4.8.09

LEMAHNYA DIRI

Perjalanan ini
Saban minggu
Mengajakku berfikir
Kebesaran Allah
Dalam memberi hidayah
Kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya.

Merenung kembali
Kejahilan diri
Kezaliman diri
Dalam menunaikan hakNya
Mencontohi sunnahNya
Kerana lemahnya aku
Kerdilnya aku
Hinanya aku
Dalam mencari cintaNya
Yang tulen dan bukan palsu.

Zuhudnya mereka
Hanya berkenderaan yang bisa terhenti bila-bila masa
Berpakaian mengikut sunnah
Anak-anak terjaga isteri sangat terpelihara
Terasa lemahnya diri
Berbanding mereka.

Zuhudnya dia
Pakaian hanya berganti
Apabila sudah ajalnya
Saling bertukar warna yang sama
Kerana tidak ingin dipertanggungjawabkan
Atas hak-hak yang tidak tertunai
Hanya ke atas pakaian
Betapa mereka menjaga Allah!

Zuhudnya dia
Anak-anak lelaki diajar berdikari
Anak-anak perempuan disembunyi
Isteri dipelihara rapi
Maruahnya tinggi
Menjunjung perintah Ilahi.

Dahulu perspektifku berbeza
Tapi dia sekali lagi membuka mindaku
Membina kematanganku
Bersangka baik dengan Allah
Bersangka baik sesama insan.

Dahulu dimindaku
Imej muslimah itu perlulah rapi terjaga
Kerana seorang muslimah
Memberi gambaran muslimah yang lain
Tetapi dia sekali lagi menyangkal hujahku
Dan dia berkata
Mereka menjaga supaya lelaki ajnabi tidak tertarik padanya
Mereka menjaga daripada menjadi panahan syaitan
Mereka menjaga Allah, mampukah kita?


Dan aku
Masih mencari kekuatan diri
Mencontohi zuhudnya mereka
Dalam menuju Allah dan Rasul.

No comments: