6.8.09

ABU YANG EMPAT

Semalam nifsu sya’ban
Marhaban ya Ramadhon!
Dan kebiasaannya dia
Bertazkirah online
Hati ke hati
Telefon pengubat rindu
Setiap malam
Menemani tidurku
Betapa kurindukan esok
Berjumpa si dia.

Dia berkata
Ada 4 Abu
Yang mana pilihan kalbuku?
Wah! Masih bisakah aku memiliki Abu?
Sememangnya aku juga punya Abu
Abu Al-Fateh!

Abu yang pertama katanya
ABU JAHAL
Menentang dan terus menentang
Hingga ajal.

Abu yang kedua
ABU SUFIAN
Menentang dan terus menentang
Tapi kembali kepada Islam
Pada akhir tentangan.

Abu yang ketiga
ABU TALIB
Tidak menentang
Dan hatinya bukan untuk Islam.

Abu yang terakhir ialah
ABU BAKAR
Berlaku semasa perang Tabuk
Apabila Rasulullah saw
Menyeru bersedeqah
Seluruh hartanya diinfaq
Hingga habis semua
Hanya kerana Allah
Yang tinggal hanya baju yang dipakai
Disedeqah kepada Rasulullah
Dan kulit binatang yang dijahit bersama duri tamar
Dijadikan pakaianannya
Sehingga Rasulullah bertanya
Apakah yang kau tinggalkan untuk keluargamu?
Dan Abu Bakar menjawab
ALLAH dan RASUL!

Allahuakbar!
Mampukah aku?!

Hebatnya sahabat
Betapa mantapnya iman
Bencinya dia akan dunia
Hinggakan Jibril datang bertemu Rasulullah
Menyampaikan salam kepada Abu Bakar
Mulianya sahabat
Mengundang cemburuku
Mendengar dia bertazkirah semalam.

Dan aku
Pastinya ingin sekali
Memiliki iman seperti Abu yang terakhir itu
ABU BAKAR AS-SIDDIQ!

No comments: