28.7.09

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR
- Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had
- Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji
- Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr
- Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus
- Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
- Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.


HUKUM

Persoalan tentang berkabung

1- Baru-baru ini ada seorang teman sepejabat berbangsa Cina kematian neneknya. Selama 39 hari selepas itu dia memakai pakaian hitam ke pejabat sebagai tanda berkabung.

Seorang teman lain pula, berbangsa India, agak pelik dengan fenomena ini, bertanya kepada teman cina ini. Setelah berpuas hati dengan jawapannya, dia berpaling pula kepada saya dan bertanya tentang berkabung dari perspektif Islam.

Apakah amalan berkabung ini ada di dalam ajaran Islam ? Kalau ada bagaimana kah cara yang sebenarnya ?

JAWAPAN :

Hidad atau berkabung: Definasi menurut feqh ialah tidak berhias, tidak memakai wangi-wangian, tidak bercelak dan tidak menampakkan diri untuk dipinang oleh orang lain. Berkabung ada di dalam Islam dan disyari'atkan melalui ayat 234 : alBaqarah.
Dalam ayat ini ijma' fuqaha' berpendapat wajib bagi wanita yang kematian suami berkabung selama 4 bulan 10 hari. Ini dipanggil berkabung dalam masa iddatul wafat.
Cara berkabung dalam Islam:

1. Isteri yang kematian suami hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Dalam masa berkabung ia hendaklah menjauhi konsep 'janda berhias' yakni meninggalkan segala bentuk perhiasan, wangian dan celak dan ketrampilan diri.

2. kaum keluarga yang kematian orang tersayang dibolehkan berkabung selama tiga (3) hari sahaja.

RUJUKAN : Fatwa Asyhabuni dalam Tafsir ayat Ahkam Asyhabuni

2- Bagaimana pula adat perkabungan yang di amalkan di negara ini bilamana ada kemangkatan dikalangan kerabat DiRaja ? Adakah ia mengikut lunas-lunas Islam dan di tuntut untuk mengamalkannya ?

JAWAPAN :

Masih harus jika dalam batasan tiga hari.
Namun jumhur fuqaha' menegah memakai sebarang tanda khusus menandakan berkabung seperti membelit kain hitam. Fatwa Qardhawi mengharamkan berkabung kecuali untuk wanita yang kematian suaminya sahaja (4 bulan 10 hari atau tiga hari untuk kematian keluarganya). Orang lelaki tidak dibolehkan berkabung dengan memakai tanda atau menampakkan kesugulan, rambut yang terbiar dan pakaian yang tidak terurus.

RUJUKAN : (Dr Yusof Qardhawi : HALAL DAN HARAM)


BAHASA ARAB

مَـكـَرُونـَة ٌ: Mee
عَـصـِيْرٌ : Jus…..
فـَطـِيْرَة ٌ: Roti Canai
أشْـتـَريْ: ٍSaya Beli…


Ikhsan dari:
Biro Dakwah
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK 2006)

No comments: