17.7.14

AMALAN KECANTIKKAN

Tajuk perasan cantik :D.

Ada yang  bertanya dan inshaAllah saya kongsikan cara saya menggunakan EVOO -extra virgin olive oil- dan cuka sebagai amalan pemakanan harian dengan nasihat dari PTT -Puan Tabib Terpercaya- dan perkongsian mak-mak organik yang jelita :P.

Sebelum ini saya minum cuka epal tetapi sejak saya membeli cuka tin daripada mak jelita si pembekal madu, saya lebih suka dengan rasa sedap dan mesra tekak cuka buah tin berbanding cuka epal. Jadi cuka buah tin saya minum dan cuka epal sebagai pencuci buah dan sayuran serta bahan masakan dalam rumah iman kami.

Cuka tin dan EVOO

Kebiasaannya rutin bangun pagi saya, saya akan minum air masak dan kemudian minum seteguk EVOO begitu sahaja. Manakala cuka buah tin saya minum sebelum tidur selepas bersugi dan tutup dengan air masak juga. Dengan izin Allah, amalan ini Allah izinkan saya bangun pagi dalam keadaan saluran hidung ke tekak terasa begitu bersih.

Pernah saya seperti mahu batuk, saya minum cuka dan Alhamdulillah Allah izinkan virus batuk yang selalunya pakej dengan selsema tidak jadi membiak.

Madu kelulut anugerah Ramadhan geng JDT berbotol hijau. Madu hutan dan dalam balang kaca adalah 'bee bread'.

Sebelum tidur selepas bersugi juga, kibarul masyayikh kami juga, saya beri makan madu hutan sesudu dua dan tiga melihat atas permintaan mereka. Alhamdulillah terbukti dengan izin Allah madu ini memberi kelegaan yang cukup buat anak-anak semasa tidur sama ada sihat atau tidak. Mereka Allah izinkan tidur dengan lena.

Muhammad pernah mengalami kembung perut. Muhammad asyik minta makan madu. Mahu atau tidak, saya beri juga dan akhirnya menjadi asbab dia muntah dan Alhamdulillah terus sembuh.

Alhamdulillah Allah temukan dengan insan-insan yang masih tegar mengamalkan alami lagi sunnah sebagai rawatan. Satu perkataan untuk menggambarkan tentang amalan ini, hanya SUBAHANALLAH!

Alhamdulillah paling ketara adalah Shaikh Muhammad saya yang mengalami semput dahulu. Alhamdulillah dengan sedikit berhalus dengan jagaan makan, merutinkan amalan sunnah, Allah izinkan semput tidak muncul tiba. Kesan jagaan perut yang mengambil berat tentang bukan sahaja halal malah toyyibah inshaAllah.

Maka, benarlah kata-kata Baginda Rasulullah SAW: Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan. (Riwayat ad-Dailami) [sumber]

2 comments:

Unknown said...

amalan kecantikan ni, sesuai untuk lelaki juga ke? :)

@LeenShamsh said...

InshaAllah tkde masalah.dalam rumah iman kami ade sorg yg berdisiplin dgn amalan makann sunnah ade sorg on off, kesannye bangun pagi sorang yg berdisiplin itu Allah izinkan tiada hingusan dan bersin berulangkali manakala yg degil itu, sentiase ade kain pengesat hingusan di sebelahnye di pagi hari nan sunyi lagi tenang..ampun tuanku :P

Menurut PTT kami juga, pengasuh anaknye juge amalkan evoo beb minggu masalah resdung hilang dgn izin Allah.cubelah beramal dgn makann sunnah, hasilnya inshaAllah luar biasa!