Atas rasa kasih sayang, bukan paksaan, Rasulullah s.a.w telah mengajak kita supaya mengikuti sunnahnya sebagaimana Allah mengilhamkan kepada baginda dalam Quran dan hadis yang mana ianya relevan tiap ketika tidak mengira zaman. Jadi, marilah sama-sama kita cuba amalkan apa yang termampu demi kasih sayang terhadap Rasulullah s.a.w inshaAllah.
Katakan kepada mereka sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, maka Allah pula mencintai kamu. [Ali Imran:31]
Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia. [Hadis]
SUNNAH MAKAN
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas. [Al-A'raf:31]
Makanlah di antara rezeki yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. [Taha:81]
Menurut ayat di atas adalah satu kewajipan untuk tidak makan berlebihan. Allah membenarkan kita makan dan minum tetapi dalam kuantiti yang secukupnya dan tidak berlebihan. Ayat-ayat cinta Allah ini jelas menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada kita kerana dengan jelasnya Allah menyatakan yang makan berlebihan menuju kebinasaan.
Rasulullah menyuruh makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Rasulullah bersabda yang bekas yang paling buruk di isi oleh anak Adam adalah perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk menegakkan tulang belakangnya tetapi sekiranya dia dikuasai nafsu, makanlah 1/3 , tinggalkan 1/3 untuk air, 1/3 lagi untuk pernafasan..bagaimana batasan 1/3 ini.
Menurut sains apabila perut kita diisi 1/3, maka ia akan mula bergerak ke duodenum (permulaan usus kecil) dan pergerakan ini menyebabkan sfinkter duodenim terbuka dan ada pergerakan udara ke atas dan menghasilkan sendawa yang pertama. Jadi, berhenti sebelum kenyang adalah sendawa sebelum sendawa yang pertama. Gerakan peristalsis kita pula adalah perlahan dan memerlukan sela masa untuk menghantar maklumat ke otak menyatakan bahawa kita sudah kenyang.
Apabila lapar asid hidroklorik akan dihasilkan oleh perut dan bersedia melakukan proses penghadaman yang efisien. Asid ini jumlahnya tidak banyak dan hanya cukup mencerna 1/3 dari isi perut. Maka apibila makan berlebihan, yang lebih itu akan membebankan perut kita dan menyebabkan mengantuk kerana badan ingin juga menolong kita menghadam makanan itu. Jika kita tidak tidur terpaksalah pencernaan itu dikorbankan.
Makanan yang tidak dicerna sempurna menyumbang kepada penghasilan gula yang tidak sempurna dan gula yang tidak sempurna tidak akan diguna untuk metabolism sel dan lebih dianggap toksik atau bendasing kepada badan dan akan dikumuhkan. Bukankah ini memberikan beban yang lebih kepada buah pinggang, hati, limpa, jantung malah semua organ lain. Ini adalah tidak adil dan zalim kepada organ kita kerana kita tidak menunaikan hak mereka yang sepatutnya.
Basuhlah kedua tangan sebelum makan dan mulakan dengan Bismillah.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya. [Hadis Riwayat Muslim]
Rasulullah juga menyarankan kita mengunyah lama supaya tidak membebankan perut kita untuk mengisar makanan seterusnya tenaga yang lebih kurang digunakan untuk mencerna makanan. Mengunyah lama juga menyebabkan makanan kita lebih lama berinteraksi dengan air liur dan memberi lebih faedah kepada organ badan. Ini merupakan suatu sedekah kepada tubuh kita atau hadiah atau bonus.
Duduk Sunnah
Duduklah seperti sunnah iaitu kaki kanan dilipat ke dada sementara kaki kiri dilipat ke belakang dan duduk diatasnya. Kedudukan ini memberikan sedikit tekanan ke atas pundi hempedu agar cecair hempedu dapat dirembeskan untuk mencerna lemak.
Makan Buah
Makanlah buah buahan dahulu sebelum makanan utama kerana rasa manis yang ada dalam buah memberikan tenaga segera kepada perut, pundi hempedu dan limpa untuk terlibat dengan bertenaga semasa proses pencernaan.
Kalau berkesempatan, berkongsilah makanan anda dengan orang yang disayangi kerana Rasulullah tidak biasa makan berseorangan. Berkongsi dalam keadaan redha dan sayang kepada yang lain. Menurut ramai pakar perubatan seluruh dunia apabila kita berkongsi makanan, hormone oxytocin akan dirembeskan. Hormon ini menyebabkan kita rasa lebih gembira dan berfikiran positif.
Makanlah makanan yang halal lagi baik (berkhasiat). Jauhilah makanan yang mempunyai perasa tambahan dan bahan pengawet yang memudaratkan kesihatan.
Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. [Al-Baqarah: 168]
Adalah kewajipan untuk memakan makanan yang thoiyyibah kerana kitalah yang bertanggungjawab memasukkan apa jua makanan dalam mulut kita kerana ia menjadi darah daging kita dan membentuk pemikiran kita. Dunia hari ini telah mempromosikan makanan yang tidak thoiyyibah atas sebab menguntuntungkan kerajaan walhal ianya membebankan kesihatan rakyat. Contohnya minuman segera, minuman berkarbonat. Ini dijenamakan dengan begitu baik skali menyebabkan kita tak rasa bersalah mengambilnya ke mulut kita.
Cuba renung kembali bagaimana sahabat sanggup mengeluarkan kembali makanan yang ada di mulut mereka apabila mereka mengetahui sumbernya syubhah atas dasar terlalu takut dengan azab api neraka, tetapi kita hari mewah mengisikan bekas yang paling buruk ini malah dengan makanan yang buruk pula. Maka datanglah kebinasaan dari Allah dalam bentuk penyakit yang menimpa mereka.
Hari ini malah kita menghabiskan masa kita belajar resepi-resepi untuk menyedapkan makanan dan membuang masa menonton rancangan pertandingan masakan dan kita lupa yang kita hanya nak mengisi sebuah bekas yang paling buruk. Namun sedap itu harus, tidak salah, tapi dengan sedap itulah menjadikan kita sukar untuk mengunyah lama dan sukar untuk makan sedikit.
[sumber]
Sesudah Makan
Selesai makan hendaklah jari jemari dihisap kerana perbuatan ini juga dipercayai mampu meningkatkan hormon oxytocin dalam badan kita. Sudahi makan dengan bacaan doa. Wallahu'alam.
Puan Tabib Terpercaya
6 comments:
Oww silap la ain selama ni minum susu kambing ngn kurma time sahur.huhu
Ummu Mursyid dan Mustaqim suka jilat jari selepas makan. Sebab tu tak suka makan pakai sudu garfu
ain: eh ain ade sebut ke teks susu kmbng dgn kuruma tk bule? kklin pun sahur susu kmbng kurme kebiasaaannnye ;)
anna: amal sunnah hidup iA sihat! ;)
Huhu susu ngn buah kn xboleh. Kurma buah kn? Hihihi
ain kesayanganku! kurma dalam susu kmbing lagi digalakkan..kurma ni buah special case hehe..special sebb die makanan Rasulullah SAW kekasih kite semue..maksud buah tu mungkin buah doyan, rambutn, ciku langsat hehhe
Oic. Syukran2 k.lin. heh
Post a Comment