15.7.13

SIHAT DENGAN CINTA (4) l SUNNAH TIDUR

1. Hendaklah tidur di awal malam, sebaiknya sebelum tengah malam kerana banyak hormon-hormon untuk kesihatan dan ketenangan dirembes di awal malam. Kita pun akan lebih ceria dan segar bila tidur awal.
2. Tidurlah mengiring ke kanan dan menghadap kiblat. Posisi begini menggalakkan pengaliran darah maksimum ke otak, kemudian badan dan yang paling sedikit, kaki. Ini dapat mengelakkan keadaan bengkak kaki semasa mengandung atau sekiranya terdapat kegagalan jantung.
3. Berwudhuklah sebelum tidur dan baca doa tidur.
4. Sekiranya terbangun di tengah malam, bolehlah disambung kerja-kerja rumah yang belum selesai atau bersolat tahajud. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bangun malam.


Puan Tabib Terpercaya

2 comments:

BISHANANI OMAR said...

Kedudukan tidur bila ada anak dah tak boleh mengiring kanan
Sebelah kanan Mustaqim dan sebelah Kiri Mursyid
Hee hee
Dan bertukar posisi mereka di malam hari

Ummu Muhammad said...

hehhe..kene tambah lagi 2 anna..kepale kaki keliling ummi sume..kat sini bile 3 hero da memenuhi ruang..heroin tido atas katil hehehh..