21.3.13

MOSHE DAYAN

Takdir sambutan suram WW semalam. Makcik Noen sahaja yang berjuang untuk jawab. Terima kasih puan mama Alya ;). Tidak mengapa. Allah pandang pada usaha. Mudah-mudahan kita bukan seperti apa yang laknatullah itu kata. WW- KITA MALAS BACA!

Moshe Dayan menawan Al-Aqsa pada tahu 1967. Mendapat jolokan 'khalid al-walid' oleh jew.

Moshe Dayan iaitu bekas menteri luar israel laknatullah pernah menyatakan secara terbuka tentang cita-cita dan keinginan penubuhan negara HARAM ISRAEL dan laknatullah ini dikecam hebat oleh bangsanya kerana mereka bimbang kenyataan itu dibaca bangsa Arab dan rancangan jahat mereka diketahui. Apa yang berlaku, dengan tenang si laknatullah ini menjawab, "tenanglah, percayalah kepadaku, bangsa Arab (termasuk kita) tidak akan membacanya, kerana mereka TIDAK SUKA dan MALAS MEMBACA!" [Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita] di entry INI.

Laknatullah ini adalah orang Yahudi, seorang ahli politik dan pemimpin ketenteraan Israel. Popular kerana menjadi simbol kepahlawanan dunia negara Israel. Menjadi lanun (tutup mata sebelah) akibat terkena tembakan rifle bullet oleh tentera Perancis dan mati pada tahun 1981.

Ada benarnya bukan kata-katanya yang KITA MEMANG MALAS BACA! Kita sangat rajin baca gosip artis, politik dalam negara yang mana pemikiran kita hanya tertumpu kepada apa yang berlegar disekitar kita sahaja termasuk saya. Antara kelemahan umat Islam menurut Dayan,
1. KITA tidak mengulangkaji sejarah umat Islam terdahulu
2. Tiada perancangan.
3. KITA MALAS! T__T

In shaa Allah saya sambung tentang siapa WW- DURJANA!

2 comments:

puan nina said...

betul sangat2..saya MALAS T_T

bukankah ayat pertama diturunkan Allah ialah iqra'

astargfirullahalazim..terima kasih atas entry ini

Naziffa said...

BETUL TU.. KITA MEMANG MALAS NAK MEMBACA.. SEDANGKAN ILMU ITU TAKKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA MELAINKAN DENGAN USAHA..