LAHAD DATU VERSI MONGGOL (2)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (3)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (4)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (5) BANDINGKAN!
Saifuddin Qutuz! Nama yang sangat cantik untuk dinamakan kepada bakal-bakal mujahid anda kerana empunya nama ini sungguh hebat! Siapakah beliau? :). In shaa Allah sambung lagi kes Lahad Datu Versi Monggol kita ;). Di entry LDVM (4) ada menyatakan tentang kejatuhan Baghdad dengan dahsyatnya hasil sepasang tangan pengkhianat yang rela menggadaikan negaranya demi al-hawanya sendiri. Panggil musuh buat kerosakkan sehingga tergadai negara asalkan dendamnya terbalas yang mana akhirnya terkorban mungkin asbab 'karma'.
Baiklah, Islam itu akan sentiasa dijaga oleh PEMILIKNYA sebagaimana DIA menjaga Al-Quran sehingga relevan sampai kiamat. Apa yang terjadi ketika jatuhnya Islam sebagaimana hari ini adalah sunnatullah ketentuan Allah untuk kita belajar dan bersatu! Jadi, Allah kirimkan Qutuz menaiki takhta di bumi Ribath, Mesir setelah lebih 40 tahun Tartar bersuka ria dengan al-hawa di bumi Islam. Pembesar Mesir ketakutan apabila menerima suray ancaman Hulago. Dengan itu, Qutuz berusaha gigih untuk islah (pembaikan) muslimin-muslimin yang sangat takut kepada Tartar yang akhirnya ramai yang lari ke negera-negara berhampiran. Yang tinggal hanya saff barisan muslimin yang sudah ditapis untuk meneruskan jihad membebaskan Islam.
Qutuz membahagikan tenteranya kepada 2 bahagian. Pasukan pertama iaitu barisan hadapan terdiri daripada panglima yang handal dan pasukan kedua bergerak perlahan di belakangnya. Mereka bergerak sangat pantas sebagai strategi peperangan menumbangkan Tartar di Palestin wakaupun panas bahang. Allahuakbar! Kemenangan berpihak kepada kita di bumi Gaza!
Tahukah anda perihal PEPERANGAN AIN JALUT? Ianya familiar tetapi apakah dia? Ain Jalut adalah nama suatu tempat yang dekat dengan Gaza. Selepas kita menang di Gaza, Ain Jalut dipilih disebabkan kedudukannya yang sesuai untuk strategi peperangan. Kawasannya luas dan dilindungi bukit bukau, pokok disekitarnya kecuali di bahagian utara. Kita menjangkakan yang Tartar akan melalui utara ini untuk masuk ke kawasan peperangan.
[sumber]
Adat kebiasaan insan-insan hebat adalah tidak pernah putus berdoa, bangun malam bermunajat untuk memohon pertolongan Allah. Begitu juga Qutuz dan para tententaranya yang sangat berkualiti tinggi di zamannya ini. Pertolongan Allah sesungguhnya ada akan datang dengan pelbagai rupa dan gaya. Penduduk kampung di situ datang menghulurkan bantuan buat tentera-tentera kita.
Jadi, pemimpin Tartar ketika itu bernama KATABGHA dan bala tenteranya tiba di utara Ain Jalut seperti yand diandaikan kerana di situ sahaja punya jalan ketika hujung Ramadhan 658H. Tentera kita yang diletakkan di utara adalah di bawah pimpinan BAIBRAS. Baibras membahagikan pasukannya yang berada di utara kepada katibah-katibah. Setiap katibah ini memakai warna yang berbeza hatta kuda, senjata, khemah, kesemuanya untuk membezakan antara katibah.
Dengan menggunakan tektik peperangan inspirasi zaman khalifah Umar Al-Khattab untuk membuka Parsi, tentera Islam di bawah pimpinan Qutuz seolah-olah berundur dan kemudian menyerang bersama tentera-tentera yang bersembunyi. Musuh yang tidak menyangka, akan kelam-kabut dan barisan pertahanan mereka menjadi kucar-kacir.
Qutuz yang memerhati keadaan muslimin yang getir dari atas bukit segera turun ke medan perang untuk bersama-sama berlawan dan meniupkan semangat jihad. Kita perlu faham, salah satu adat berperang, kita perlu sentiasa melindungi ketua kerana matinya ketua bermaksud, pasukan mereka kalah! Jadi, semangat jihad yang ditunjukkan Qutuz melalui kepimpinan melalui tauladan telah menyebabkan JAMALUDIN AQUASY AS-SYAM telah terbakar! Terbakar semangat jihadnya sehingga mampu merempuh dan berada di tengah-tengah tentera musuh yang mana di tengahnya itu ada Katabgha. Jamaludin kemudiannya memenggal kepala Katabgha sehingga terpisah daripada badannya.
Musuh ketakutan dan berlaru keluar melalui utara Ain Jalut, tempat mereka masuk tadi. Tartar dikepung tentera islam tetapu dapat dipecahkan tentera Tartar dan mereka berlari ke Bisan yang akhirnya kemenangan berpihak kepada kita iaitu Islam. Qutuz bersama pasukan tentera yang dihebatkan Allah ini hanya mengambil 10 bulan untuk melumpuhkan Tartar yang bermaharajalela lebih 40 tahun! Allahukbar! Apakah terjadi kepada saki baki pengganas Sulu Monggol? In shaa Allah nantikan episod terkakhir esok :D.
No comments:
Post a Comment