5.8.09

RIADAH BAHAYA

Riadah kami
Bila dikenang
Manis berpanjangan
Memotong kuku
Walau sedang memandu
Bahaya jangan ditiru.

Keadaan jalan yang sesak
Sesudah waktu pejabat
Semua mula berasak pulang
Berjumpa isteri dan anak-anak
Dan kami terperangkap
Kesesakan yang sangat di Kempas.

Hari itu hari Jumaat
Mencontohi sunnah
Mengejar pahala
Penyepit kuku kucari
Kertas kubentang
Tangan kanannya kucapai
Jari telunjuknya kumulai
Disusuli jari tengah, manis dan kelinking
Kucapai sebelah kirinya pula
Memulai di jari kelinkingnya
Disusuli jari manis, tengah, telunjuk dan jari ibu
Selesai kiri
Kucapai semula kanan
Menutup dengan ibu jari kanannya.
Selesai semuanya.

Kukunya kukumpul
Dimasukkan ke dalam sampul
Bersatu dengan kuku ku
Disimpan untuk ditanam
Bersama di dalam satu lubang tanah
Mengikut sunnah Rasulullah.

Itulah kami
Saling memerlukan
Jika hari ini kukunya kupotong
Hari esok gilirannya.

Tiba-tiba jalan mula lengang
Lah..rupa-rupanya
Polis dihadapan
Punca kesesakan
Dan kami teruskan perjalanan
Memandu pulang
Ke pondok iman.

No comments: