2.11.13

BUTTER & BUTTERMILK HOMEMADE

Hari Sabtu kualiti ;). Singgah kejap tuliskan sesuatu. Moga ianya menjadi saham jariah berpanjangan. Walaupun ianya leceh, tetapi mudah-mudahan dengan kegigihan dan ketabahan menyediakan makanan yang sihat buat ahli rumah, Allah kurniakan rezeki kesihatan yang mewah untuk terus beribadah kepadaNya dengan mudah dan gembira inshaAllah!

Kali ini teringin saya kongsikan kaedah membuat butter dan buttermilk sendiri yang sungguh mudah yang diambil dari blog Puan Osem yang saya kagumi. Mudah-mudahan ada jodoh bertemu dengannya dan mak-mak dalam jelitawan organik. Ambil aura dahsyat mereka! Berikut adalah salah satu penyediaan buttermilk yang sungguh mudah!

Susu lembu segar (bukan susu segar dalam kotak di pasaraya) dicampur sedikit garam dan 'dipukul'.

'Pukul' sehingga susu tadi terbahagi kepada dua lapisan. Pepejal dan cecair.

Tapis untuk mengasingkan butter dan buttermilk.

Tarraahhh! Pepejal kuning itulah butter dan cecair putih itu adalah buttermilk yang rasanya masam seperti susu basi tetapi menghasilkan kek lembut dan gebu menurut pakar membuat kek dan roti ;D.

Sos putih lasagna. Buttermilk digaul bersama tepung gandum untuk memekatkan sos.

Sekian, kelas membuat butter dan buttermilk homemade. InshaAllah saya juga mahu mencuba keju homemade jika diizinkan Allah. Memandangkan banyak produk tenusu seperti butter, buttermilk serta keju yang sangat meragukan, inshaAllah inilah penyelesaian yang terbaik. Buat sendiri!

Mungkin tidak sesedap yang dijual, namun demi pembangunan modal insan yang berkualiti syurga, mudah-mudahan Allah ganti nikmat lazat dunia yang mak-mak dalam jelitawan organik pantang, dengan makanan-makanan yang sungguh lazat tidak terperi di dalam syurga Allah nanti inshaAllah.

Dan hidup ini terlalu singkat.

No comments: