7.10.13

'MAUZUN' ORGANIK

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Kisah hasil kebun ayah petang Sabtu lepas. Mauzun organik! Mauzin ialah pisang dalam bahasa arab. Pisang yang membesar tanpa sebarang baja penggalak atau baja sintetik. Jadi, kita label baru sebagai 'kebun organik ayah'. Nama yang cantik!

Pisang organik yang suci tanpa dicemari baja penggalak atau sintetik.

Ayah suka berkebun. Dulu ibu pernah tulis tentang HASIL KEBUN AYAH. Masa ini memang meriah sangat hasil kebun ayah. Semuanya memang organik. Bebas GMO. Hasil yang lumayan diagih-agih kepada jemaah surau selalunya. Serai, cili, sawi, lengkuas semuanya disedeqahkan kepada yang ada rezeki.

Jadi, kita makan selalu berulamkan daun pegaga. Gemuk-gemuk pegaga ayah. Semasa itu kami sudah sedar akan bahaya sayur yang dijual yang mengandungi racun yang cukup tinggi. Jadi, memang jarang ayah beli sayur. Kebiasaannya satu lauk sahaja makanan dirumah kita. Teringat kisah salah seorang mak organik. Dikhabarkan sayur dipasaraya disemur dengan RIDSET untuk kekalkan kesegaran dan jauhlan serangga perosak datang. Aduhai!




Sekarang kebun organik ayah itu, tidak semak pun sudah dikira baik haha! Sayur-sayuran agak terbatas. Ayah ada azam yang kuat. Mungkin selepas ini, giliran Shaikh Muhammad pula yang menanam. Ayah mahu turunkan ilmu berkebun dengan iman dan taqwa inshaAllah! Tanaman menjadi semuanya Allah yang bagi, jadi untuk keberkatan 'menjadi' itu ada ilmu juga bukan ;).

Sekarang kita makan sayur organik beli sepaket RM1 atau RM2 tahan seminggu. Kadang potong-potong timun sahaja. Kadang tomato. Makan sayur sebagai ulam lebih berkhasiat ;). Kenapa kita memerlukan makanan organik atau makanan yang bebas GMO?

GMO adalah teknik penanaman menggunakan benih yang telah disuntik dengan DNA serangga, atau haiwan perosak, malah DNA virus ciptaan mereka. Apabila tumbuhan ini tumbuh tidak akan ada serangga perosak padanya lalu didakwa sebagai ‘pesticide free’. Padahal disembur dengan racun Round-up (herbisid glyphosate) yang mematikan tumbuhan lalang di sekitar tumbuhan GMO tetapi tidak mematikan tumbuhan GMO tadi. [sumber: PTT]

Suruhan menjaga kesihatan bukan suatu surahan yang main-main wahai anak-anak. Ianya suatu tuntutan. Ibu tertarik dengan kupasan Ustaz Rosli, sahabat ayahanda di Sabah dahulu tentang MANFAATKAN WAKTU SIHAT. Ianya entry ringkas berkenaan kupasan kesihatan dalam konteks islam. Ibu telah minta izin untuk salin dan kongsi.

**********************************************************************
Pepatah arab ada mengatakan:

الصحة تاج المرء لا يعرفه إلا المريض
Sihat itu mahkota seseorang yang tidak diketahui kecuali orang sakit.
Orang tua-tua ada berpesan “Akal yang cerdas berasal dari badan yang sihat”.

Kesihatan amat penting kepada seseorang. Setiap orang mahu supaya dirinya kekal sihat sepanjang masa. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata mahu kekal sihat.

Islam menyuruh umatnya supaya menjaga kesihatan. Sebab itu dalam maqasid syar’iyyah antara lain menekankan supaya menjaga akal. Justeru Islam melarang umatnya bersigup, minum arak, hisap dadah kerana perbuatan tersebut amat membahayakan kesihatan dan akal seseorang.

Kesihatan perlu dijaga. Punca penyakit ialah perut. Nabi صلى الله عليه وسلمbanyak kali berpesan agar jaga makan untuk kesihatan. Baginda sendiri makan mengikut keperluan. Negara kita ramai orang mati sebab makan.

Masa sihat ini perlu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat samada untuk dunia kita maupun untuk akhirat. Ramai orang terpedaya dengan nikmat sihat. Masa sihat tidak diguna untuk buat taat, bila sakit baru ingat.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ)
“Daripada Ibni Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Ada dua nikmat dimana manusia banyak tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan waktu luang’.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

عن بن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه : " اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك " 
أخرجه الحاكم في المستدرك
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :Waktu mudamu sebelum tuamu,
sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sihat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti pada waktu sakit. Amat beruntung bagi orang yang sentiasa memenuhi waktu sihatnya dengan amalan soleh. Sabda nabi

عن أبي موسى - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا))؛ رواه البخاري 
.
Daripada Abi Musa katanya, Sabda nabi صلى الله عليه وسلم Apabila seseorang hamba sakit atau bermusafir, maka ditulis pahala ke atasnya seperti mana ia beramal ketika bermukim dan sihat. Contohnya kalau kita semasa sihat sentiasa solat berjamaah, apabila sakit kita dapa juga pahala berjamaah walaupun solat di rumah.

********************************************************************
Memang tepat! Sabtu selepas selesai tugas ibu untuk karnival sukan, ibu terus demam tidak boleh bangun. Hanya bangun untuk solat dan perkara yang terdesak. Maka terasalah besarnya nikmat kesihatan untuk beramal soleh. Bila sakit, bagaimana mahu beramal dengan baik? Mudah-mudahan ilmu pendidikan kesihatan dari kaca mata islam, dihadam baik oleh Muhammad dan Abdullah untuk ummah kerana Allah inshaAllah! Sayang kedua shaikh kabir kerana Allah!

4 comments:

ily♥ said...

Allahuakbar...seronoknya tengok kebun organik UM..
Kalau kat supermarket, sayuran organik kan harganya lebih mahal dari yang bukan organik..Tapi beli je tanpa berkira sebab takde tanah untuk di buat kebun..huhu~

@LeenShamsh said...

ily: tulah mak organik ade kate jugak mhal tapi kt sini syur die jual lebih kurg dlm pasaraya..kami beli sepaket due selalunye tahan seminggu

kebun skrg ade yg asas je ily..sawi kangkung salad tu kene cari tanah itam lagi tu..seronok lebih ayah die shaikh2 kabir die da beso..ibu jelah duk dalam rumah sorg2..diorg bertige selalu riadah basuh lantai, basuh kete depan rumah

Puan Ida said...

bagus ye
makan semua yang kite tanam sendiri
terjamin keasliannye kan
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no405

@LeenShamsh said...

puan ida: dah pegi n fren hhe..salam ukhuwwah fillah! ;)