20.3.14

PERANGAI BURUK (2) l MUZIK


13 Rabi'ul Awal 1435
15 Januari 2014
Rabu

Tarikh di pepenjuru kanan atas adalah tarikh keramat sebagai satu lagi anjakan paradigma dalam hidup saya. Hampir 3 bulan yang lalu, unta Insyirah saya dimasukkan lagi ke hospital. Kali ini dilanggar dari belakang dan suami sempat tekan pedal brek. Alhamdulillah ianya hanya melibatkan unta kami dan unta dibelakang kami sahaja.

Cedera pada 13.3.1435 hari Rabu petang selepas Asar.

Jadi, sekali lagi saya meminjam unta makku tercinta fillah. Terpaksa mak korbankan kelas mengajinya di pagi hari untuk beri laluan kepada saya. Unta mak pun sudah berumur dan selalu sakit-sakit. Sakit tidak mahu hidup. Jantung sakit kronik dan sudah diganti bateri baru. Baru-baru ini sakit kaki. Berkejar saya keluar ladang sebelum keluar semua anginnya. Keesokkan harinya pula, sakit yang saya cari sendiri. Lupa tutup lampu! Jantung pun lemah dan perlukan talian hayat.

2 kali kawan-kawan setugas bertungkus lumus memberi nyawa kepada unta mak.

Dalam 2 kejadian hari berlainan, rakan-rakan setugas saya bertungkus lumus usung keluar garaj. Cari jumper. Kali pertama ada jumper dan kali kedua, tuan punya jumper tiada di rumah. Jadi, penghabisannya tolaklah mereka beramai-ramai. Tidak mahu hidup juga. Cara terakhir, keluarkan bateri salah seorang dan pinjam untuk berikan talian hayat kepada unta mak. Alhamdulillah bernafas semula.

Allah! Dua kali saya menyusahkan rakan-rakan setugas. Dalam keadaan cuaca panas kering dan berdebu merah. Susah payah mereka hanya Allah sahaja yang mampu balas.Semoga Allah temukan kita semua kembali di dalam syurga atas kebaikkan kalian. Jazakumullah buat antum semua.

Hadiah buat kawan-kawan setugas atas kebaikan mereka kepada saya.

Permulaan khidmat saya pada tahun 1435H, saya bukan sahaja memasang hajat untuk solat tepat dan selagi mampu seawal yang mampu iaitu selepas azan, terus sahaja solat, malah, saya juga berikrar untuk buang perangai buruk saya yang ke-2 iaitu mendengar musik atau lebih tepatnya melayan nasyid!

Ada masa-masa saya sungguh mengelat dalam zikrullah. Kebiasaannya saya membaca zikir mathurat ketika memandu ke tempat bertugas. Saya akan usaha untuk menyudahkan zikir saya segera untuk mendengar berita di radio IKIM dan sebelum bermula kuliah ilmu, ada satu dua lagu nasyid yang diputarkan DJ bertugas. Jadi, saya nantikan nansyid tersebut. Khayal sendiri T__T.

Jadi, bermulanya hari pertama ke tempat kerja pada tahun ini, 1435H, saya mula istiqomah dengan zikrullah dengan bantuan tasbih ketika memandu. Ketika itu unta insyirah belum masuk hospital. Takdir Allah itu adalah sebaik perancangan. Ketika unta insyirah dalam hospital dan saya menaiki unta mak ke tempat kerja, Allah kurniakan saya masa-masa kualiti untuk menghayati dengan hati makna disebalik zikrullah kerana saya tidak pandai kendalikan radio dalam unta mak.

Zikir dengan hati yang menghayati.

Perjalanan yang memakan masa agak panjang melalui tanah merah dalam estet sawit, Allah kurniakan impak yang sangat besar dalam menghayati makna zikir. Pernah saya memandu dan ada kelompok kabus pagi berbentuk pintu gerbang yang panjang. Meremang roma saya sehingga sampai ke destinasi. Sejuk seluruh badan. Bagaikan berada di dunia yang lain.

Saya hanya membayangkan syurga Allah. Membayangkan air mengalir di bawah perut bumi. Allah! Seronoknya syurga Allah. Nikmatnya dapat bertemu dengan Allah. Cita-cita terbesar mukmin yang diimpikan saya. Bertemu Allah T__T.

Usah anggap sesuatu yang buruk Allah bagi pada kita, hanyalah sebuah kebinasaan. Sebenarnya, ianya tanda kasih sayang Allah. Unta masuk hospital, pinjam unta lain, rupanya Allah sedang merencanakan yang terbaik dalam hidup kita. Allah tarbiyyah saya dengan masa-masa tanpa radio supaya berasa seronok dengan zikrullah. Allah beri saya masa untuk bina kuasa cinta luar biasa kepada zikrullah.

Selamat kembali berkhidmat unta insyirahku ;).

Kecintaan yang mendalam dengan menghayati makna zikir, membuatkan hati saya menolak muzik walaupun nasyid. Nasyid pun ada kalanya melekakan. MashaAllah sayangnya Allah T__T.

Banyak perkara yang saya sedari hari ini, ianya telah diingatkan dan diamalkan suami saya sejak dahulu. Cuma ketika saya zaman pra dewasa, saya tidak mampu ikut rentaknya. Kami banyak berbeza mungkin asbab faktor umur dan pengalaman. Rupanya ianya adalah satu proses. Hati juga perlu ruang dan peluang untuk dilunakkan dengan izin Allah.

Dahulu saya gemar mendengar radio tetapi hanya IKIM sahaja. Saya suka mendengar nasyid-nasyid yang IKIM hidangkan. Saya tiada CD, DVD nasyid. Permintaan suami saya, nasyid dan radio, silalah dengar apabila saya seorang sahaja di dalam kereta. Sekiranya ada anak-anaknya, saya hanya dibenarkan memasang CD Al-Quran atau lebih baik tidak pasang apa-apa sekiranya tiada CD Al-Quran.

Peringatan suami kepada saya perihal muzik, sekiranya Allah jemput dalam keadaan saya sedang mendengar nasyid/radio dengan Allah jemput ketika saya sedang dengan alunan Al-Quran, yang manakah lebih baik? Mati itu tersangat dekat. Jadikan kematian kita sesuatu yang sangat bermakna disisi Allah T__T.

Saya mula terpukul dengan perangan buruk saya ini ketika heboh seantero dunia tentang 'syahid yang tertangguh', Allahyarham Ammar yang dikebumikan dengan sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al-Ansari di Turki. Dikhabarkan, ketika hembusan nafas terakhirnya, beliau sedang mendengar Al-Quran. MashaAllah T__T.

Semenjak itu, saya sedar nasihat suami saya berkenaan muzik. Saya mula membina rasa cinta kepada zikrullah. Saya mula menghayati makna zikir. Disebabkan saya belum hafizah 30 juzuk Al-Quran yang mana perlu diulang-ulang bacaan Al-Quran, zikrullah adalah jalan terbaik untuk hati saya ingat Allah. Ingat kematian untuk bertemu Allah di syurga nanti T__T.

Tepat masanya. Saya beli melalui rakan setugas kesayang fillah, Puan Nurul, Whatsup: 0177413029. Hanya RM5 untuk 100biji. RM2 untuk 33biji.

Alhamdulillah tasbih hijau itu menjadi peneman zikrullah. Perjalanan yang agak panjang pergi dan balik ke tempat bertugas lama, Allah izinkan saya habiskan zikir mathurat dan sambung dengan
1. Astagfirullah 100kali
2. Subhanallah 100kali
3. Alhamdulillah 100kali
4. Allahuakbar 100kali
5. Lailahaillah 100kali
6. Selawat ibrahim 100 kali.

Selawat Ibrahim adalah bacaan dalam tahyat akhir kita dalam solat. Menurut kuliah Ustaz Amin baru-baru ini, selawat Ibrahim ini adalah selawat terbaik. Beliau menceritakan bagaimana saudara-saudara kita membaca selawat ini ketika dikepung dalam Baitul Maqdis dan ianya menimbulkan kegerunan tentera zionis. MashaAllah dengan izin Allah khasiat selawat Ibrahim.

Dengan izin Allah juga, saya baiki diri dengan kemaskini solat, menghayati dan amal zikrullah di atas dengan istiqomah, Allah kurniakan anak-anak terutama Muhammad ketika ini, cerna ayat-ayat cinta Allah sungguh MashaAllah! Sedarlah saya, mak perlu banyak berkorban untuk anak-anak. Doa mak-mak lebih makbul berbanding ayah. Mak perlu mujahddah banyak perkara.

Sungguh redho Allah kepada anak-anak berkait rapat dengan amalan seorang mak T__T.

8 comments:

All about a journal said...

uuuuu T_T

oh tabiat2 burukku menggunung tinggi..

Alhamdulillah dengan izinMu hadirkan u memberi peringatan..

InsyaAllah semoga meresap ke jiwa..

Tarhata Kiran said...

akak, bila akak start ajar anak menghafal yer? anak saya dah dua tahun and pandai nyayi lagu2 local ryms...and dia sangat suka. sangat mudah hafal lagu tu. tapi bila nak ajar hafal baca quran dia taknak. apa tips yer?

@LeenShamsh said...

aza: sifat manusie itu sentiase menarik, ditarik dan tertarik..mcm tali layang2..same dgn diriku..mohon Allah tetapkan hati dgn iman dan kembali kepadaNya dalam keadaan paling diredhoi Allah...

wuuuuwuuu ingin bertemu, menatap wajah Allah T__T..indahnya dunia, pasti indahnya Yang Maha Menciptakan alam ini.. T__T


tarhata kiran: kalau tanye suami akk, sedikit keras. dulu kami ade bg dgr nasyid2 doa dan bile tgkkan Muhammad lah sebb ni pengalaman zaman die, ayah die tegas suruh sembunyikan dulu vcd2 selain al-Quran..cume VCD kenal huruf hijaiyah ada kami bagi berkala..inshaAllah untuk bantu baca Al-Quran cepat..

2 tahun usia yang inshaAllah sgt belum terlambat. Muhammad kami mule untuk istiqomah pun sejak umo 2 tahun.

pade pndpat akak, inshaAllah sembunyikanlah dahulu semua muzik2 dan kenalkan pada Al-Quran.

cinta perlukan masa ;).

untuk bina sebuah cinta, kita perlukan pengorbanan. begitu juga jika kita mahu tanamkan kecintaan Allah, Ar-Rasul, Al-Quran kepada anak2. beri peluang dan ruang inshaAllah.

pada akk, jgn jemu. memang penat, mudah2an hasil tanaman kita kemabg cantik dan bermanfaat buat semua orang inshaALlah ;).

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Kalau di opis saya selalu leka.. bila dengar azan mesti kata kejap lagi...kejap lagi... penyudahnya selalu tak dapat berjemaah..

Norbaizura Yaso said...

Maksudnya mmg kena stopkan dia dari lagu lain dulu la...sebbnya lagu2 lain akan lebih menarik minat dia berbanding bacaan alquran.. Unfortunately lagu2 tu banyaknya yg dipelajari di taska..

@LeenShamsh said...

kakBSB: syaitan memang hebat main peranan..Alhamdulillah skrg bile dgr azan, sy ckp dalam hati walau tengah adun doh donut, masak ke ape, sy kuatkan semanagt, 'jangan jadi hambe pade dunie'..basuh tgn, capai kayu sugi, ambek wuduk..solat dan selesai, sambung balik kerje2 kite..cume masalah skrg keje petang..anak2 sekelas dekat 40..mudah2an Allah bantu sy nk solat awal waktu..kalau tidak, quit lagi baik T__T.

bai: ye bai..ikut pengalaman mcm tulah..nansyid ke ape ke memang akn lebih diminati..bukan saje budak, cube tnye org dewase, diri akak sndiri, contohnya mane lagi kite pilih, nk dgr Al-Quran atau dgr nasyid semase memandu?

mase zaman jahiliyyah, memang nasyidlah jadi pilihan. Alhamdulillah hati yg baharu, Allah jadikan nasyid melekekan itu lebih menyesakkan hati bile dgr di radio..

Al-Quran 24jam yg dipasang dirumah, sebenarnya mendidik dalam melunakkan hati..bayangkan berape tahun Allah izinkan istiqomah, dan baru sekarang Allah izinkan ianya terkesan di hati sanubariku T__T

betapa Allah sayang T__T

Rashidah Ismail said...

Jazakillahukhair kak..mmg sy tertanya2 dlm hati adkh perlu hiburan2 nursery rhymes utk anak2..allah antakan akak untuk mjawabnya..Alhamdulillah :)

@LeenShamsh said...

rashidah: T__T kuffar akn cipta ape saje utk melalaikan kita dan generasi kite dr Allah, Al-Quran..ape juge bentuk serangan supaye ummat Islam hanya islam pade name T__T kite telah ditanamkan bahawe english tu international language, ape lagi tah, maksudnye menguasai english itu hebat, org yg tak kuasai english itu jahil..walhal org yg paling rugi itu adelah org yg tak tau bahase rasmi penghuni syurge...

inshaAllah akk percaye, semue languages pun mudah dikuasai bile kita kuasai Al-Quran..ilmu2 lain itu terlalu mudah inshaAllah!

kalau kite, org tue kite silap, mudah2an Allah izinkan kite tak ulang kesilapan2 itu untuk generasi anak2 cucu cicit kite inshaAllah... T__T