20.8.09
MARHABAN YA RAMADHON
Ramadhon
Kedatangan yang dinanti
Menggamit kenangan terindah
Memberi impak terbesar
Kesan yang mendalam
Bertemu Allah dan RasulNya
Dalam meraih syurga yang hakiki
Membuang kotoran jahiliyyah
Yang bermaharajalela sekian lama
Janji yang dimungkari
Dan kasih sayang Allah tiada terbatas
Diselamatkan hambanya
Dari terus lalai dan lena
Hanya kerana dunia hina sementara.
Ramadhon itu
Membawaku merenung kembali
Kejahilan yang bersarang dalam diri
Merawat kegelisahan
Mengajak kembali kepadaNya
Dengan sebenar-benar
Dan bukan sebahagian sibghah.
Hidayah ini terlalu mahal harganya
Tak mampu dibayar walau berlian permata
Kerana hijrah itu memang payah
Hijrah itu memang susah
Kerana hidayah itu bukan untuk orang tiada bersedia
Hidayah itu tidak datang sesuka
Ianya hadir tepat waktunya
Rebutlah ia sebelum ianya pergi
Mungkin pergi yang tak kembali
Alangkah ruginya diri
Andai murkanya Dia.
Aku mengharap
Ramadhon ini lebih bermakna dari ramadhon itu
Dikurniakan iman yang lebih mantap
Ketaqwaan yang kukuh dan utuh
Amal yang meningkat dan berterusan
Kerana tiada keyakinanku ramadhon datang
Kan bisa ketemu lagi
Kerana kematian itu sangat dekat
Tidak akan dipercepat atau diperlambat
Walaupun sesaat.
Ya Allah
Kurniakanlah lisan yang basah mengingatiMu
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu
Badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepadaMu.
Ya Rabb
Kurniakanlah iman yang sempurna
Hati yang khusyuk
Ilmu yang berguna
Keyakinan yang benar-benar mantap
Cara hidup yang jitu dan unggul
Selamat dari segala mara dan bahaya
Kecukupan yang tidak sampai meminta minta
Berilah iman yang sebanarnya
Sehingga tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain Engkau.
Allahumma
Jangan Engkau biarkan nasib kami
Ditentukan oleh kami sendiri
Walaupun kadar sekelip mata
Atau kadar masa yang lebih pendek daripada itu
Bantulah meniti perjalanan ini
Istiqomah menujuMu dan RasulMu
Perkenankanlah Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kak leen, selamat menyambut ramadhan..semoha bersama mencapai redha Allah.
jom kite berlumba rebut tawaran berganda ramadhan ini little sis ;)
Post a Comment