7.8.09

ISLAM ITU MUDAH


Islam itu mudah
Tapi jangan terlalu dipermudah.


Inilah kata-katanya
Dan dia yang kucinta
Sentiasa berpesan
Sentiasa menitik beratkan
Sentiasa berwaspada
Yang enteng dipandangan mereka
Iaitu aurat ketika solat.

Di awal percintaan
Aku diwajibkan
Mengambil pelbagai ujian
Dari mengambil wuduk
Pakaian dan aurat dalam solat
Tempat solat
Sifat solat
Hal ehwal najis
Dan sebagainya
Dan kuyakin aku pembersih
Rupanya dia super pembersih.

Aku ingin berkongsi
Di suatu pagi yang indah
Selepas pulangnya dia dari solat subuh berjemaah
Lutut bertemu lutut
Dia meneliti telekong solatku
Selapis yang bisa menampakkan warna kulit lengan
Walaupun aku punya baju khas untuk solat di dalam
Dan dia terus meneliti
Sekali lagi khutbah panjang
Ala-ala Jumaat bergema.

Apabila solat seseorang itu baik
Maka baiklah seluruh amal perbuatan
Sebaliknya apabila rosak solatnya
Maka rosaklah seluruh amalnya.


Pertama
Dibimbangi tidak sah memakai pakaian ketat yang menampakkan bentuk tubuh
Walaupun jubah untuk wanita
Ianya tetap melekap
Ianya tetap menampakkah bahagian belakang yang ketara
Terutama ketika rukuk mahupun sujud
Ianya membentuk kedua punggung
Kecualilah jubah itu luas dan lebar
Begitu juga lelaki
Tidak boleh memakai seluar ketat
Sehingga sulit melakukan sujud
Tak malukah kita berhadapan Allah?
Bertemu manusia tidak setanding bertemu Allah
Manakah yang perlu lebih dijaga?

Kedua
Tidak sah solat dengan memakai pakaian nipis
Ianya membentuk aurat
Dan menggambarkan bentuk dan ukurunnya
Contoh terbaik
Telekong besar tapi jarang
Sehingga jelas batang leher
Hitam warna rambut
Terlihat terang warna kulit
Seluar dan baju dipakai
Aurat tidak menutupi keseluruhannya.


Al-Imam A-Syafie berkata:
*Aurat perempuan harus lebih tertutup daripada lelaki. Jika seorang perempuan solat dengan pakaian dan tutup kepala, yang pakaian itu memperlihatkan bentuk tubuhnya, maka saya lebih suka dia tidak melakukan solat kecuali dengan mengenakan jilbab dan dia melebarkan jilbabnya dari badannya, supaya pakaiannya itu tidak menampakkan tubuh.

Janganlah kita tertipu dengan amal
Selagi mampu jagalah solatmu
Jagalah auratmu ketika solat
Kecualilah saat darurat.


Wahai wanita!
Apabila kamu melangkah keluar
Jangan lupa telekong dibawa
Jadikan solat agenda pertama
Berhaluslah!
Islam itu memang mudah
Tapi jangan terlalu dipermudah!

Dan aku
Berikhtiar sepenuh usaha
Mendapatkan telekong yang relevant
Menepati syarok
Memperhalusi mutu solat
Dalam usaha menambah taqwa
Menyubur iman
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.

No comments: