7.8.09

LENA YANG SUKAR


Wah sukarnya tidur
Masa tidurku sudah berlalu
Perjalanan usrah yang sedikit terganggu
Dan sesungguhnya manusia hanya mampu merancang
Allah sebaik-baik Perancang.

Dan dia mungkin sedang lena
Dan aku terasa kehilangan
Kekurangan sesuatu
Kerana tak bisa mendengar
Suara yang selalunya
Menjadi peneman setia
Membuai lenaku tenang.

Zikirnya menenang hati
Nyanyiannya memecah tawa
Bebelannya menggamit rindu
Marahnya membuah makna
Dan memang aku rindu!

Mataku memberi isyarat
Masa terlalu lewat
Tidurlah untuk berehat
Menunaikan hak badan
Semoga hari esok lebih bermakna
Menambah taqwa
Menyubur iman
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.

No comments: