1.1.14

KELAHIRAN ALAMI | 4.11KG TANPA JAHIT!

Isu hangat beberapa minggu kebelakangan ini. Berkaitan isu kelahiran alami di rumah. Kurniaan syahid kecil buat para ibu yang meninggalkan dunia saat kelahiran. Saat segala dosa-dosanya sedang diampunkan Allah. Saat segala rintihan diganjarkan pahala. Allah! Apakah amalan para ibu yang syahid ini sehinggakan Allah menjemputnya dalam keadaan sungguh mulia :). Syahid yang menjadi cita-cita mukmin dan mukminah yang dahagakan syurga Allah. Cita-cita saya juga T__T.

Saya bukanlah orang perubatan yang tepat untuk membicarakan hal ini tetapi saya tertarik untuk berdiskusi berkenaan faktor menjadi asbab kegagalan kelahiran alami yang tidak ditekankan dan tidak diketahui atau tidak diberi perhatian sebelum ini. Perlu dipegang, segala sesuatu adalah dengan izin dan ketentuan Allah. Sebagai manusia, definisi ikhtiar adalah pada pandangan dan kepercayaan individu itu sendiri. Maka, hormatilah!

Sekali lagi isu pemakanan dan cara hidup adalah faktor asbab kejayaan kelahiran alami. Puan Tabib Terpercaya (PTT) ada menyatakan dalam tulisannya sebelum ini, kejayaan kelahiran alami salah satu faktor utama adalah berkaitan isu penjagaan makanan si ibu. Sekiranya cara hidup si ibu tidak 'pantang' makanan hariannya, PTT tidak menjamin kejayaan terhadap kelahiran alami.

Secara kasarnya, kelahiran alami ini adalah kelahiran yang tidak memerlukan segala jenis dadah sintetik dimasukkan ke dalam badan seperti dadah tahan sakit, ubat mempercepatkan bukaan dan pelbagai nama saintifiknya yang saya tidak pasti nama-namanya ketika proses kelahiran. Si ibu menahan kesakitan hanya dengan bantuan kuasa luar biasa sistem badannya pastinya dengan izin Allah. Ianya boleh sahaja berlaku di mana-mana sama ada di rumah, masjid atau hotel 5 bintang sekalipun hatta boleh berlaku di hospital dengan izin Allah.

Bagaimanakah caranya kelahiran alami di hospital? Dengan semangat yang cekal inshaAllah. Hijrah cara hidup selama ini. Ubah pola pemakanan dalam erti kata bukan sahaja halal malah toyyibah dan berbincanglah dengan para doktor. Mohonlah jasa baik mereka agar membenarkan kita duduk separa seperti bersandar di pokok seperti kisah Maryam melahirkan Isa as bersandar di pohon kurma menahan kesakitan malah menurut mak-mak organik, ada kajian mendapati posisi mencangkung juga memudahkan proses kelahiran.

Ianya memang melawan arus kerana kebiasaannya kita hanya disuruh berbaring melawan graviti bumi di hospital. Begitulah pengalaman ngeri saya melahirkan kedua putera yang bakal syahid ;). Proses yang indah bertukar trauma yang melanda T__T. Pendek kata, mintalah mereka menghormati hak pesakit dengan tidak memasukkan apa-apa dadah sintetik semasa proses menyucikan diri dari dosa iaitu proses kelahiran alami. Juga, tidak menyuntik apa-apa ke dalam tubuh anak-anak tanpa kebenaran kita. MashaAllah! Sungguh ianya satu proses yang sangat indah sebenarnya!

Menurut para tabib terpercaya kami, pelbagai kompilasi anak di dalam kandungan adalah berkait rapat dengan tabiat pemakanan si ibu dengan izin Allah. Kimia sintetik dalam makanan seharian atau pelbagai suntikan membuatkan si anak di alam rahim dalam keadaan 'serba salah' juga penyebab faktor tali pusat terbelit, bayi songsang dan pelbagai kompilasi yang baru saya ketahui. Semuanya terjadi dengan izin Allah asbab apabila pengambilan bahan makanan segar telah diringkaskan sehingga hilang segala khasiat semula jadi.

Sebagai contoh yang dibawakan oleh PTT kami. Kenapa kami pangkah susu formula? Bandingkan dengan susu segar tanpa sebarang campuran. Ianya bermula sejak proses si lembu dicucuk dengan pelbagai vaksin penggalak. Cepat subur dan susu banyak kesan dari proses paksaan yang melawan sunnatullah kehidupan semulajadi lembu. Susu diperah hasil tindak balas kimia yang disuntik dan dikeringkan sehingga menghilangkan segala zat dan dicampur dengan kimia lain untuk memanjangkan jangka hayat penggunaan susu formula.

Itu baru cerita bab susu dan lembu. Begitu juga perihal tepung, gula dan garam yang menjadi makanan harian kita. Semuanya melalui proses yang melawan fitrah semulajadi sistem tubuh kita sehinggakan sisiem tubuh serba salah. Keliru antara proses yang benar dan proses tiruan. Sama juga dengan sistem sikular hari ini. Bukan sahaja melanda dunia dan isinya malah rancangan ini turut 'kacau' sistem tubuh semulajadi yang Allah atur buat kita T__T.

Kesan kimia sintetik bukan setakat mengganggu janin malah ia berterusan ketika saat melahirkan dan selepas kelahiran. Si anak menghadapi kesukaran asbab tabiat pemakann si ibu seperti gemar kepada makanan segera, makanan ringan dan pelbagai makanan rapuh yang tidak berkhasiat yang menjadi asbab jaundis (kuning) selepas kelahiran. Saya juga punya pengalaman asbab kejahilan saya ketika zaman remaja. Takdirnya, kesan pemakanan yang tidak sihat, Allah izinkan berlaku kepada Muhammad. Juandis dan ditahan selama 2 malam. Sedikit kesedaran ketika mengandungkan Abdullah, saya nekad meninggalkan segala vitamin sintetik, Allah izinkan Abdullah tidak kuning ;).

Kini barulah saya sedar mengapa kesemua anak-anak naqibah saya dahulu yang seramai 3 orang itu tidak kuning selepas kelahiran. Rupa-rupanya asbab pantang mereka suami isteri sejak mula berkahwin iaitu mengamalkan hijrah bahan mentah secara total seperti saya katakan sebelum ini iaitu dari gula putih yang dilunturkan kepada gula perang atau brown sugar.

Hijrah garam putih dilunturkan kepada garam laut atau bukit asli berwarna pink. Tepung peluntur putih ditukar kepada tepung gandum asli tanpa perasa pelbagai vitamin dan peluntur serta ayam yang dicucuk untuk cepat besar kepada ayam organik atau ayam kampung yang bebas antibiotik dan pelbagai vaksin jahat yang selama ini masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan-makanan segera seperi ayam goreng McDonald yang difatwakan haram tetapi ummat Islam Malaysia ramai yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai saudara Palestin kita. Sungguh mendukacitakan dan saya sangat sedih kerana ini menunjukkan tahap pembacaan dan kesedaran yang sangat kritikal umat islam hari ini.

Aara Aishah. Subhanallah! Anak ajaib sebesar 4.11kg yang dilahirkan di hospital secara kelahiran alami iaitu tanpa ubatan yang disuntik kepada ibunya dan si ibu tidak memerlukan jahitan kerana hanya 'koyak' minimum! MashaAllah!

Bayi perempuan cantik ini sungguh bertuah kerana dikurniakan mak yang kuat semangat dan tegas dengan pendiriannya sehingga Allah mudahkan kelahiran alami buatnya. Bayangkan 4.11kg? Memang mashaAllah! Saya kagum dengan ibunya. Mereka bertemu hidayah berkaitan pemakanan sihat bebas racun ketika mengendong bayi sihat ini. Jadi asbab bukan dari awal penjagaan makanan, takdirnya bayi ini Allah rezekikan jaundis (kuning) yang tinggi sehinggakan doktor muda di hospital berkenaan meminta bayi ini ditukar darahnya!

Sekali lagi saya cukup kagum dengan semangatnya di saat kritikal bayi jaundis dan suami yang demam teruk serta tekanan banyak pihak, Allah kurniakan dia semangat yang luar biasa. MashaAllah! Sekiranya saya ditempatnya, belum tentu saya sekuatnya. Dengan bantuan para tabib-tabib dalam kumpulan mak-mak jelita organik, si ibu bayi ini dengan tegasnya mahu menyusukan bayinya apabila pihak hospital melarang menyusukan bayinya bagi tempoh yang lama.

Dengan izin Allah, bacaan kuning bayinya menurun dan tidak perlu menukar darah! Allah! Cantiknya khasiat susu ibu kurniaan Allah. Mengapa perlu dinafikan T__T. Maafkan saya. Kadangkala kepercayaan kita terhadap Allah amat rapuh. Kita lupa Allah yang memberi sakit dan hanya Dia selayaknya menyembuhkannya. Kurniaan susu ibu inshaAllah ubat paling mujarab buat antibodi anak 2 tahun ke bawah. Mengapa perlu prejudis?

Sekiranya kita sudah berjaga-jaga dalam banyak aspek tetapi kita perlu ingat dan yakin bahawasanya ujian itu milik Allah. Bukan kuasa kita dalam menentukan perancangan Allah. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Cuma sudah ketetapan Allah (sunnatullah), 'siapa berusaha, dia berjaya' inshaAllah. Maka, belajarlah  dan bersedialah untuk redho dalam banyak perkara. Ingatan dan nasihat untuk diri saya sendiri yang sentiasa jahil dan dahaga akan ilmu. Wallhu'alam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalirnya di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. [66:8]

1 comment:

cik Jaja said...

Seronok rasanya mendengar kisah tentang kelahiran alami ini. Subhanallah, segalanya dengan izin Allah jua. Saya sangat setuju bahawa pemakanan kita dewasa ini banyak yang memudaratkan.