3.8.09

KEMATIAN


Kematian
Semakin hampir
Menularnya pelbagai virus
Peringatan dari Allah
Betapa berkuasanya DIA
Betapa kerdilnya manusia.

Kematian
Yang pasti takkan menunggu
Sampai masa dan ketika
Hanya amalan di dunia
Penyelamat kita di sana.

Allahumma
Engkau adalah Tuhanku
Tiada Tuhan selain Engkau
Engkau yang menciptakan
Dan aku abdiMu
Dan aku dalam perjanjian denganMu
Yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku
Dan aku berlindung padaMu
Dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan
Aku mengakui
Dengan sebenar-benar nikmatMu kepadaku
Dan aku mengakui dosaku
Maka ampunilah aku
Kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa
Kecuali Engkau ya Allah.

No comments: