10.12.12

FOODBANK GAZA


Foodbank Gaza yang terletak di Jabalia (utara Gaza) adalah sebuah pusat penyediaan makanan panas nasi maklubah. Pusat yang dioperasikan oleh Islamic Soc Of Jabalia (ISJ) menjadi pusat penyediaan makanan apabila diperlukan makanan untuk kuantiti yang besar bagi penyediaan makanan panas. Semasa misi Ramadahan A2G 2011 & 2012, pusat ini mengeluarkan makanan untuk diedarkan kemasjid-masjid termasuk program Berbuka Puasa sumbangan Rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Semasa serangan Israel bermula 14 Nov lalu, Foodbank ini juga yang beroperasi menyediakan makanan untuk penduduk2 Gaza yang terjejas dengan serangan Israel zalim itu. Alhamdulillah peserta misi A2G11-ER berpeluang menyaksikan bagaimana penyediaan makanan panas dilakukan. Aflin Shauki, Bront dan Zain turut berpeluang membantu meyediakan makanan ketika lawatan di Foodbank ini. Mereka turut menikmati nasi maklubah original Palestin. [sumber]

No comments: