19.7.13

PERUBATAN ISLAM (3) l TEORI KUMAN DALAM ISLAM

Kuman adalah makhluk ciptaan Allah dan Allah telah menjelaskan yang Dia tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Jadi apakah fungsi kuman. Kuman adalah ibarat dugaan dalam kehidupan yang mana akan mematangkan pemikiran kita. Kuman pula mematangkan sistem imun kita dengan setiap infeksi yang disebabkannya dengan penghasilan antibodi. Hanya Allah yang tahu bila dan pada keadaan apa seseorang manusia itu memerlukan jangkitan-jangkitan tersebut. Manusia tidak boleh menyamakan dan membuat jadual imunisasi mengikut pemikiran manusia yang lemah.

Dalam kejahilan hari ini, jika Allah memberikan kuman kepada manusia untuk diuruskan, pasti manusia yang jahil akan memilih kuman-kuman penyebab wabak penyakit contohya measles, chicken pox, influenza dan banyak lagi untuk dihapuskan dari dunia ini. Tapi adakah ini tindakan yang bijak?

Manusia sudah lari dari fitrah sebenar kehidupan. Allah menjadikan kuman itu invisible , bermaksud bukan untuk kita lari darinya. Ibnu Sina, bapa perubatan Islam,mempelajari penyakit dengan gejala yang dibawa oleh penyakit tersebut. Mikroskop tiada di zamannya kerana pada mereka tidak penting untuk menghapus kuman, tapi bagaimana nak hidup bersama-samanya. Bukannya Ibnu Sina tidak mampu mencipta mikroskop padahal penggunaan kanta pada zaman itu sudah ada, cuma kuman itu tidak akan mengapa-apakan manusia. 

Penggunaan bahan-bahan cucian yang dilabel sebagai antibakteria menyebabkan ketahanan badan kita semakin ampuh kerana selalu berada dalam keadaan tanpa bakteria. Islam itu menggalakkan kebersihan seperti membasuh tangan, berwudhuk paling kurang 5 kali sehari dan menganjurkan umatnya agar sentiasa berwudhuk.


Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari. Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.

Dalam hadis ini sudah jelas yang kotoran itu boleh dianggap dosa dan solat itu umpama air yang mengalir yang boleh membersihkan kotoran. Anggota-anggota wudhuk pula adalah bahagian yang paling banyak mempunyai jaringan kapilari yang akan menyebabkan rangsangan yang lebih apabila digosok.

Adalah tidak adil dengan mengatakan kotor itu sebagai kuman kerana kuman yang baik adalah lebih banyak dari kuman pathogenic. Air yang mengalir sudah cukup menyingkirkan kuman pathogenic tersebut. Umpama manusia, manusia yang jahat itu sebenarnya lebih lemah rohaninya dari manusia yang baik.

Badan kita sentiasa berusaha untuk membaiki kesihatan kita. Buktinya jika tangan kita terhiris pisau, jika dibiarkan selama 3 hari tanpa meletakkan sebarang ubat, maka badan kita berupaya untuk menjalani healing processnya sendiri. Mata kita apabila dimasuki habuk, maka akan berair. Ini adalah mekanisma pertahanan yang dipanggil simptom oleh doktor. Peranan ubat yang sebenar adalah mempercepatkan healing process dan jika dilihat dari sudut infection, ubat mempercepatkan inflammatory response yang berlaku agar antibody terjadi pada sela masa yang lebih cepat.

Berbeza dengan simptomatik treatment yang diberikan sekarang, ia bukan mempercepatkan inflammatory response, tetapi meyekat proses inflammatory itu menyebabkan kuman tidak dihapuskan malah boleh merebak(jika melibatkan yang virulent) dan tiada antibody dihasilkan. Sekiranya pesakit mengambil symptomatic treatment secara berulang, system imunnya akan lumpuh dan apabila datangnya wabak , dia mungkin akan mati.

Jadi, dari sinilah berlakunya manusia yang paling agung ini mati kerana kuman yang tak boleh dilihat oleh mata kasar pun. Ini disebabkan system imunnya yang telah direncat secara berulangan pada infeksi-infeksi lalu yang dihadapinya. Inilah bukti yang menyatakan dadah memang terang-terangan tidak boleh menjadi ubat. Disebabkan manusia menerima dadah sebagai ubat, maka ada manusia yang mati kerana kuman. Padahal itu tidak benar pada zaman dahulu. Keseimbangan unsur alam, sanitasi yang baik, air yang bersih,udara yang bersih dan kasih sayang yang menentukan semua ini.

Menurut sejarah, Ibnu Sina membuat ubat dari tumbuh-tumbuhan tetapi orang barat telah menemui cara untuk mempatenkan struktur kimia ubat tersebut. Pada pandangan manusia biasa ia adalah serupa tapi menurut Islam, manusia tidak akan boleh meniru sedikit pun ciptaan Allah, maka itulah sebabnya ubat konvensional mempunyai banyak kesan sampingan.

Ubatan dari tumbuhan tiada kesan sampingan, cuma ada kesan toksik jika diambil berlebihan dan ini menerangkan bagaimana pesakit yang mengamalkan supplement tertentu mendapat kesan toksik. Saya lebih menggalakkan pemakanan dan minuman yang sihat, dan kepelbagaian dalam pengambilan makanan. Saya tidak ingin menyentuh bidang herba kerana ia agak luas dan perlu dipelajari dengan mendalam. Cuma apa yang ditekankan di sini adalah ubatan kimia adalah bukan ubat tetapi merencat sistem imun semulajadi.

Apa yang perlu ditekankan adalah makanan kita seharian kerana dari sumber makanan inilah adanya ubat untuk fungsi badan kita setiap hari inshaAllah!

Puan Tabib Terpercaya

No comments: