Ketua: Saya mahu tegur sedikit (nada sopan dan lembut). Awak mengajar English. Bukan agama. Surau tidak sesuai untuk aktiviti dijalankan. Saya faham awak mahu solat awal waktu bila awak minta rehat waktu ke-6 atau ke-7. Saya bimbang apabila pemantau datang.
Cikgu: Saya biasa solat awal waktu. Bila jadi macam ini, saya memang sedihlah (air mata sudah tidak terbendung lagi). Sekiranya saya tidak boleh solat di awal waktu, saya rasakan bagaikan hamba kerja dan bukan hamba kepada Allah.
Kolam mata sudah terlalu banjir dari perjalanan pulang tadi sehinggakan sampai ketika entry ini ditaipkan. Sesungguhnya saya tidak kisah ditegur dan saya faham kefahaman kita dan cara memandang sesuatu adalah berbeza. Sekali lagi, sistem hari ini menjadikan kita lebih takut kepada manusia berbanding Maha Pencipta manusia.
Ketua saya seorang yang baik. Aurat terjaga. Semuanya baik. Saya faham kerisauan seorang pemimpin. Saya menangis bukan sebab teguran beliau. Saya terlalu sebak, memikirkan anak-anak saya yang tidak solat. Walaupun perintah untuk pukul bersyarat pada usia 10 tahun tetapi usia 7, 8 tahun adalah usia untuk pengenalan dan memupuk, menyemai kecintaan, tidak sabar-sabar menghadap Ilahi.
Cadangan beliau, masuk ke kelas dan sediakan kerja. Minta guru sebelah melihat-lihat anak-anakku yang ramai itu. Pengamatan saya, anak-anak usia ini memang tidak boleh dibiarkan lepa walaupun seketika. Asbab itu, saya lebih sanggup untuk bawa mereka semua menunaikan solat bersama-sama saya tadi.
Kedua, tunggu habis kelas sekitar 510 petang dan tunaikan solat selepas itu. Ini betul-betul ujian buat saya. Saya tidak mahu takdir pengakhiran saya dalam keadaan saya berhutang solat dengan Allah. Minta Allah jauhkan tiba-tiba terkena serangan jantung dan mati dalam keadaan melengahkan waktu solat. Allah! Lemahnya saya rasa ketika ini. T__T
Wahai puan hajjah yang saya cintai kerana Allah, kalaulah hajjah tahu betapa sayangnya saya kepada puan hajjah. Saya tidak mahu puan hajjah dipertanggungjawabkan tentang tanggungjawab kehambaan saya yang sengaja dilewatkan hanya kerana tuntutan dunia. Sekurang-kurangnya, hajjah tidak perlu menjawab bagi pihak saya. Saya terlalu ingin memudahkan urusan hajjah dengan Allah nanti sebagai pemimpin.
Maka, dosa ini adalah dosa rangkaian dan berkait-kait. Ketua saya dibawah kuasa ketua di atasnya. Ketua di atasnya adalah di bawah kuasa ketua di atasnya. Lapisan demi lapisan yang bakal dipertanggungjawabkan kelak. Bayangkanlah pemimpin negara yang bakal menjawab kerajaan dan isinya yang berada di bawah pemeritahannya. Begitu juga saya. Saya juga akan dipertanggungjawabkan anak-anak yang berada di bawah jagaan saya. Ya Allah! Seksanya T__T.
Tampak isu solat awal waktu itu remeh tetapi bukan pada saya. Mati itu terlalu dekat. Kita sahaja yang rasa kematian itu jauh kerana ianya kerahsiaan Allah. Kita tidak tahu ketibaan, asbab kematian dan sebagainya. Sungguh kita tidak dinilai pada permulaan hidup kita tetapi kita semua dinilai di pengakhiran kehidupan kita. Mati dalam taat atau lalai T__T.
Allah! Allah! Allah! Bantulah hamba ya Allah! T___T
Buku wasiat. Dan hidup ini terlalu singkat.
Nampaknya, saya perlu fikirkan semula cadangan suamiku tercinta fillah. Buat donut senang hati. Masa dhuha, solat dhuha. Masuk waktu terus solat. Hidup dengan gembira. Saya pula berfikiran lain. Saya rasakan yang sistem salah ini memerlukan kualiti insan-insan taat yang faham kepentingan hidup beraqidah untuk ditanamkan ke dalam hati anak-anak keseluruhannya. Sekiranya makpak diluar sana faham, betapa sayangnya 12 tahun anak-anak mereka dibiarkan dalam sistem yang lemah ini. Allah! Lemahnya hamba ya Allah!
Hati ini terlalu sebak.
10 comments:
noen T____T pinjam bahu T_____T
saya setuju cadangan suamimu. T__T
mula2 daku pun gundah gulana, resah gelisah. tapi Allah sebaik2 perancang.
cepat kak leen, jom. nekad kerana Allah.
yani: inshaAllah tunggu takdir Allah seterusnye..kesian kt budak2..kalau tidak ade yg mengingatkan..siape lagi yg akan ingatkan T____T
Allah akan ingatkan insyaAllah.
Allah Maha Pemelihara
yani: ini mungkin jalan yang Allah bagi buat kklin untuk bertemu masyarakat. kelompok die bukan sahaje budak2 tapi meliputi rakan sejawat, parents. alhamdulillah hari ini Allah temukan mad'u yang kepingin usrah T___T...rakan sejawatku T___T...datang dan bertanye itu dan ini asbab imej dan pembawakan...moge ramai lagi hati2 tersentuh untuk disantuni T___T
Allah bantulah kami T___T
p/s/s: suamiku juge kutahan untuk bertahan..kerana ramai anak2 remajenye perlu disantuni walaupun hanye bermain bola di padang di waktu petang..bayangkanlah jike tiada seorang bapa yg berkesedaran T___T
Moga Allah mudahkan.
Doakan yani juga.
Walau masayarakat nampak saya ni mcm terperuk dlm rumah tak buat apa2, Allah sahaja yg tahu. Setiap kali keluar rumah, pasti terjumpa jiwa2 yg perlu disantuni. Jiwa yg perlu disentuhi dgn kebaikan.
tulah kene mujahadah super tinggi..
tulah leen Allah takkan memberikan sesuatu diluar kemampuan hambaNya.. InsyaAllah..sama2 kita bermujahadah..ameen..
yani:k.aza pun tengah sedaya upaya ber'pantang' macam yani..Ada sikit Allah jentik di hati ni sebaik sahaja terbaca komen yani tu. (hati terbuka masa leen start. tapi terjentik utk betul2 buat bila baca komen yani.)
Alhamdulillah. terima kasih.
yanI: itulah takdir Allah yg terbaik setakat ini utk kite masing2 yani T___T..yani di rumah tapi ade jiwe2 yg sedang disantuni..fitnah luar rumah utk wanita adalah satu fitnah yg sgt perlu dijage rapi..sebb tu wanita memang baik di rumah..doakanlah daku selalu yani T___T
para murabbi/murabbiah ramai je dalm sistem ni..pensyarah dan sebagainye tetapi mereke masih bertahan kerana mad'u2 yg perlu dikasihani..bayngkanlah pelajar2 university T___T
aza: ummat ni mejadi kuat dgn bermulenye kesedaran individu muslim..individu muslim yg kuat bergabung sbg bait al muslim make melahirkan masyarakat yang baik..inilah tangge tugas kite skrg T___T
k.aza : aiseh, comment mane pulak ni? baru je nak delete semua comment. yani nak keluar la dari sistem ni. nak tutup fb!!! tutup semua mcm dulu. doakan yani.
k.leen : insyaAllah k.leen sentiasa dlm doaku.
Moga Allah redha kita semua.T__T
Post a Comment