1.1.12

MINDA KELAS 2012

Alhamdulillah malam tadi adalah acara mengemas Bayt Al-Iman walaupun hanya dapat 40%. Berehat dan terus melekat di depan lappyku, samra' kerana keterujaan konsert tahun baru 2012 UAI dan Zizan Raja Lawak yang  diadakan di Shah Alam melalui ehsan TV. Walaupun tidak berapa jelas, tetapi gambaran seramai 70 ribu orang cukup mengharukan. Saya tertarik dengan tulisan jemari asmara yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati majlis ilmu disana. Boleh berkunjung disana untuk melihat pemandangan sekitar majlis. Ada penjawat awam seperti saya yang takut untuk menghadiri majlis-majlis ilmu sebegitu lebih-lebih lagi dianjurkan oleh parti lawan kerana takut di 'mark'. Kita baik dengan atasan, prestasi tahunan pun tinggi. Kita asing, markah tercorot. Kita tidak 'sehaluan' maka akan ada diskriminasi. Tidak mengapa, manusia memang tidak boleh untuk adil tetapi Allah itu Maha Adil. Jangan mengharap kepada manusia tetapi minta dan berharaplah kepada Si Pencipta Manusia! Berlapang dadalah!

Saya bukan ahli politik tetapi saya mempunyai fikrah ke arah islami. Jadi, apabila kita telah berarah ke fikrah itu, semuanya berkaitan islam insyaAllah menjadi kesukaan kita. Ditempat saya bermaustautin contohnya, ramai ahli politik 'totok' dalam istilah jawanya. Sila betulkan sekiranya perkataan 'totok' tersebut tidak tepat. Saya sendiri tidak faham mengapa pemikiran mereka sebegitu sekali. Pernah saya meletakkan majalah solusi dan menyuakan buku yang ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus disuatu tempat dikalangan orang-orang politik 'totok' 2 tahun sudah, reaksi mereka cukup membuatkan saya terkejut sehinggakan saya masih mampu ingat sehingga sekarang. Sudahlah mereka tidak membelek, mengejek lagi saya berhaluan kiri. Pemikiran yang tidak dapat membezakan politik dan ilmu. Doakan sahaja mereka terbuka hati untuk mengetahui secara mendalam tentang agama islam.

Saya bukan dari golongan agamawan dan bidang saya juga bukan bidang agama. Saya juga jahil banyak perkara tetapi bab aurat insyaAllah saya faham, yakin dan pasti segala perintah Allah. Seringkali berlaku kesukaran apabila memerlukan bab keseragaman pakaian. Saya seringkali ingkar arahan untuk seragam tidak kiralah sama ada berlengan panjang apatah lagi berlengan pendek. Bolehkan saya melawan Allah hanya semata-mata meletakkan keseragaman pakaian ditempat tertinggi? Kata-kata sindiran sentiasa singgah dicuping telinga bagai tiada insuran iman untuk mulut masing-masing. Mengata orang yang menjaga auratnya, samalah juga mengata Allah. Janganlah menampakkan kejahilan dan kebodohan sebegitu rupa. Saya mungkin bukan orang  terbaik untuk menunjukkan tauladan, kerana apabila acap kali hati saya terguris, saya sememangnya memaafkan, tetapi hati-hati saya membawa saya duduk berdiam diri itu lebih baik sebelum ada kata-kata saya yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Saya menghormati mereka semua sebagai orang yang lebih dewasa daripada saya tetapi apabila berdiam diri pun umpama orang salah juga. Dikatakan memandang orang lain tidak beriman pula. Seklai lagi, biarlah tidak disukai berjuta manusia sekalipun, asalkan Allah cinta!

Minda berkelas tinggi hanya dapat diraih dengan taufik dan hidayah Allah yang mana minda yang hanya berpusat kepada Allah. Lari daripada meminta-minta kepada sesama manusia. Seringkali saya mendengar, gaji pun kerajaan yang bagi. Betulkan semula pemikiran yang tidak berkelas sebegini, segala gaji, rezeki adalah milik Allah tetapi melalui mana-mana manusia yang tampaknya seolah-olah daripada manusia. Hakikatnya, semuanya daripada Allah. Keyakinan ini tidak boleh dipertikai sama sekali. Kadangkala saya sedih kerana tiada apa usaha saya untuk membantu saudara-saudara saya. Memang islam itu asing diakhir zaman. Membawa imej islam sering dilabel yang tidak-tidak. Mudah-mudahan Allah ampunkan saya dan semua saudara-saudara seislam semua.

4 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Jgn tiba2 dpt surat dr KDN sudah.. err, akak org Najib lah.. ngeee.. :D

ps: insyaAllah tak ada masalah sbnrnya, sbb jabatan akak juga terlibat dlm ops anti zina anjuran kerajaan negeri selangor. sbb pengarah jabatan akak tahu membezakan di antara tugas dan fahaman politik. wallahua'alam.

@LeenShamsh said...

betullah kak zefa..kite sokong pemimpin kitekan..selagi mane pemimpin kite kene sokong ;D

p/s: alhamdulillah..sedikit je yg mampu membezekan..selangor takde masalah..johor yg selalu totok sgt. kdg pening tah hape2 tah

@LeenShamsh said...

noen: selamat tahun baru utk noen..semoge dimuudahkan segalanya! doakan kami!

mummyrinazone beauty said...

tgk tanah kubur ttg azab buka aurat..takott.huhu