23.10.11

QORBAN & AQIQAH

InsyaAllah masih dalam mood bulan haji. Saya sangat mencemburui tetamu-tetamu Allah yang diberi ruang dan peluang oleh Allah melihat sendiri rumahNya disana. Bertemu dengan Rasulullah SAW. Ya Allah rindu yang tidak terluah dengan kata-kata. Mohon Allah izinkan kami kesana diusia muda dalam keadaan sihat untuk merasai getaran jiwa hamba kepada Maha Pencipta disana. Ya Rabb izinkanlah!

Bersempena bulan haji yang sangat sinonim dengan ibadah qurban, apa kata kita mulakan anjakan pemikiran ke atas kehidupan kita selama ini. Lambakan beg tangan, kasut, baju sehinggakan masih tidak terpakai akibat sentiasa beli dan beli, kita tukar pengeluarannya dengan mengalirkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Bukannya setiap bulan. Hanya sekali setahun. InsyaAllah tidaklah membawa kepada kepapaan asbab berqorban dimusim haji.

Saya begitu tertarik dengan program qurban dan aqiqah yang dijalankan di beberapa negara yang umat islamnya miskin. Harganya juga insyaAllah sangat membantu. Sebagai contoh, satu bahagian lembu untuk qurban mahupun aqiqah adalah RM 250. Malah ada juga disesetengah web yang menjual dengan harga RM230 satu bahagian lembu untuk qurban dan RM 250 untuk aqiqah. Manakala bahagian kambing pula RM 500 untuk seekor. Dengan pakej yang ditawarkan, ianya sangat membantu memudahkan pelaksaan tuntutan aqiqah kepada anak-anak dan membantu merealisasikan hasrat ibu bapa yang ingin mengaqiqahkan anak-anaknya.

Salah satu program qorban dan aqiqah melalui web. Klik banner!

Caranya cukup mudah. Hanya perlu mengisi borang yang disediakan dan transfer atau bank in wang sesuai dengan jumlah bahagian lembu atau berapa ekor kambing yang diniatkan untuk si anak untuk ibadah sunat aqiqah. Sama juga untuk ibadah qorban. Melalui program ini juga, bagi yang berkemampuan, saya syorkan anda untuk mencari kenalan-kenalan atau mungkin jiran-jiran yang boleh ditolong dengan membiayai aqiqah anak-anak mereka yang belum diaqiqahkan. Mudah-mudahan dengan memudahkan orang-orang yang memerlukan, Allah mudahkan banyak urusan seharian kita insyaAllah.

Alhamdulillah baru-baru ini bulan selamat mengambang penuh untuk pekerja-pekerja 'makan gaji' seperti saya. Alhamdulillah melalui kita, insyaAllah pasti ada rezeki-rezeki orang lain di dalam rezeki kita. Rezeki yang perlu dikongsi bersama agar dapat dirasa bersama kelazatan nikmat sebuah keberkatan insyaAllah! Saya menyeru dan mengajak diri saya terutamanya dan rakan-rakan fillah yang berkemampuan untuk menjadikan ibadah qurban sebagai rutin tahunan kita sebagai penyubur harta dalam mengundang keberkatan dan keredhoan Allah terhadap kita insyaAllah! Jom berkorban!

5 comments:

kayzie said...

insyaALLAH..rugi kalau lepaskan peluang andai berkemampuan..jom sama2

ummu muhammad said...

dulu tak permah pun terbuke tentang kurban segala, lepas nikah n selamat menempuh alam kerjaye..suami aja..

jom jom jom..jom!

wan nurul hezrina said...

tak sabar nak berkurban n berakikah nnt nie.wat akikah sofia=)tapi harga lembu naek dah

myamyza said...

kite pula baru tahun ni baru nak belajar berkorban, semoga diterima Allah..sama2 lah kita ya..

ummu muhammad said...

nurul: bagus2..aqiqahkan mereke kecil2 ye..afdalnya ikut sunnat hari ke7 kelahiran insyaAllah ;)

myza: jom jom!