22.2.13

SIRI (2) WW- JAWAPAN X DAN Y

Salah satu kaedah makcik murobbiah saya membiat kami 'hangin panas' sebab semangat ingin tahu yang mendalam ialah kaedah 'menggantung soalan'. Contohnya entry-entry saya yang suspen haha! Begitulah si makcik buat semasa kami baru berjinak-jinak dengan dunia ceria bersama bulatan riang ria edisi muda remaja jelita :D. Siapa kenal Syed Qutb? Kalau mahu kenal siapa dia, kita jumpa bulatan riang ria minggu hadapan. Begitulah kurang lebih cara membuat kami panasaran!

Berbalik kepada entry sebelum ini, saya janjikan untuk menulis kenapa Allah pilih tanah Arab sebagai perintis agamaNya sedangkan ROM dan PARSI adalah 2 kuasa besar dunia ketika itu diikuti Greek dan India. Dua peradaban dua ini hidup dalam keadaan jahiliyyah yang amat dahsyat tetapi ianya tidak disifatkan sebagai rom jahiliyyah mahupun parsi jahiliyyah sebagaimana orientalis memperkenalkan 'arab jahiliyyah'.  Ini adalah agenda 'mereka' untuk menutup peradaban mereka yang sungguh rosak binasa. Saya cuba menulis dengan sedikit pengetahuan saya yang cukup dangkal yang saya perolehi melalui halaqah dan bacaan. Mohon diperbetulkan andai tersilap fakta.

PARSI
Kita mulakan dengan peradaban Parsi. Kalau dilihat pada peta, PARSI ada disebelah kanan Tanah Arab. Parsi ditadbir oleh pemerintah yang beragama Majusi. Antara ajaran jahiliyyah yang mendokong agama ini adalah anak lelaki dibolehkan berkahwin dengan ibunya sendiri, anak perempuannya atau adik perempuannya sendiri. Salah seorang pemerintah semasa abad kelima yang berkahwin dengan anak perempuannya sendiri! Mereka memegang yang pemilikan wanita tiada hadnya.  Lebih kurang seperti tandas awam, taman permainan, perempuan disamakan. Hak milik bersama. Adakah patut? Dahsyat bukan?

Ehsan google DISINI.

ROM
Realiti peradaban parsi jahiliyyah seperti  yang dinyatakan di atas sahaja sudah meloyakan, peradaban ROM lebih lagi jahiliyyah dan BODDO (kate UAI ;).  Rom pula berada di bahagian kiri tanah arab. Tuhan mereka adalah seorang KAKI MABUK! Ada yang mereka angkat sebagai tuhan mereka, berzina dengan 3 dewa dan melahirkan 3 anak yang menjadi dewa cinta. Apa punya karut manusia di zaman ini.

Melihatkan keadaan ROM yang semakin rosak dan tamadun ROM diambang kejatuhan, pemerintah menukar agama mereka kepada agama Nasrani sebagai agama boneka. Peradaban Rom ketika ini adalah untuk meluaskan kuasa jajahan. Sebab itu, orang atasan takut andai tamadun mereka jatuh tersungkur.

Rom ini mewah tetapi pemerintah yang zalim memeras rakyat melalui cukai yang tinggi, pembunuhan dan pelbagai jahiliyyah sehingga tamadun ini jatuh menyembah bumi disebabkan seks bebas dan keruntohan akhlak yang dahsyat!

Ehsan google DISINI.

TANAH ARAB
Tanah arab yang berada di antara 2 peradaban dunia ketika itu adala suatu kawasan yang sentosa lagi aman damai. Mereka jauh dari akhlak-akhlak busuk dan buruk sebagaimana Rom dan Parsi tadi. Kita mulakan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. Masih ingat kisah Hajar dan Sarah?

Ringkasnya, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Sarah lama tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Nabi Ibrahim diperintahkan pula berkahwin dengan Hajar dan dikurniakan Ismail. Atas perintah Allah, Hajar dan Ismail ditinggalkan di Mekah yang ketika itu kawasannya tandus dan kering. Kenapa Allah perintahkan demikian?

Kerana ianya membawa impak yang cukup besar sehingga ke hari ini iaitu pembukaan KOTA MEKAH! Bagaimana? Ingat ketika kita melakukan ibadat umrah dan haji? Saie' (berlari-lari anak antara Safa dan Marwa) iktibar dari kisah Hajar yang mencari air untuk Ismail. Ismail pula ketika itu menangis sambil mengesot kakinya ke lantai pasir sehingga terbit mata air dengan izin Allah. Air itu adalah air dari syurga dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia adalah AIR ZAM-ZAM!

Anak-anak Ismail semakin ramai tanpa mengenali sembahan berhala. Menjadi amalan mereka untuk membawa batu dari tanah haram  apabila keluar daripada Mekah. Di mana tempat mereka singgah, mereka akan tawaf batu tersebut sebagai tanda rindu kepada Mekah. Saya jadi teringat kisah seorang wanita yang solat, sujud di atas batu di suatu masjid zaman belajar namun saya tidak pasti apakah kes solat wanita ini ada kena mengena dengan kisah batu ini. Ini kisah sebelum Islam datang dan ummat Arab masih 'suci' daripada peradaban bodoh di kiri dan kanan mereka.

Keadaan berubah apabila datangnya 'Amru bin Luhay yang Rasulullah SAW pernah bersabda, Baginda SAW pernah nampak Amru ini menarik berhala kayunya masuk ke dalam neraka kerana dialah orang pertama yang mengubah agama Ismail yang membawa berhala yang diberi nama HUBAL diletakkan di atas Kaabah! Maka, penyembahan berhala terus tersebar dikalangan masyarakat arab ketika itu secara berleluasa. 3 berhala yang paling glamor ketika itu adalah Al-Lat, Al-Uzza dan Manat (lihat surah An-Najm: ayat 19-20).

ARAB vs PARSI & ROM
Dibandingkan dengan arab dan Parsi serta Rom, tanah arablah yang lebih suci daripada kekotoran jahiliyyah peradaban Parsi dan Rom. Mereka kurang ilmu. Mereka membunuh anak perempuan semata-mata mempertahankan muruah dan belanja besar untuk kehormatan sebagai tujuan utama. Bukanlah seperti Parsi yang menafikan hak wanita. Bukan juga seperti Rom yang rosak apabila menjadikan pemabuk, penzina sebagai Tuhan mereka.

Seorang Profesor Mesir berpendapat, Muhammad Al-Mubarak mengatakan, "orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab akan dapat melihat bagaimana Bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah 2 tamadun yang melebar di kiri dan kanan...." [ISK, Thoriq Ahmad].

Orang Arab juga bangsa yang merendah diri dan mereka tidak bermega-megah dengan tamadun kerana mereka belum ada tamadun lagi ketika itu sebagaimana tamadun jahiliyyah Rom dan Parsi. Maka, lebih mudah ditempa 'logam' mereka dan diperbaiki berbanding ummat yang keras dan berakhlak busuk sebagaimana tamadun Rom dan Parsi itu tadi.

Jadi, istilah ARAB JAHILIYYAH yang kita guna pakai di dalam buku-buku teks sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan adalah mainan orientalis untuk menunjukkan Islam itu buruk. Walhal, tamadun mereka lebih parah dan buruk! Malah mereka menggunakan perkataan TAMADUN ARAB dan bukan TAMADUN ISLAM serta disebar luaskan untuk menunjukkan kebencian mereka kepada ISLAM. Pada mereka ISLAM adalah punca masalah mereka.

Kesimpulannya di sini, kenapa Allah pilih ISLAM untuk dirintis di Tanah Arab kerana, Arab mudah berkembang  disebabkan belum ada tamadun. Rom dan Parsi susah Islam mahu bermula kerana telah ada tamadun yang sungguh dahsyat lagi binasa. Namun, hakikatnya, semua daripada dengan izinNya. Jika Allah memilih Rom mahupun Parsi, pasti ianya juga bersebab. Kun fa yakun!

Sekian tulisan saya kali ini. Terima kasih kepada orang-orang beriman sebelum kita, murabbi, murabbiah yang telah bersusah payah dalam trek tarbiyyah dan dakwah agar risalah Ar-Rasul tersebar dengan bahagianya diserata dunia! Apa perasaan anda yang membaca tulisan kali ini Selamat berpenghulu segala hari. Semoga khatam surah Al-Kahfi danmemperbanyakkan selawat agar Ar-Rasul redho untuk mensyafaati kita di sana. Allahumma solli a'la Muhammad ;).

1 comment:

Karisma Izzah said...

Perasaan saya: terkejut, tapi tak terkejut...

Terkejut sebab tak tahu pun tamadun Rom dan Parsi seteruk itu. Zaman sekolah dulu belajar Rom dan Parsi pelopor ilmu-ilmu dunia yang kita pelajari sekarang...Yunani ke Babylon ke ape ke, semua dalam buku sejarah.

Yang tak terkejutnya adlaah pada perenggan:
Jadi, istilah ARAB JAHILIYYAH yang kita guna pakai di dalam buku-buku teks sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan adalah mainan orientalis untuk menunjukkan Islam itu buruk. Walhal, tamadun mereka lebih parah dan buruk! Malah mereka menggunakan perkataan TAMADUN ARAB dan bukan TAMADUN ISLAM serta [b]disebar luaskan[/b] untuk menunjukkan kebencian mereka kepada ISLAM. Pada mereka ISLAM adalah punca masalah mereka.

Ini kerana saya ada baca dialog antara seorang islam dan paderi kristian mengenai penyebaran ilmu yang telah disongsangkan oleh mereka.

Boleh baca di sini:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19680.msg289339#msg289339