8.8.11

BILA RAMADHAN TIADA MAKNA

Lapan hari Ramadhan telah berlalu. Alhamdulillah hari ini saya ke tempat bertugas bersama insyirah solehah tersayang. Alhamdulillah insyirah lebih bertenaga setelah keluar dari klinik. Terima kasih kepada rakan setugas yang telah menumpangkan saya setiap hari selama sebulan setengah lamanya dengan kerenah yang pelbagai. Namun, hari ini saya mahu bercerita tentang satu pemandangan yang cukup menyakitkan mata apatah lagi hati sepanjang Ramadhan yang baru beberapa hari sahaja ini.

Peristiwa ini berlaku setiap pagi sepanjang beberapa hari Ramadhan ini, di tepi jalan menuju ke tempat bertugas. Wajarkah seorang yang mengaku islam, mengaku Allah itu ada, namun masih berniaga seolah-olah bulan ini bulan biasa? Bila Ramadhan tiada makna pada mereka, maka tiada sedikit pun perasaan sensitif terhadap bulan Ramadhan. Lebih parah apabila pembeli juga adalah seorang yang mengaku islam. Lemah semangat saya pagi-pagi melihat tenatnya ummah!

Sudahlah pagi-pagi semangat saya dirundumkan dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang layaknya seorang atok keluar masuk kedai membungkus sarapan, tengah hari pula seawal pukul 1 petang sudah terpacak payung-payung peniaga muda menjual air yang berwarna-warni. Sungguh warna-warninya kehidupan hari ini. Sudahlah matahari terik memancar, ditambah lagi panas hati. Alahai pemuda-pemudi harapan agama, lemahnya jiwa dan hatimu!


Siapakah yang patut dipersalahkan? Kenapa mereka hilang segala perasaan malu dan sensitif? Apakah tugas kita? Aduh! Beratnya tugas kita hari ini!

9 comments:

d'La Fadelia said...

Pada mereka bulan ramadhan inilah bulan mengaut keuntungan berlipat ganda. Mana taknya berpusu-pusu manusia membeli makanan waktu pagi dek takut kelaparan. Kalau dapat pahala tak pe juga, ini...

@LeenShamsh said...

cheD: dose pun berlipat ganda juga..rase nk pegi je bg ceramah kt kedai2 tu semue.. ;(

Naziffa said...

betul tu, nak harapkan untung dunia sahaja, untung akhirat tak mau kira.

~MAWAR~ said...

adehh...memang menyakitkan hati betul kalau macam ni..agak2 la kalau nk meniaga di bulan pose pun..kol3@4 tu kira ok la kan..buka payung.ni kol12..dah jual air..hurmmm...

Cik Sue said...

Assalam Ummu...
Windu la dgn ummu dan muhammad. Muhammad posa x?? hehehe..
Inilah golongan manusia yg tamak. Patutnya dibulan yg mulia kita bykkan amal ibadat bukannya membuat dosa uhuhuhu!!!...

kayzie said...

Ya ALLAH ada jugak manusia berhati besi camtu?sah2 dah takde perasaan malu pd manusia sekeliling, apatah lagi malu dgn ALLAH..yg membeli pun satu hal..di mana ni?kalau ssh terima teguran, kita report aje..

@LeenShamsh said...

zyfa: betapa tenatnya ummat ;(

ummi mawar: tulah tak sensitif sgt rase..geram je nak buat sesi kaunseling ;D

noen: alhamdulillah tempat noen tak jumpe..kat sini banyak! memang boleh nampak tak puase..kedai tu pulak rase tak sanggup nk singgah sarapan..air tgnnya bahaya!

CS; wah CS kesayangan! lame tak keudare hehee ;) stuju dgn ciksue tamak! Ya Allah..betapa Allah laknat.

kayzie: tulah rase nak buat report je..bagi pendidikan sikit..

ANDAI DIRI INI MAMPU SEHEBAT AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA yg pergi kedai kopi ke kedai yg lain demi menyebarkan keEsaan Allah..ya Allah lemahnya diri ini..

Ibu Yusuf Maryam said...

Hehe.. ibu yusuf dan maryam, antara yg 'pedas' di pejabat menembak anak2 muda.. Allahu Akbar!!

@LeenShamsh said...

kak zefa: budak2 zaman sekarang kak lemah betul rase..tgk budak sek men je cukup meluluhkan hatiku..mengalahkan budak sek ren..rase nk g kaunseling je..selalu mcm ni mesti ade prob ;(