28.7.09

ADA APA DENGAN TV?

Ada apa dengan TV?
Pelikkah tidak mempunyai TV?

Ya memang pelik!
Hampir semua rumah ada TV
Siap mangkuk astro
Lagak piring terbang jatuh tersangkut di bumbung
Kononnya untuk view world
Inilah akhir zaman
Cuba mengasingkan agama dalam kehidupan
Mental telah dijajah Yahudi
Itulah sekularisme.

Dunia tua renta
Manusia semakin pelik
Yang menegakkan syariat dicela
Yang merosakkan agama diagungkan
Hasil jajahan sekularisme.

Kamu orang duduk di zaman jahilliyahkah?
Ustaz ustazah memang macam ini. Miskin. TV pun tiada.
Buat apa sahaja duduk di rumah, TV tiada?
Nanti anak-anak kamu pergi rumah orang tengok TV.

Soalan-soalan yang dilontarkan tanpa berfikir
Menunjukkan kejahilan sendiri.

Semakin pelik
Fikiranku berputar
Cukupkah masa mereka yang ada TV?
Tahukah mereka..
Anak-anak mereka telah sedia ditarbiyyah syaiton iblis laknatullah
Na'uzubillah!

Berapa banyak program ilmiah?
Berapa banyak hiburan melalaikan?
Berapa banyak manusia membuka keaiban diri sendiri?
Berapa ramai yang membuka aurat menelanjangkan diri tanpa segan?
Berapa ramai yang melewatkan dan meninggalkan solat dek kerana TV?
Berapa ramai yang merempet akibat filem-filem tiada nilai?
Berapa orang yang berzina kerana cinta yang menipu daya?
Berapa ramai muda-mudi yang rosak akhlaknya?
Berapa ramai orang tua yang masih berdangdut, berdisko?
Berapa ramai anak-anak yang derhaka?
Berapa ramai lelaki-lelaki yang dayus?
Berapa ramai isteri-isteri yang nusyuz?
Dimana belia-belia kuat bertenaga?
Sanggupkah kita melihat anak-anak ditarbiyyah syaiton dan iblis laknatullah dengan jayanya?
Ketempangan arah dalam mencari sebuah kehidupan hakiki?
Adakah itu yang kita mahu?!

Tidak!
Tidak sama sekali!
Biarlah dinista manusia jahil
Aku rela
Dia setuju
Kami sepakat
TV tiada dirumah
Takut untuk dipertanggungjawabkan di hadapanNya kelak.

Dunia semakin maju
Teknologi semakin canggih
Mujahid-mujahid ini juga perlu hiburan
Tidak perlu TV
Tidak perlu yang melalaikan
Yang penting hak Allah didahulukan.

No comments: