mudah dan ringkas.

Fasa remaja pula, saya minat juga novel. Novel cinta dogengan hinggakan novel cinta islamik. Sekiranya baca novel, hidup bagai semuanya indah. Menipu daya dan minda diletakkan dalam angan-angan tidak bertepi dan akhirnya kecewa. Jadi, bacalah tulisan-tulisan Pak Hamka yang lebih relevan.

Kemudian, fasa pra dewasa saya suka kepada motivasi. Buku motivasi pada saya banyak meningkatkan jati diri dan inshaAllah mampu mendorong diri kepada pembaikkan hati. Semasa era titik pusingan hidup saya kembali kepada fitrah, buku-buku motivasilah antara penguat azam perubahan itu.

Sekali lagi, bahan bacaan bertukar lagi sesuai dengan peringkat umur. Bacalah buku berkenaan pemikiran-pemikiran yang meningkatkan fikrah untuk persediaan menghadapi ummah! Peringkat bacaan saya lambat satu, dua peringkat daripada zauji.

Sebagai contoh, zauji telah mula membaca buku pemikiran-pemikiran cendiakawan tetapi saya masih di peringkat motivasi. Zauji boleh faham buku Dr. Mazslee Malik dengan bergaya manakala saya perlu ulang baca untuk benar-benar faham maksudnya. Bahasa buku separa akademik lagikan sepenuhnya akademik, adalah bahasa yang sungguh tinggi. Terasa seperti profesor pula :D.

Berbalik kepada buku Anekdot Madinah, tulisan Prof Kamil, pada saya ianya adalah sebuah buku motivasi yang mudah difahami dan dihayati apa yang ingin Prof sampaikan kepada kita semua. Ketika saya bedah buku ini, zauji bedah buku Dr. Maszlee. Kini, dia sedang bedah kali ke berapa berkenaan buku fakta Salahuddin Ayyub yang penulisnya berlainan. Menghayati pemikiran pejuang kemenangan Islam dahulu.

Level of reading antara lelaki dan perempuan sungguh berbeza. Lelaki lebih ansur maju. Tidak suka bahan bacaan meleweh dan lebih kepada fakta. Perempuan pula kadang sampai ke tua masih melekat dengan novel dan sentiasa berangan yang indah-indah seperti dalam novel :P.

Pertama kali baca, apa yang boleh saya simpulkan, sungguh Prof Kamil menulis dengan hatinya. Hati yang sampai ke hati. Meremang roma saya apabila menghayati bait-bait kata tulisannya. Sungguh Prof sedang menuju satu perjalanan pulang yang mashaAllah. Antara intipati yang pada saya menarik dalam Anekdot Madinah, Benar DIA Maha Mendengar ini ialah:
1. Kuasa doa yang bersungguh-sungguh.
2. Susana disiplin hidup dalam masyarakat berlainan bangsa dan negara. Kisah mereka semasa tinggal di UK dan Madinah yang sungguh berbeza layanan masyarakatnya. Kisah mereka di lapangan terbang. Namun, Madinah tidak mampu ditanggani UK.
3. Rindukan Madinah, Makkah, seolah rindukan fizikal haram. Rindukan Baginda, hidupkan sunnah Baginda SAW walau di tempat sendiri.
4. Paling saya ingat, keretanya Dodge Durango VKB5816 berharga sekitar 80k di Madinah dan di Malaysia ianya bernilai 200k. Seronoknya di Madinah, tiada cukai yang membebankan seperti cukai jalan, duti import, tol dan sebagainya. Hanya perlu bayar harga kereta. Minyak juga hanya 30sen seliter. Air mineral lebih mahal. Roti dan gandum seolah-olah tidak bernilai. Durian pula mahal SR45 sekilo.
5. Buku ini seolah-olah dihasilkan untuk mengingatkan akan kematian yang terlalu dekat. Jadi, beramallah! Tunaikanlah solat berjemaah. Puasalah dengan puasa terbaik - puasa Nabi Daud, selang sehari - dan tutuplah aurat.

Selebihnya, sila baca dengan hati sanubari. InshaAllah buku ini boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang mencari-cari apa sebenarnya matlamat kita sebagai manusia dibiarkan hidup.

InshaAllah panjang umur, saya cuba juga untuk membuat kesimpulan berkenaan buku tulisan Dr. Maszlee Malik yang menurut zauji, setelah membaca pemikiran beliau, matlamat kita akan jelas yang sebenarnya kita hidup tiada untuk dunia. Apa yang kita buat di dunia ini hanyalah untuk akhirat. Maksudnya tiada apa yang diharapkan di dunia ini.

Sedikit ulasan awal saya dalam buku Dr. Maszlee Malik, kita semua adalah ahli potilik. Kenapa? InshaAllah saya cuba simpulkan dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami.

3 comments:

Unknown said...

asam jawa sentiasa dengan izin Allah menjadi penyelamat.... hahaha...

Home4health said...

menariknya,nak cari buku tu.

@LeenShamsh said...

dee: iye da 3 malam berdrama airmata mak die..sabo jelah mak

alya: baca alya! rase di hati ;)