10.12.12

SIRI (1) TIADA JIHAD DI PALESTIN?

Ini soalan yang mula menghantui sebahagian masyarakat terhadap kemelut yang dibangkitkan oleh seorang ustaz. Ya seorang ustaz sahaja mampu menimbulkan kegusaran dan menggoyahkan keyakinan?? terhadap suatu perkara yang sudah pasti? Qadhiah Palestin (Persoalan Palestin) adalah isu yang paling jelas yang tidak ada sebarang khilaf tentangnya. Isu Palestin adalah isu usul bukan isu furu' atau pecahan dan ranting. ia adalah isu yang menimbulkan kekuatan bagi umat ini sehingga umat ini bangkit dengan satu kehendak yang kuat untuk membebaskan tanah suci Baitul Maqdis. Ia adalah isu akidah bukan isu fiqh atau isu siasah. Ia adalah isu ummah. Tidak ada isu yang lebih besar dari isu Palestin yang kembali menyatukan umat ini setelah mereka terpecah pada pelbagai kelompok dan kecenderungan.

Saya akan cuba ulas dalam beberapa siri wall post. Saya mulakan dengan persoalan yang paling asas.

1. Dalam semua isu samada kecil atau besar, al-Quran dan hadis tetap menjadi pegangan dan panduan. Berkaitan Baitul Maqdis atau entiti politiknya Palestin pada hari ini, Al-Quran sudah menggariskan kedudukannya sebagai 'barakna haulahu' atau 'barakna fiha' (pada 4 tempat di dalam Al-Quran) iaitu 'bumi yang diberkati di sekelilingnya' atau 'bumi yang diberkati padanya'. Ia adalah bumi Isra' sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada surah al-Isra ayat yang pertama. Ia adalah bumi anbiya, tempat di mana para rasul diutus. ia adalah bumi yang muia dan penduduk nya adalah penduduk yang dimuliakan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW dalam beberapa hadisnya berkaitan As-Syams (negeri Syam).

Jika mana-mana bahagian dari negara Islam menjadi sasaran pencerobohan musuh-musuh Islam maka jihad menjadi kewajipan kepada umat Islam di negara tersebut untuk mempertahankannya. Jika umat Islam di negeri tersebut tidak berkemampuan maka mereka wajib di tolong oleh umat Islam dari tempat-tempat yang berhampiran. Jahid menjadi satu kewajipan yang tidak bolih diengkari. Sekiranya bumi umat Islam itu ditawan maka menjadi kewajipan umat Islam seluruhnya untuk memerdekakannya dari belenggu musuh-musuh tadi. 

Jika itulah kedudukan jihad dalam mana-mana wilayah Islam, bagaimana pula halnya dengan tanah suci yang menjadi milik seleruh umat Islam. bahkan tanah suci al-Quds sudah diistiharkan sebagai tanah wakaf yang menjadi milik seluruh umat Islam di jagat raya ini. Apabila tanah suci itu diceroboh dan dijajah, tidakkah ia meruapakan satu kewajipan bagi umat Islam di selurunh dunia untuk membebaskannya. Apakah jalan untuk membebaskan bumi suci Baitul Maqdis dan Palestin yang sedang terjajah selain dari mengistiharkan jihad dan mengangkat senjata untuk mengusir musuh-musuh Islam (bahkan musuh Allah) yang telah melakukan begitu banyak kerosakan dan mencemarkan kesucian tanah suci al-Quds. Dalam keadaan wilayah umat islam yang berjiran perlu dibebaskan dari cengkaman musuh jika ia ditawan atau diceroboh inikan pula tanah suci yang bukan milik ekslusif umat Arab atau rakyat Palestin bahkan milik seluruh umat Islam tanpa kecuali yang mempunyai hak samarata untuk memelihara tanah wakaf umat Islam itu.

..bersambung secara bersiri insyaAllah.

Dr hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi Aqsa Syarif.

No comments: