26.12.12

WW- MULA SIBUK!

Semasa di kampung tokwan. Aktiviti indoor.
Cuba teka apa abang besar buat? :)

18.12.12

HADIAH 'LEGOLAND' SELAMAT DIPOS

Jenguk sekejap :). Alhamdulillah hadiah untuk pemenang 'LEGOLAND' telah selamat dipos pagi tadi sekalian untuk urusan-urusan lain menjelang bulan mengambang penuh hari ini ;D.


Semoga selamat sampai kepada 2 pemenang yang telah berjaya meneka dengan tepat. Bolehlah Abang Abbudey dan Kakak Auni bawa bekal ke sekolah nanti ;). Jumpa lagi in shaa Allah! Masa sangat cemburu! :D

10.12.12

KILANG ROTI RAKYAT MALAYSIA

Duta Aqsa Syarif.

Sementara Pemberita ASTRO TV melawat dan membuat liputan mengenai kejayaan rakyat Malaysia membantu rakyat Palestin melalui projek yang sangat berkesan seperti pembinaan kilang Roti Malaysian-Palestinian Friendship Bakery di Gaza, TV Hijrah pula menjemput dua orang ahli Board of Trustee Aqsa Syarif yang baru balik dan membawa beberapa keping roti yang dihasilkan di Gaza untuk makluman para penderama dan rakyat Malaysia.

Aqsa Syarif berusaha seupayanya untuk melaksanakan amanah dengan berkesan melalui penyaluran dana sumbangan rakyat Malaysia secara teliti dan berkesan mengkut PRIOROTI dan LESTARI. PROJEK KILANG ROTI yang bukan sahaja berupaya memenuhi keperluan rakyat Gaza di dalam keadan genting seperti ketika serangan Israel baru2 ini, semenjak ROTI PERTAMA dikeluarkan dari kilang ini pada 28 Jun 2011, kilang ini telah menyediakan PELUANG PEKERJAAN dan PELUANG PENGEDAR DAN PENIAGA mencari sumber pendapatan. 

KILANG INI juga berjaya diurus dengan cemerlang oleh ISLAMIC SOC OF JABALIA yang diketuai oleh Eng Abdel Rahim Shehab yang kini dilantik Aqsa Syarif sebagai WAKIL AQSA SYARIF D'GAZA telah berjaya menjana keuntungan. Sejumlah 200 KELUARGA MISKIN di Gaza kini menerima sumbangan bulanan dalam bentuk makanan.

Allahuakbar Walillahilhamd...! Ya ALllah Engkau telah tunjukkan kepada kami semua bahawa inilah bumi penuh Barakah... Ya ALlah menangkanlah perjuangan rakyat Palestin...! Kembalikan hak mereka untuk kembali ke tanah halaman mereka ya Allah... mereka mempunyai hak untuk kembali ke tanah halam mereka ya ALlah ... tanah yang kini di rampas dan dijajah oleh zionis yang zalim. [sumber]

Teruskan menyumbang ke : AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

SIRI (2) TIADA JIHAD DI PALESTIN?

Sambungan isu 'Tidak ada jihad di Palestin'

Setelah kita melihat kedudukan Baitul Maqdis dan Bilad-us-Syams dari perspektif Al-Quran mari kita lihat pula kedudukan jihad di bumi baroqah itu dari sumber-sumber hadis Nabi SAW.

Beberapa hadis bolih dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Baitul Maqdis dan kawasan sekitar nya adalah bumi ribat (bumi berkubu dalam peperangan). Nabi SAW dengan jelas menggambarkan kedudukan muslim yang berada pada pos masing-masing di Baitul Maqdis. Mereka berada di dalam ribat. makna hadis lebih kurang membawa maksud "Mereka, isteri mereka, anak mereka dan pembantu mereka tetap berada di dalam ribat (kubu) sehinggalah mereka di menangkan oleh Allah SWT.

Ada beberapa hadis yang berkaitan jihad di Syams dan sekitarannya . "Akan adaipertahanl di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Baitul Maqdis dan akan ada di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Damsyik dan mereka tidak dapat dilemahkan oleh pengkhianatan golongan yang berkhianat". Sebuah hadis yang mashut jelas menunjukkan bahawa kemanangan adalah memihak kepada muslimin yang berjuang di Baitul maqdis "Akan ada umat ku yang berjuang melawan musuh-musuh mereka. Musuh mereka tidak bolih memudaratkan mereka sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka. Ditanya oleh sahabat, "Di mana mereka itu ya Rasulullah SAW.? Dijawab Nabi ' "Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan disekitarnya".

Hadis-hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa jihad adalah ciri al-Quds. Jihad adalah nadi yang akan terus berdenyut sejak zaman-zaman sehingga Allah SWT memberi kemenangan kepada muslimin. Bahkan melalui jihadlah Allah memenangkan kaum muslimin di Baitul Maqdis sepanjang sejarah. Melalui jihad di medan-medan Mu'tah, Yarmouk dan Ajnadain akhirnya Baitul Maqdis di buka oleh Umar al-Khattab pada tahun 637 M. Melalui jihad qital jugalah Baitul Madis di pertahan, di ambil semula dan dipertahan lagi dari asakan tentera salib dari tahun 1087 - 1190. Melalui jihad jugalah tentera Monggol dikalahkan di Ain Jalut dalam siri-siri pertempuran yang sengit pada tahun 1258. Dengan jihad juga armada Fransisca De Almeida dan Afonso D Albuqueque dikalahkan di Jedah lalu mematahkan hasrat kuasa imperialis Portugis untuk menuju Baitul Maqdis dari laluan Mekah dan madinah. Dengan jihad juga Bumi Palestin di pertahankan dalam siri menang-kalah yang silih berganti pada kurun ke 20 ini sejak dari tahun 1922 hingga 1935, 1948, 1956, 1967, 1973, 1987 (intifadah) dan dari tahun 2000 hingga 2012 (yang diterajui oleh HAMAS).

Apakah kita hendak menafikan bahawa bumi Palestin dipertahan dan dibela dengan jihad selama ini. Bahkan jihad pada fasa terkini jelas menunjukkan umat menunju kemenangan. Seolah-olah segala cerita duka yang bermula sejak tahun 1914 kini berputar balik 180 darjah apabila berlaku siri-siri kebangkitan umat pada tahun 2011 - 2012. Perubahan ini tidak berlaku sekelip mata. Ia adalah kemenangan yang dibina dari asas kekuatan jihad oleh watak-watak seperti Izuddin al-Qassam, Al-Haj Amin Husaini, As-Syahid Hassan al-Banna, as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin, As-Syahid Dr Abd Aziz Rantisi, as-Syahid Yahya Ayyash, dan terkini as-Syahid Ahmad Ja'bari. Di kalangan mereka yang masih teguh berjihad dan sedang menunggu giliran mereka spt Ismail Haniyeh, Syeikh Abdul aziz Duweik, Khaled Mish'al, Mahmud Zahar, dll.

Mereka adalah saksi kepada hadis-hadis Nabi tentang jihad di bumi Al-Quds. Siapakah yang lebih benar dalam persaksian terhadap hadis-hadis ini selain daripada yang menghayati hadis tersebut lalu membuktikan akan kebenarannya samada dengan syahid atau menang!

Bersambung InsyaAllah

Dr Hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi
Aqsa Syarif.

SIRI (1) TIADA JIHAD DI PALESTIN?

Ini soalan yang mula menghantui sebahagian masyarakat terhadap kemelut yang dibangkitkan oleh seorang ustaz. Ya seorang ustaz sahaja mampu menimbulkan kegusaran dan menggoyahkan keyakinan?? terhadap suatu perkara yang sudah pasti? Qadhiah Palestin (Persoalan Palestin) adalah isu yang paling jelas yang tidak ada sebarang khilaf tentangnya. Isu Palestin adalah isu usul bukan isu furu' atau pecahan dan ranting. ia adalah isu yang menimbulkan kekuatan bagi umat ini sehingga umat ini bangkit dengan satu kehendak yang kuat untuk membebaskan tanah suci Baitul Maqdis. Ia adalah isu akidah bukan isu fiqh atau isu siasah. Ia adalah isu ummah. Tidak ada isu yang lebih besar dari isu Palestin yang kembali menyatukan umat ini setelah mereka terpecah pada pelbagai kelompok dan kecenderungan.

Saya akan cuba ulas dalam beberapa siri wall post. Saya mulakan dengan persoalan yang paling asas.

1. Dalam semua isu samada kecil atau besar, al-Quran dan hadis tetap menjadi pegangan dan panduan. Berkaitan Baitul Maqdis atau entiti politiknya Palestin pada hari ini, Al-Quran sudah menggariskan kedudukannya sebagai 'barakna haulahu' atau 'barakna fiha' (pada 4 tempat di dalam Al-Quran) iaitu 'bumi yang diberkati di sekelilingnya' atau 'bumi yang diberkati padanya'. Ia adalah bumi Isra' sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada surah al-Isra ayat yang pertama. Ia adalah bumi anbiya, tempat di mana para rasul diutus. ia adalah bumi yang muia dan penduduk nya adalah penduduk yang dimuliakan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW dalam beberapa hadisnya berkaitan As-Syams (negeri Syam).

Jika mana-mana bahagian dari negara Islam menjadi sasaran pencerobohan musuh-musuh Islam maka jihad menjadi kewajipan kepada umat Islam di negara tersebut untuk mempertahankannya. Jika umat Islam di negeri tersebut tidak berkemampuan maka mereka wajib di tolong oleh umat Islam dari tempat-tempat yang berhampiran. Jahid menjadi satu kewajipan yang tidak bolih diengkari. Sekiranya bumi umat Islam itu ditawan maka menjadi kewajipan umat Islam seluruhnya untuk memerdekakannya dari belenggu musuh-musuh tadi. 

Jika itulah kedudukan jihad dalam mana-mana wilayah Islam, bagaimana pula halnya dengan tanah suci yang menjadi milik seleruh umat Islam. bahkan tanah suci al-Quds sudah diistiharkan sebagai tanah wakaf yang menjadi milik seluruh umat Islam di jagat raya ini. Apabila tanah suci itu diceroboh dan dijajah, tidakkah ia meruapakan satu kewajipan bagi umat Islam di selurunh dunia untuk membebaskannya. Apakah jalan untuk membebaskan bumi suci Baitul Maqdis dan Palestin yang sedang terjajah selain dari mengistiharkan jihad dan mengangkat senjata untuk mengusir musuh-musuh Islam (bahkan musuh Allah) yang telah melakukan begitu banyak kerosakan dan mencemarkan kesucian tanah suci al-Quds. Dalam keadaan wilayah umat islam yang berjiran perlu dibebaskan dari cengkaman musuh jika ia ditawan atau diceroboh inikan pula tanah suci yang bukan milik ekslusif umat Arab atau rakyat Palestin bahkan milik seluruh umat Islam tanpa kecuali yang mempunyai hak samarata untuk memelihara tanah wakaf umat Islam itu.

..bersambung secara bersiri insyaAllah.

Dr hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi Aqsa Syarif.

FISH FARM


Fish Farm ini adalah satu lagi projek ISJ Gaza yang berjaya hasil sumbangan rakyat Malaysia. Telah mendapat liputan di dalam akhbar Utusan Malaysia. Aflin Shauki dan crew Vision Works yang menjadi Duta Aqsa Syarif ke Gaza turut meninjau kejayaan projek ini. Tahniah Rakyat Malaysia! [sumber]

Jom teruskan berinfaq!

FOODBANK GAZA


Foodbank Gaza yang terletak di Jabalia (utara Gaza) adalah sebuah pusat penyediaan makanan panas nasi maklubah. Pusat yang dioperasikan oleh Islamic Soc Of Jabalia (ISJ) menjadi pusat penyediaan makanan apabila diperlukan makanan untuk kuantiti yang besar bagi penyediaan makanan panas. Semasa misi Ramadahan A2G 2011 & 2012, pusat ini mengeluarkan makanan untuk diedarkan kemasjid-masjid termasuk program Berbuka Puasa sumbangan Rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Semasa serangan Israel bermula 14 Nov lalu, Foodbank ini juga yang beroperasi menyediakan makanan untuk penduduk2 Gaza yang terjejas dengan serangan Israel zalim itu. Alhamdulillah peserta misi A2G11-ER berpeluang menyaksikan bagaimana penyediaan makanan panas dilakukan. Aflin Shauki, Bront dan Zain turut berpeluang membantu meyediakan makanan ketika lawatan di Foodbank ini. Mereka turut menikmati nasi maklubah original Palestin. [sumber]

KEMBALI SETELAH 45 TAHUN

Pemimpin Hamas Khalid Meshaal (Reuters)
Khaled Mishall

Pemimpin Hamas yang baru kembali dari pengasingan, Khaled Meshaal menegaskan niatnya untuk membebaskan seluruh wilayah Palestina dari pendudukan Isreal. Penegasan ini disampaikan Meshaal, Sabtu (8/12/2012), saat menghadiri perayaan besar-besaran ulang tahun ke-25 Hamas di Jalur Gaza.

"Hari ini Gaza, besok Ramallah dan setelah itu Yerusalem, selanjutnya maka Haifa dan Jaffa,” ujar Meshaal, seperti dikutip dari kantor berita Maán. Meshaal yang baru kali ini kembali menginjakan kaki di Palestina setelah 45 tahun di pengasingan, menyebut momen ini sebagai “kelahiran ketiganya”.

Pernyataan ini merujuk pada selamatnya Meshaal dari usaha pembunuhan yang dilakukan agen Israel pada dirinya, saat ia bermukim di Yordania pada 1987 silam. Gagalnya usaha pembunuhan ini disebut Meshaal sebagai “kelahiran kedua”.

"Saya berdoa kepada Tuhan, bahwa “kelahiran keempat” saya akan datang pada hari di mana kita bisa membebaskan Palestina," tambahnya. Meshaal menyampaiakan pernyataan ini saat berpidato di depan setengah juta warga Palestina yang merayakan hari jadi Hamas.

Turut hadir dalam perayaan ini perwakilan dari faksi Fatah, yang tak lain adalah pesaing Hamas. Namun, seiring dengan peningkatan status yang didapat Palestina di PBB, Hamas dan Fatah berjanji untuk menyingkirkan segala perbedaan dan bersatu demi tercapainya kemerdekaan abadi bangsa Palestina.

"Pidato Meshaal menguraikan prioritas dari tujuan gerakan Hamas di masa mendatang, terutama pelaksanaan rekonsiliasi dengan Fatah," kata Juru Bicara Hamas, Sami Abu Zuhri, seperti dikutip dari Reuters.

4.12.12

MALU


Saya ingin mengajar bahasa Inggeris asas kepada anak-anak di Gaza -Zain Saidin (Oh My English)

Sumbangan saya taklah besar mana, ini sahaja yang mampu saya bantu -Bront Palarae (Ombak Rindu)

Saya mahu seluruh masyarakat Malaysia rasa apa yang mereka rasa dan mengapa kita wajib membantu rakyat Gaza - Afdlin Shauki (Maharaja Lawak Mega)


'Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham' -al Hadis

Mereka gunakan logam mereka. Kita?

Kita bukan sekadar menggunakan mereka untuk mempromosi kita, tetapi menjadikan fikrah kehidupan mereka sama seperti kita. Dan kita..

via Akrom Shamsuri

Sungguh malu T_T. Ya Allah kurniakan mereka kefahaman yang mendalam tentang agamaMu kerana mereka punya logam yang cukup indah yang bakal menggamit penggemar mereka. Kurniakan taufik dan hidayahMu buat mereka semua ya Rabb! Kurniakan juga kami lorong yang mudah untuk menjejaki dan menghidu haruman syurga bumi para mujahiddin! T_T. Saudara Palestinku, kami rindu! T_T

SEMOGA ALLAH PILIH DIA!


Sungguh memalukan video seorang lelaki perawakan seperti orang berilmu yang berani mengatakan TIADA syahid di bumi Palestin. Rakyat Palestin perlu keluar dari negaranya untuk menyelamatkan diri. Mudah-mudahan kita semua terindar dari fitnah akhir zaman!

Boleh tonton INI. Aduhai...

ANJAKAN IMAN!

Ada berani? Jom berubah hanya dan kerana Allah ;).
In shaa Allah istiqomah!