18.8.12

'DIA' PERGI LAGI

Panglima-panglima Ramadhan yang diredhoi Allah dan Rasul T_T
Akhirnya 'dia' pergi lagi. Pergi untuk 11 bulan lamanya andai Allah izinkan kita semua bersua kembali. Perpisahan yang sentiasa meninggalkan kesan buat diari BAi. Ramadhan 1433H kali ini, Allah meninggalkan kenangan seorang Abdullah sebagaimana Allah memberi sebuah hadiah seorang Muhammad pada Ramadhan 1431H.

Ketahuilah panglima-panglima Ramadhan, Ramadhan adalah sebuah bulan hadiah daripada Allah buat hambanya. Sejarah membuktikan puasa bukan untuk melemahkan tetapi puasa meninggalkan tarbiyyah yang begitu mendalam buat para sahabat. Bahkan puasa adalah bulan yang menjana kekuatan seorang Islam. Ibu tertarik dengan perkongsian di blog c'jai berkenaan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di dalam Ramadhan yangmenunjukkan betapa hebat para sahabat walaupun berpuasa.

 

Semoga Allah sampaikan lagi kita semua di dalam Ramadhan akan datang dalam suasana yang lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.  Mudah-mudahan Allah izinkan lagi kita meneguk barakah sebuah Ramadhan dan membersihkan hati-hati kita setelah 11 bulan bergelumang dengan perbuatan hina dan keji disisi Allah. Ya Allah terimalah taubatku dan seluruh hamba-hambaMu yang bertaubat! Ya Rabb! Ya Rabb! Ya Rabb! Perkenankanlah!

Dikesempatan ini, kami di Bayt Al-Iman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf sekiranya ada penulisan saya yang mengguris, tergiris, tergores dan sebagainya, ampunkanlah saya kerana saya hanya manusia biasa yang sentiasa dengan dosa. Terima kasih keepada semua rakan-rakan blogger yang telah memberi kata-kata selamat buat kami, semoga Allah selamatkan anda semua kembali insyaAllah! Untuk yang bermusafir, kami ucapkan fi amanillah! Sayang fillah buat semua!

2 comments:

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth..

Selamat Hari raya .....Maaf zahir Batin dari Tirana Aduka Sekeluarga,,,

C'Jai said...

Salam lebaran UM..
Maaf zahir Batin...Berlalu sudah bulan keampunan, bulan yang penuh barakah...mudah2an berpeluang lagi untuk bertemu kembali...