Selama ini kita mengatakan membeli rumah sebagai aset. Sebenarnya tidak. Rumah ialah liabiliti dan bukannya aset. Sebagai ibu bapa yang mahu mempersiapkan anak-anak dengan pendidikan kewangan, kita perlu faham perbezaan antara aset dan liabiliti.
Aset adalah wang yang masuk ke dalam akaun kita manakala liabiliti ialah pengaliran wang. Kenapa rumah yang kita diami ini adalah libiliti dan bukannya aset? Kerana kita mengeluarkan wang untuknya. Kita membayar cukai, bil air, bil elektrik dan sebagainya yang menyebabkan wang kita keluar.
Sedangkan aset adalah wang yang masuk tanpa keluar.
Saya juga faham yang hutang itu boleh jadi bagus dan boleh jadi tidak. Mentaliti kita dan saya terutamanya sebagai penjawat awam.
Pergi sekolah, belajar tekun dan boleh keluar bekerja dengan gaji yang bagus. Anak-anak yang A semasa sekolah diajarkan untuk menjadi pekerja. Apabila bekerja, buatlah hutang dengan membeli rumah, beli kereta dan bekerja keraslah untuk melunaskan semua hutang itu.
Kita didoktrin untuk membebaskan diri dari hutang sehingga pencen serta mengharapkan skim pencen untuk jaminan persaraan kita dan bukannya diajar untuk mempergunakan hutang tersebut. Walhal, hutang itu bagus mengikut bahasa usahawan. Tahukah kita wang simpanan, caruman kita dalam skim pencen kita, digunakan oleh semua usahawan dan para pelabur untuk perniagaan mereka serta kerajaan. Mereka menggunakan wang simpanan kita untuk menjadi kaya.
Jadi, menyimpan adalah tindakan kurang bijak. Sepatutnya anak-anak diajar untuk mempergunakan atau memperkembangkan wang tersebut. Antara fakta yang perlu kita tahu. Orang kaya bersifat pemurah. Mereka faham dengan aliran tunai dan kunci kira-kira.
Dalam beragama juga, kita diajar untuk bersifat pemurah. Semakin keluar mengalir, semakin berganda pulangan masuk. Sifir ini telah dipraktikkan oleh nama-nama popular hari ini sehinggakan tertubuhnya yayasan Bill Gates, Donald Trump dan nama-nama popular lainnya.
Kita perlu menyedari hakikat jutawan zaman dahulu seperti Uthman Affan, Siti Khadijah dan Abdurrahman Auf, dengan izin Allah telah diganti dengan nama-nama popular yang bukan beragama Islam pada zaman ini. Mereka menguasai dunia hari ini.
Pendidikan kewangan anak-anak.
Apabila anak-anak telah dapat membezakan antara RM1 dan RM5, ajarkan mereka tentang pendidikan kewangan. Bebaskan diri dan keluarga kita daripada mentaliti LAYAK makpak kita dahulu. Doktrin anak-anak keluar sekolah bukan untuk menjadi pekerja tetapi MENYEDIAKAN PEKERJAAN. Bagaimanakah caranya?
Ajari anak-anak berbelanja. Semasa berbelanja di pasaraya, bawa mereka dan perkenalkan dengan aliran wang keluar dan masuk.
Selain itu, menurut Robert T. Kiyosaki, wujudkan satu malam bersama keluarga. Luangkan masa untuk bermain Monopoly. Serapkan pada anak-anak yang dunia permainan ini boleh menjadi kenyataan. Melalui permianan ini, anak-anak diajar mengurus kewangan mereka.
Saya mencari permainan ini.
Oleh yang demikian, marilah makpak yang dirahmati Allah, doktrin anak-anak kita bahawasanya Islam kembali bercahaya dengan penaklukan kembali sumber kewangan dunia inshaAllah! Lumpuhkan ekonomi mereka.
1 comment:
Aset=Liability
ABE=LEH
Post a Comment