14.11.13

OBESOGEN (1) l BAHAN KIMIA TOKSIK

InshaAllah seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, ingin saya kongsikan cara saya diet sehingga Allah izinkan kembali mendapatkan berat sebelum berkahwin. Sebelum saya kongsikan tips mengurus tanpa ubat, mari kita kupas apakah yang dinamakan OBESOGEN?

Melalui Utusan Pengguna Persatuan Pulau Pinang yang dihadiahi oleh adik junior kesayangan saya fillah secara langganan selama 3 tahun, OBESOGEN dinisbahkan kepada bahan kimia toksik yang tidak dapat dilihat dalam makanan yang kita makan, produk yang kita gunakan dan udara yang kita hirup setiap hari yang mana ianya mungkin menjadi punca terhadap wabak obesiti semasa.


Rupa-rupanya, wabak obesiti hari ini bukan sahaja kesan daripada pencemaran makanan tetapi ianya sangat mudah 'dijangkiti' melalui bahan-bahan kimia sekitar kita sebagai contoh syampu, BPA, botol air, sirap jagung tinggi fruktosa, kuali dan pelbagai lagi yang inshaAllah saya akan kongsikan mengikut edisi dengan kesempatan yang Allah berikan nanti.

Saya bersyukur dikurniakan dan dipertemukan dengan mak-mak organik yang sentiasa berusaha untuk perbaiki mutu kehidupan melalui pemakanan. Jadi, kami sekeluarga mula buang segala kimia yang memudaratkan sebagai langkah pertama penurunan berat badan dalam masa 2-3 bulan. Antara bahan makanan yang kami beri perhatian setelah berkesedaran adalah bahan asas masakan iaitu gula, garam, tepung dan ayam. 

InshaAllah sambung lagi nanti dengan izin Allah.

1 comment:

Ciktie said...

menarik ni..xsabar nak tau