10.7.13

RAH (4) l AKHIRNYA AKU WANITA!

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sinopsis cerita mengisahkan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga selama hampir 5 tahun tetapi hanya bersilat di dapur sekali sekala kerana rasa rendah diri yang keterlaluan kepada suaminya yang memasak sedap sedikit sahaja pun dari dirinya. Setiap kali masuk tahun baru hijrah, dia sentiasa menanamkan azam memasak untuk keluarganya dengan syarat, si wanita ini mahukan dapur yang selesa. Oh mengada-ngada sungguh si wanita tadi!

Setelah hampir 5 tahun, si wanita sudah tidak tahan lagi dengan tekanan kewanitaannya untuk memasak sendiri. Selama sebelum itu, si suami memang buat tidak tahu sahaja. Jadi, si wanita terpaksalah mengambil inisiatif memajukan dirinya dengan meminta tumpang dapur baru di rumah suaminya. Janji ditepati haha! Setelah dapur siap, maka suami dan anak-anak pun dapatlah merasa air tangan isteri dan ibu yang sungguh amatur tetapi berlagak profesional haah!

Masakan kasih sayang yang pertama sebelum pintu kabinet dipasang! Ayam masak kari. Jujurnya ibu tidak boleh makan ya anak-anak. Alhamdulillah ayah lebih-lebih lagi Muhammad siap hulur pinggan minta tambah nasi. Sayang shaikh kabir! Pandai menghargai ibunda ;P.

Masakan kasih sayang kedua. Juga sebelum pintu kabinet dipasang! Chicken chop bersos lada hitam! Teringin sangat makan. Kata ayah sos lada hitam tersebut menjadi ;D.

Ayam ujang kita disini panggil. Ini memang sedap. Angkat bakul sendiri haha! Resipi makngah Muhammad.

Kerutuk telur. Komen ayah, masam sedikit terlebih asam dan kurang manis. Kritikan berhati-hati takut ibu tidak mahu masak lagi :P.

Kerutuk telur edisi pembetulan daripada ayahanda kalian. Ibu rasa sama sahaja dengan yang ibu buat semalam :P.

Ikan kerisi masak masam manis. Sedap juga! Angkat bakul lagi haha!

Balik kerja hari Jumaat terus ke dapur masak ikan tumis asam. Alhamdulillah sempat ayah makan sebelum solat jumaat.

Kari ayam edisi pencecah roti dari Mekah yang nenek beli semasa menunaikan umrah bersama Pak Andak baru-baru ini.

Ikan caru bakar bertelur keliling pinggan cecah air asam. Suka hati sahaja bagi nama :P.

Nasih ayam edisi derhaka! Akibat derhaka, maka rentunglah ia. Buat plating hingga lupa ayam dalam kuali. Sos tiram tidak digunakan. Ganti madu ;).

Nasi ayam edisi pembaikkan. Perlu praktis lagi! Tidak sama lagi dengan nasi ayam nenda.

Rendang ayam malas resipi ayah. Dikisar semuanya seperti bawang + bawang putih + lengkuas + halia + cili padi + kerisik + santan + daun limau purut. Tumis, masukkan ayam dan setelah ayam masak, masukkan gula daun kunyit dihiris halus. Padam api tunggu sekejap tabur garam secukup rasa. Siap!

Ikan bakar tomyam yang terlalu derhaka. Nama tomyam tetapi tiada langsung tomyam di dalamnya. Ibu yang sangat lapar mulanya terus sahaja kenyang. Ayah pula makan berselera siap habiskan nasi ibu yang masih banyak berbaki. Alhamdulillah memang jenis yang tidak memilih dan senang urus tadbir perutnya haha!

Masak lemak cili padi ayam kering. Kering sebab kuah kering dalam kuali. Api terbesar. Nak ambil! Walau bagaimanapun, ianya sedap kata ayah ;D.

Rendang daging yang sangat sihat. Sihat asbab semuanya diambil di kebun kecil ayahanda kecuali santan dan kerisik. Kali ini beza dengan rendang kerana santan habis. Telefon ayah, ayah kata ganti dengan sejenis buah dalam bekas rempah. Bentuk lebih kurang buah pelaga tetapi besar 2 kali ganda.

Ibu lebih suka masak ayam kerana semua ayam sifatnya sama. Ibu tidak suka masak ikan kerana masalah terbesar ibu, ibu tidak kenal ikan haha! Memang masalah tidak kenal ikan kerana bukan semua ikan sesuai dengan jenis masakan. Ikan pula ada yang banyak tulang, bersisik banyak dan macam-macam lagi yang sedap apabila kena dengan masakannya sahaja.

Ibu mencadangkan pada ayah, yang ayam biar ibu yang masak dan ikan ayah yang masak haha! Alasan mengelat! Sampai bilapun tidak kenal jenis ikan. Lagi satu, ibu memang tidak ke pasar beli barang basah. Tidak dibenarkan ayahanda. Jadi, semakin rendahlah potensi mengenal ikan yang mana elok dan tidak. Kebiasaannya pesan nenek atau makngah ikan segar tanpa ubat.

InshaAllah ada kelapangan ibu mahu juga kongsikan jenis gula, garam, tepung dan beras yang dicadangkan dan sebelum ini juga kita gunakan. Gula dan garam sebelum kenal kumpulan Whatsup prochoice vax inshaAllah memang kita tidak makan gula dan garam putih. Tepung sahaja ibu baru tahu ada GMOs dan inshaAllah juga ibu terangkan juga cara mengenal GMOs dalam makanan kita inshaAllah. Pastinya BAi inshaAllah tidak pernah ada MSG atau ajinamoto. InshaAllah moga Allah bantu kita istiqomah memegang slogan mencegah lebih baik dari mengubati dengan 'menjaga perut' seperti saranan Rasulullah SAW inshaAllah!

p/s: Silalah pilih menu berbuka puasa anda malam ini haha! Bajet sedap macam chef!

9 comments:

@LeenShamsh said...

haah amatur noen ;P

ain said...

Garam halus halalgel?

@LeenShamsh said...

ain: garam warne pik..kaklin beli yg rki punye tahun lepas tak abes lagi hehe..tapi puan noen di atas die tukar kpd garam gunung himalaya..kaklin da terserempak kt pasaraya.mahal sket..semue bnd sihat mcm gule perang/merah garam mmg ade mahal sket ain T__T

humble.yat said...

kak ummu:
saya pun sentiasa berazam nak msk, bawakan belak , tapi tercapai sedikit sahaja..

alhamdulilah, kali ini dapat buah acar buah permintaan suami, pembuka selera sahur katanya..:-)

menyelrakan aje semuanya..sabar ajelah bulan2 puasa ni..:-)hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM..amboiiii,klu UM dah ke dapo mcm2 resepi yg best2 keluar ya..Alhamdulilah,rezeki utk family :)

Rozie said...

menariknya tengoklauk2 diatas..

FADLUL & FIFAH said...

ganti dgn buah keras kn?wah!!mantap2 menu kite!!

@LeenShamsh said...

humble yat: tu maksudnye..silelah masak lagi wahai isteriku hehe.yekan name perempuan naluri fitrah tu takkan lepas ;)

kaktie: belum lawan kaktie lagi nih ngehngehhh ;P

sayangku zakie: indah rupe, rase belum pasti hehe

fifah: haaah!!! name die buah keras. suamiku kate die lemakkan makanan..ye ke? takpe pah yg pnting 30markah utk anda! nanti belaja dgn pah name2 rempah ;)

Marlina Mohtar said...

Tahniah Ummu Muhammad =)

air tangan isteri dan ibu itu yang terbaik...apatah lagi diadun bersama doa2 dan zikir2 ketika memasak!

teruskan usaha =)