23.7.09
SYA’BAN
Pasal: Larangan Mendahului
1. Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Nabi saw: Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhon dengan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhon kecuali bertepatan kebiasaan seseorang puasa maka boleh meneruskan kebiasaan itu. (Bukhari, Muslim)
2. Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda: Jika tinggal separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu puasa (sunnat). (Attirmidzi)
Pasal: Keutamaan Puasa
1. Mujibah Albahiliyah dari ayahnya atau pakciknya berkata: Ia datang kepada Rasulullah saw kemudian setelah satu tahun kembali lagi kepada Rasulullah saw dalam keadaan sangat berubah bentuk dan keadaannya, sehingga asing bagi Rasulullah saw maka ia berkata: Ya Rasulullah, apakah kau tidak mengenal saya? Jawab Nabi: Siapa kau? Jawabnya: Saya Albahily yang datang kepadamu pada tahun yang lalu. Nabi bertanya: Mengapa kau sangat berubah sedemikian rupa? Jawabnya: Sejak saya berpisah padamu itu saya tidak makan kecuali waktu malam. Rasulullah saw berkata: Kau telah menyiksa dirimu. Kemudian berkata: Puasalah bulan sabar (Ramadhon) dan satu hari tiap bulan. Berkata ia: Tambahlah bagi saya kerana saya masih kuat. Bersabda Nabi: Puasalah tiap bulan dua hari. Tambahlah lagi. Bersabda Nabi: Puasalah tiga hari tiap bulan. Berkata: Tambahlah bagi saya. Bersabda Nabi: Puasalah bulan Asyhurul-hurum, dan hentikanlah- puasalah asyhurul-hurum, dan hentikanlah. Puasalah Asyhurul-hurum dan tinggalkan. Rasulullah sambil menunjukkan jari yang tiga dibuka dan ditutupnya- selang seli (Abu Dawud)
P/S: Hakikat puasa sunat yang dianjurkan Rasulullah saw terbahagi kepada 3:
1. Puasa Isnin dan Khamis
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa: “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
2. Puasa selang-seli (Puasa Nabi Daud)
Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud: beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru ra).
3. Puasa 3 hari setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15 (Puasa Hari-hari Putih)
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan: “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).
Semoga kita dapat amal dengan acuan sebenar yang dianjurkan Rasulullah saw. wallahua'lam.
Rujukan:
An-Nawawi di dalam Terjemahan Riadhus Shalihin Jilid 1 & 2 oleh Salim Bahreisy
http://fiqh-am.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment