28.7.09

DAYUSNYA LELAKI

Dayusnya lelaki,
Rela melihat isteri berpelukan
Berpegangan tangan
Bergelak ketawa
Tersenyum manja
Suami isteri yang sah lagaknya
Walau hanya lakonan semata.

Dayusnya lelaki,
Aurat isteri dibiarkan terdedah
Dipertontonkan ramai
Skirt singkat
Baju jarang
Ketat melekap
Berpakaian tapi telanjang
Berwangi-wangian sebatu sudah terhidu
Bedak sekilo
Ginju berdozen
Berjalan melenggok-lenggok badan
Mengundang siulan jahat
Lelaki-lelaki jalanan.

Dayusnya lelaki,
Membiarkan isteri berhiburan
Melewatkan sembahyang
Atau berjemaah bersama meningglkan hak Allah
Kerana kejahilan
Dunia dijunjung
Akhirat dipijak
Akhirnya merosak ummat.

Tidak malukah kamu wahai lelaki?
Dimana letaknya maruah lelaki itu?
Dimanakah ego kamu?
Sanggup berkongsi isteri dengan umum
Sanggup melihat isteri menjadi bahan bualan jahat
Sanggup membiarkan maruahmu diinjak-injak!
Bukankah isterimu adalah pakaianmu?

Ketahuilah lelaki-lelaki dayus!
Kamu akan dipertanggungjawabkan atas kejahilan sendiri
Sediakan jawapanmu untuk Allah
Kerana mati tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

No comments: