18.8.11

ABU MUHAMMAD MARAH

:) Senyum pembuka bicara. Kisah kami semalam. Kebiasaan pulang dari bertugas, saya akan kerumah mak yang berdekatan dengan tempat bertugas suami untuk menunaikan hak Allah iaitu solat Zohor sebelum mengambil Abu Muhammad dan seterusnya Muhammad. Sebelum mengambil Muhammad, kami singgah sebentar di kedai buah-buahan. Menjadi kebiasaan saya semenjak bernikah, suami yang akan turun berbelanja dan saya akan tunggu di dalam insyirah sahaja.

Semasa menanti Abu Muhammad membeli belah, saya mengambil kesempatan mendengar kuliah ilmu di radio IKIM.fm. Saya melepaskan pandangan keluar tingkap insyirah dan memandang peniaga muda yang menjual air pelbagai warna dan terlupa yang kita berada di bulan puasa. Masa ketika itu menunjukkan lebih kurang jam 2.20 petang. Saya menoleh untuk kali kedua apabila tersedar yang sekarang ini bulan Ramadhan kerana terdapat sesi berjual beli air. Dengan segera, saya mencapai handphone cap pingpong saya untuk merakam aksi mereka.
2.20 pm: Gerai air yang betul-betul berada disebelah insyirah.

Saya merakam aksi mereka dalam keadaan mereka sedar yang saya sedang merakam. Niat saya hanya satu, supaya ada sedikit perasaan segan dihati mereka. Ikutkan hati, mahu sahaja saya turun. Bukan mahu memarahi mereka, tetapi mahu sahaja melaksanakan tanggungjawab menegur dengan lidah dan mempraktikkan dakwah As-Syahid Hassan Al-Banna. Namun, keterbatasan dan mengambil kira kemashahalatan mendatang, saya berdoa supaya usaha saya yang sedikit itu mampu memberi sedikit kesan dihati mereka.

Saya sempat merakam 2 perbuatan jual beli yang berturutan seperti rakaman pendek dibawah sebelum disergah Abu Muhammad yang telah selesai urusan beli belah buah-buahannya.

* 2 video tadi terpaksa di'bersih'kan atas nasihat Abu Muhammad yang terpandang entry ini semasa saya meningalkan laptop saya sebentar tadi :(

Belum sempat habis jual beli rakaman kedua, Abu Muhammad datang dan menyergah saya. Cara orang lelaki berfikir selalunya lebih panjang berbanding perempuan. Marahnya adalah kerana andai mereka mark nombor plat kereta dalam keadaan saya yang memandu berulang alik seorang diri jauh di jalan yang kurang sibuk, siapakah yang susah? Berceramah dengan jayalah Al-Fadhil Ustaz Ayah kepada si isteri yang sememangnya degil dan kamikaze dalam melakukan sesuatu disepanjang perjalanan pulang ke Bayt Al-Iman ;) Memang cara berfikir kami sentiasa bercanggah, namun saya percaya, ianya adalah lengkap-melengkapi antara suami dan isteri insyaAllah. ;)

Akhir kata, peristiwa singkat itu cukup menandakan ketenatan ummat. Tanggungjawab kita sebenarnya semakin memberat kerana bukan sahaja perlu berdakwah kepada orang bukan islam untuk kembali kepada islam, namun yang paling parah apabila orang islam sendiri mengalahkan orang bukan islam dari segi perangai dan akhlaknya. Jadi, kita mempunyai 2 tugas berat iaitu menarik semula orang islam untuk menjadi seorang muslim dengan erti kata sebenar dan juga, mengajak orang bukan islam mengenal Allah. Banyak usaha untuk mengajak non-muslim kembali kepada fitrah digagalkan oleh sikap dan akhlak buruk orang islam sendiri. InsyaAllah, saya berpegang kepada fikrah proses pembaikkan individu muslim itu yang utama untuk sama-sama menjadi akar yang mantap membina sebuah negara islam yang berdaulat menepati piawaian Allah yang seterusnya merubah persepsi non-muslim yang islam sebenarnya sebuah agama yang indah dan cantik. Semoga Allah mengurniakan jalan untuk kita sama-sama menyeru manusia lain menuju Allah dan Rasul. Istiqomah menuju Allah dan Rasul insyaAllah! Wallahua'lam.

10 comments:

kayzie said...

di mana ni ummu muhammad?alhamdulillah skitar sini blum ad yg berani buat jualan terbuka siang hr camni..moga Allah bukakan pntu hati mereka utk sdikit kesedaran

@LeenShamsh said...

ditempat kami..memang dhsyar makhluk disini..pend sivik yg tak meresap..mudah2an ade sinar utk mereka berkat bulan puase ni..

FADLUL & FIFAH said...

sama lah kt sekolah org tu..ada pulak org jual beger la pe tah lg..pg2 hari..org jual tu pulak bertudung..dgn ank dia..pe tah..tk fhm btl

~MAWAR~ said...

betul2..kadang2 suami ni pikiran dia lbih kearah long term..sedangkan kita isteri ni..selalu buat tindakan dan pikir secara short term je kan?

kdg2 bnda tu kita xterpikir pn..tp dia dh siap pikir smua dh..=)

papepun smga diberi hidayah buat mereka..

Unknown said...

teruknye peel mereka..x hormat langsung ramadhan.

IntaNBerliaN said...

laa ada jugak macam tu yer... macam2 perangai.. xmalu ke dia..

a'aa betoi tu.. lelaki ni pikir jauh ke depan.. samala dgn hubby saya.. tu yg kdg2 kene dgr ceramah panjang tu.. hihii

Unknown said...

yup...setuju...kebanyakan orang islam sendiri menjatuhkan orang islam...yup mmg bahaya lah ummu muhammad wat camtu...sy pun selalu kene bebel dengan suami...mungkin tul diaorg berfikir lebih jauh daripada kita...

Ibu Yusuf Maryam said...

Ayah yusuf dan maryam tak cakap banyak.. bila tiba2 senyap tanpa bicara, maka ibu yusuf dan maryam kena mula muhasabah diri.. di mana silapnya.. :D

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BSB rasa org yg berniaga tue lebih bersalah...naper berniaga awal sangat.,,dan ia seperti mengalakkan lagi org jgn berpuasa.

@LeenShamsh said...

setuju dgn kak bSB..peniage terlalu awak bukak kedai..utk ape?saje nk undang rezeki tanpe berkat..