Jumaat lepas, saya menerima sampul surat besar dari anmum club. Saya terus teringat bagaimana saya boleh terjebak dengan anmum club. Rupa-rupanya saya pernah mendaftar di anmum club selepas membaca entry berkenaan di blog Puan Intan yang memang minum susu anmum bersama puteri cerdiknya, Alisha yang lebih kurang sebaya Muhammad sahaja. Saya yang tidak pernah pun minum susu anmum ini tertarik apabila saya difahamkan anmum club sering menghubungi sama ada melalui SMS atau terus kepada peserta kelab untuk menyalurkan info-info tentang penyusuan.
Alhamdulillah sekali lagi ada rezeki Muhammad di dalam sampul surat besar tersebut. Mereka memberi boucer diskaun 30% untuk membeli susu anmum dan yang paling menarik, mereka memberi bekas yang dapat menahan kepanasan suhu susu dalam jangka masa yang lama yang seakan sarung botol air ataupun seperti tempat letak pensel. Terima kasih daun keladi ;).
Sebelum menerima sampul surat besar tersebut, pihak anmum club ada menghungi saya bertanya sama ada saya minum susu anmum, anak minum susu apa, sekarang bagaimana dan pelbagai lagi. Saya pun dengan jujurnya memaklumkan kepada mereka yang Muhammad dan saya serta suami, minum susu kambing brand karihome. Disebabkan saya memang tidak minum susu anmum, mereka bercadang mahu memberikan sampel susu tetapi saya pernah menerima sampel susu tersebut. Mereka juga mencadangkan susu anmum untuk ibu menyusukan nanti. Mereka sememangnya sangat caring dan penuh keibuan ketika sesi soal selidik tersebut ;). Saya dihubungi mereka sebanyak 2 kali setakat hari ini. Kali kedua perbualan singkat sahaja. Sesiapa yang berminat boleh google anmum club untuk isi form ;).

12 comments:
a'aa betoi2... dorg mmglah peramah kan.... setiap mggu mesti dppt msg dr anmum ni.... bagus betoi sbb dorang jaga @ ingatkan kita psl mengandung ni... :-)
*jels tgk ummu dpt bekas tu... huwaaa... sy xdapat pun... ahhahah
byk tu voucher diskau 30%.. best jugak tu... sy jugak yg xdapat2.. hehhe
voucher tu utk susu ibu or anak or kedua2nya yer?
Tgk entry ni baru teringat, ibu Yusuf ahli juga. Tp tak tukar alamat sejak pindah dulu. :-(
Wah bestnya dpt hadiah lg. Saya baru registerkan adik. Saya sendiri tak ;)
Askm. Jemput join segmen ni ya. Saya tg UM
http://ummi-iman.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html
Askm. Jemput join segmen ni ya. Saya tg UM
http://ummi-iman.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html
intan: tulah terkezut dalam sarung botol susu ni..silap tgk boucer RM3 utk semue kot intan..alahai lupe sgt yg kite pun akan pos telekong kat intan..tau tak kite dah buang dah sume kertas2 tu..tinggalkan bekas botol yg itm tu je
sadis betul ibu muhammad heheh
UI: reglah sekali..mane tau dapat pape utk iman comellah hehe dah mcm tag line iman dah..comellah!
kak zefa: buat pndaftaran baru agak2 valid tak..mungin tunggu adi abg yusof n kakak maryam heheu ;D
UI: insyaAllah akan join!
salah satu dr marketing strategi ler tueee...heheehhh
Pernah dpt jugak dulu.seronot tau bila dpt sst yg xdijangka.hehe. Leen,semoga dipermudahkn semuanya.. Muhammad insyaallah akan jd seorg abg yg baik! :)
susu anmum sedap..hihi..tp x daftar jadi ahli pn.. ;)
ooo yee. xpalah... xda rejeki.. hihii
kak BSB: yelah kan stategi marketing ;D
noen: reg jgn tak reg hehe!
syu: muhammad ni nampak gayenye mcm die nk lenyek adik die..sepupu die yg umo 10 bulan lebih tupun die menyampah semacm..T_T
anis: daftarla dan siap utk ditemuramah heheh
Intan: lupe benar T_T
Post a Comment