5.8.09

HISTERIA

Berita yang menggemparkan
Bagi sesetangah warga kolej
Hinggakan ke universiti berkait
Tersebarnya berita
Umpama serangan virus H1N1
Yang kian menular
Tidak mengira usia
Dimana mana sahaja.

Aku punya nasihat
Untukku dan untuknya
Bahkan mungkin semua
Perbanyakkanlah zikir
Amalkanlah mathurat
Setiap subuh dan asar
Beristigfarlah setiap nafasmu
Jadikanlah al-Quran temanmu
Yang rapat lagi akrab
Dekatkanlah dirimu kepada Allah
Dalamilah sunnahnya
Hadirlah ke majlis-majlis ilmu
Istiqomahlah berdoa
Kerana doa senjata ampuh umat Islam.

Kenapa perlu pelik?
Dimana-mana
Agenda iblis dan syaiton tersedia
Tersusun perancangannya
Rapi sungguh strateginya.

Kenapa perlu risau?
Manusia kian lalai
Semakin jauh dari jalanNya
Semakin menyimpang dari tabiat kemanusiaan
Hiburan sebagai makanan
Itulah agenda syaiton
Secara halus senang menerobos
Kerana tiadanya doa memagar diri
Benteng ketahanan kian rapuh.

Kenapa perlu takut?
Allah kan ada?
Bukankah semuanya mempunyai jalan
Petunjuk sudah terbentang
Tinggal kita yang perlu amal
Perlu istiqomah
InsyaAllah takutlah laknatullah!

Kalau dulu kau mendengar muzik syaiton
Kini transformasikan kepada bacaan al-Quran
Kalau dulu kau rajin berkeliaran
Kini transformasikan duduk diam-diam
Kalau dulu auratmu dibiarkan menjadi tatapan umum
Kini transformasikan menjadi tatapan suami atau bakal suamimu
Kalau dulu sembahyang kau tinggalkan
Kini transformasikan seawal mungkin ditunaikan
Kalau dulu kau berhias berlebihan
Kini transformasikan berhias untuk suami atau bakal suamimu
Kalau dulu novel cinta khayal menipu daya kau baca
Kini transformasikan bacalah al-Quran
Kalau dulu telefon bimbitmu menjadi zikirmu
Dengan demikian lebih baik kau buang!

Tinggalkanlah jahiliyyah
Tinggalkanlah hiburan keterlaluan
Tinggalkanlah muzik-muzik syaiton
Tinggalkanlah drama-drama tiada nilai
Tinggalkanlah apa-apa yang dilarang Allah
Kembalilah kepada fitrah
Jagalah Allah
Nescaya Allah menjagamu.

No comments: