23.1.14

CARA BUAT DOH ROTI /PIZZA /DONUT SIHAT

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi cara buat doh roti, pizza dan donut yang menggunakan bahan-bahan berasaskan organik atau natural yang diminta oleh Puan DD kesayangan fillah. Lama sungguh tertangguh entry untuk meraikan permintaan mak organik di Gerik itu. Ampunkan daku :P.

Resepi doh yang sama sahaja. Alhamdulillah percubaan demi percubaan, barulah Allah izin dapat rentak membuat doh yang dalam kategori 'boleh' diterima tekak dengan baik. Walaupun hodoh rupa tetapi rasa masih rupawan haha! Sekarang 'sedap' bukan menjadi keutamaan buat kami. Apa yang penting sihat dan barakah buat tubuh badan untuk menjalankan tanggungjawab hamba (51:56) dan khalifah Allah (2:30) inshaAllah!

Sebagaimana entry-entry sebelum ini, inshaAllah saya cuba mengekalkan 'organik' dan semulajadi dalam semua sajian di rumah. Walaupun tidaklah 100% bahan-bahan yang saya gunakan organik atau nuetral, inshaAllah sekurang-kurangnya saya cuba demi anak-anak yang sedang install 30 juzuk Al-Quran dalam hati mereka kerana Allah. InshaAllah! Jom kita mulakan ;).

*********************************************************************************
Bahan A
1. Tepung gandum intasir inshaAllah bebas 'klorox' - 2 cawan (dalam 200g)
2. Natural yis sesudu teh.

Adun supaya yis rata dengan tepung.

*********************************************************************************
Bahan B
1. Gula perang/brown sugar organik - 2 sudu makan
(nota: sukatan 100g tepung = satu sudu makan gula)
2. Garam bukit/laut warna pink - sesudu teh
3. Minyak masak cap Saji - 2 sudu makan
(nota: sukatan 100g tepung = satu sudu makan gula = satu sudu makan minyak)
4. Air suam/panas - 170ml (sukatan botol susu budak)

Kacau sehingga sebati atau dipanaskan dalam kuali.

*********************************************************************************
Cara Membuat:
Bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A.

Gaul rata sehingga menjadi seperti doh roti.
(Nota: Pandai-pandailah. Kurang air, tambah air. Lebih air, tambah tepung.)

Diamkan setengah jam/sejam untuk doh kembang sekali ganda.

Selepas sejam, tumbuk doh.

Ambil sedikit dan bentukkan bulat kecil. Kebiasaannya, ramai orang gunakan majerin untuk sapu loyang dan tangan semasa proses ini. Saya gunakan minyak masak cap Saji.

Ulang sehingga habis doh. Kiri adalah roti berinti kelapa.

Selepas doh kembang, tabur gula sebelum masuk oven sentuhan Shaikh Muhammad. Bakar pada suhu 170 darjah celcious, api dan bawah. Atau sila pantau dan bermain dengan api atas dan bawah mengikut kesukaan anda.

Keratan roti berinti kelapa tadi.

Roti gula biasa.

Shaikh Muhammad tidak berapa suka pizza. Lebih suka kepada roti ;).

Kiri ialah gula perang selalu digunakan untuk buat air. Sebelah kanan ialah brown sugar yang biasa untuk masak makanan. Ada beza antara 2 gula ini.

Khas buat Puan Anna. Jiran di syurga kami ;). Sayang fillah ;).

Doh ini juga sesuai untuk tapak pizza yang mashaAllah lembut. Bakar dalam masa 7minit, suhu 170, api atas dan bawah serentak. Pizza adalah kegemaran Shaikh Abdullah. Abang suka roti. Adik suka pizza. Kegemaran Puan Anna sekeluarga juga kami :D.

Sekian sahaja cara membuat doh roti, pizza dan donut versi Bayt Al-Iman. Bahan-bahan yang kami gunakan inshaAllah sebaik mungkin bahan-bahan yang sihat. Jadi, makanan yang terhasil tidaklah dapat bertahan lama. Sekadar 2-3 hari. Kebiasaannya, dengan sukatan bahan seperti di atas, di rumah iman kami habis dalam masa sehari dua sahaja.

Semoga penerangan di atas jelas dan kita sama-sama mampu memproses makanan sihat buat keluarga tersayang fillah. Alhamdulillah semalam kami berjinak-jinak membuat cookies pula. InshaAllah entry Cookies Al-Mulk by Shaikh Muhammad menyusul dengan izin Allah pastinya ;).

7 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum..
wahhh... best bila wat pizza and roti sendiri kan.. puas hati.. makan sampai puas.. :) thanks for resepi dan totorial tu.. :)

@LeenShamsh said...

waalaikumusslm ;)
mashaAllah mmg puas hati kak ;)

based pizza tu rolling pin kan mase letak atas loyang sile lubang2kan dengan garfu..lupe nk nyatakan..mgkin entry lain inshaAllah :D

All about a journal said...

kalaulah ai pun boleh kirim..wahhhhh............

hehe ok UM..sangat terserlah tumbukan itu..

jazakillah atas entry ni!~

NoEn said...

tak berkesempatan lagi nak memiza nih...

Kerongsang Perak said...

sedapnya...lama dah verangan2 nak buat roti tp tak buat2..huhu...
haruslah lps ni bile nak buat refer entry Leen je....

@LeenShamsh said...

aza: heheh sekarang bole imagine ye tumbukan padu ke atas doh :P

noen: bile due tu? pah semalam udah..giliran u plop ;D

CT; inshaAllah mudah2an jadi ct..bahan pun sgt asas je tu

Ismail Ahmad said...

marvelous... sedapnye pizza ni