8.1.12

MANUSIA ROBOT

Fuh! Minggu yang super sibuk. Alhamdulillah hari ini, dihujung minggu barulah dapat menyiapkan rancangan pelajaran tahunan atau istilah popularnya RPT. Satu kerja dah selesai. Satu lagi kerja yang perlu dihadap sepanjang tahun adalah buku-buku yang tidak bersistem dan perlu disistemkan semula di kampung bukuku.

Belum mengejar lagi mad'u. Tahun lepas hanya berjaya menangkap seorang dan ketika sebelum cuti sekolah, si mad'u sudah sampai iqra' 2 dan berjaya solat cukup 5 waktu di tahun 2. Mudah-mudahan istiqomah semasa cuti walau si guru tidak bertanya saban waktu. Si mad'u punya 3 beradik di sekolah dan semuanya kategori pelajar tercerdik akademik. Si kakak tidak mahu langsung mengaji. Si adik lelakinya pula baru tahun ini di tahun 1. Mudah-mudahan Allah lembutkan hati-hati mereka dan memberikan si guru semangat dan kekuatan yang sentiasa tinggi menggunung.

Hanya sehelai setiap hari. Berselang-seli antara membaca iqra' dan perlakuan solat pada tahun lepas. Masanya semasa rehat sesudah si mad'u makan. Alhamdulillah kebiasaannya ada baki 20 minit. Mudah-mudahan tahun 1433H ini Allah memudahkan si mad'u untuk menghafal bacaan dalam solat pula dan khatam iqra'.

Sebenarnya tugas mengajar agama adalah keutamaan rancangan pelajaran tahunan berbanding rancangan mengajar akademik. Allah tidak akan bertanya, berapa A kah yang engkau dapat untuk UPSR mu? Berapa peratus kelulusankah yang engkau sumbangkan untuk sekolahmu?  Astagfirullah! Siapakah yang pantas ditakutkan. Allah atau manusia? Allah tidak akan menanyakan soalan-soalan bodoh sebegitu. Manusia sahaja yang bodoh seperti robot yang bekerja semata-mata mengejar pangkat, kedudukan, dan penilaian di mata manusia. Sesungguhnya manusia itu sentiasa bodoh kecuali manusia yang tahu matlamat kehidupannya di dunia ini.

Tontonlah! Adakah kita robot manusia yang dimaksudkan?

4 comments:

IntaNBerliaN said...

ummu muhammad ni kerja apa yer?

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, apa kabar? hari nie first day abg qaiser g belajar iqra.

FADLUL & FIFAH said...

budak2 rehat lama ek?kt sekolah org ni tak dan nak tgk bdk time rehat..20minit habis dgn diorg mkn je..huhu

@LeenShamsh said...

intan: hamba wa khalifah hehhe

kak BSB: wah bagus2..selamat katam abg qaiser..biar lambat asal tajwid mantop!

fifah: budak rehat 30 minit tapi budak2 50orang je..diorang makan cepat2 n datang library..ade 'gule2' die nak suruh datang tuh ;D