5.8.09

PERJUANGAN KITA


Malam semalam
Aku menelaah terjemahan
Riadhus Shalihin
Sambil menunggu kuliah tafsir
Di radio ikim
Dan aku terlena panjang
Terlalu awal dari kebiasaan.

Mereka mengeluh
Lampuku padam terlalu awal saban malam
Manakan tidak
Di pondok iman
Kami mendidik diri
Tidur awal dan bangun awal
Tidur lewat pun bangun awal
Memandangkan kami punya urusan
Lebih penting dari bumi dan isinya!

Di pondok iman
Aku dan dia
Bukan menjadi kebiasaan tidur selepas subuh
Supaya rezeki tidak lari
Dan mataku juga
Tidak bisa terpejam
Pagi atau petang
Kecuali sejam
Istimewa untuk qoilulah.

Hadis logam yang aku temui
Di dalam Riadhus Shalihin
Mengimbas detik-detik cemas
Bersama akhowat itu
Sungguh terkesan
Sesungguhnya doaku mengiringi perjuangan mereka
Bukan semua punya kekuatan
Bukan semua mampu
Dan bukan semua menyokong
Itulah mereka
Takkan kalah dek kerana lelah!

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
*Manusia ibarat logam. Yang baik di masa jahiliyyah dan baik dalam masa Islam, apabila mereka mengerti benar-benar syariat Islam. (Bukhari, Muslim)

Setiap dari kita punya logam
Sebagai contoh Saidina Umar Al-Farouq
Kuat semasa jahilliyyahnya
Kuat juga semasa Islamnya
Kerana fakihnya Umar kepada Islam.

Itu Umar
Betapa fakihnya dia
Bagaimana Sumayyah?
Dan dia hanya fakuh
Faham Islam secara umum
Tapi kenapa masih mampu merasai nikmat syurgaNya?
Kerana betapa pentingnya iman
Iman Sumayyah membolehkannya membuat sesuatu untuk Islam
Bagaimana iman kita?
Iman bukan untuk diwarisi tetapi iman perlu dicari.

Murabbi pernah berkata
Dakwah bukan untuk si manja!
Memang benar!
Dakwah bukan kerja mudah
Dakwah memerlukan pengorbanan
Yang akhirnya kita turut terkorban
Allahuakbar!
Aku rindu sekali bersama mereka
Aku ingin sekali syahid!

Innaka amruun fika jahiliyyah
Setiap dari kita masih punya jahiliyyah
Peristiwa yang terjadi antara Abu Zar dan Bilal
Apabila Abu Zar memanggil Bilal dengan ‘Abu Sauda’
Walaupun sahabat-sahabat ini paling dekat dengan Rasulullah
Era Madaniyyah
Tetapi mereka tetap punya jahiliyyah
Apatah lagi kita
Yang jauh 1400 tahun lamanya dengan Rasulullah.

Iman itu fikrah
Bahkan fikrah itu lebih penting dari ilmu
Tanpa iman hanya dengan ilmu
Mampukah kita?
Maka terjadilah mereka-mereka yang faham
Tapi tidak beramal selari kefahaman
Dengan ketaqwaan yang sesungguhnya.

Apakah itu taqwa?
Taqwa ini seolah-olah berjalan diatas jalan
Jalan yang penuh duri
Di dalam kepekatan malam
Dan betapa berhati-hatinya kita
Iman kan datang kerana mantapnya taqwa
Membawa kita
Mengenal Allah mengenal Islam.

Dan Islam itu Deen
Yang terdiri dari tiga pokok penting
Iman, islam dan ihsan
Dalam hadis kedua Imam Nawawi
Hadis Jibril bertemu Rasulullah
Lutut bertemu lutut
Untuk mengkhabarkan iman islam dan ihsan.

Jahilnya aku
Aku faham apa itu amal dakwah
Tajmi’ untuk mendapatkan kualiti
3% zaman dakwah senyap Rasulullah
Untuk mengangkat umum kepada soleh
Yang soleh itu untuk duad
Allahuakbar
Banyak yang belum tertunai!

Aku ingin
Mewakafkan sekujur tubuh ini
Setiap langkah
Setiap perbuatan
Setiap apa yang ada di hati
Yang nampak atau tidak
Hanya untuk dakwah!
Hanya untuk Allah
Jihad hanya untukNya
Syahid di jalanNya.

Dan logam setiap manusia itu berbeza
Andai dulu kita sama binatang tunggangan
Kini aku punya binatang tunggangan yang lain
Dan kita tetap menuju tempat yang sama
Matlamat yang dua
Kerana aku punya syurga baru
Yang mana redhonya Allah terletak pada redhonya dia
Yang sama mencari taqwa
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.


Rujukan:
* Terjemahan Ridhus Shalihin Jilid 1 & 2 oleh Salim Bahreisy

4 comments:

zai insyirah said...

salam k.leen..zai tersentuh bc post ni..tp ingt x akak ckp kat zai??dakwah 2 luas kan??so selagi mana kita ada mympaikan, itu dah dikira dakwah..eventhough akak dah x brsam2 ktorg..but ur courage n ur spirit sntiasa brsama ktorg..akak jgn risau..sayang akak :)

attuffahumairah said...

tq zai..dan sememangnya inilah luahan perasaan sebenar! setiap perkataan ditaip dengan penuh emosi hingga meremang roma..teruskan perjuangan.jangan mengalah.kita pasti menang!

asraraneeqa said...

INSYAALLAH~~ hehe..

ummu muhammad said...

ek ehh terselit pulak budak kechek molek nih.. ;)