15.7.13

SIHAT DENGAN CINTA (5) l SUNNAH BERMUAMALAT

Sunnah ini adalah yang paling besar kerana melibatkan bahagian yang paling banyak dalam hidup kita seharian. Berakhlaklah dengan semua makhluk ciptaan Allah daripada tumbuhan, haiwan dan manusia. Untuk membantu kita berakhlak baik, hendaklah kita menjauhi dari sangkaan yang buruk

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah prasangka, karena sesungguhnya kebanyakan prasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. (Al-Hujurat : 12)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )


Amalkanlah kasih sayang dengan semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama,sentiasa berbaik sangka kerana walau bagaimana berbeza pun kita, kita masih manusia yang mempunyai struktur asas dan anatomi yang sama. Inilah yang ingin digarapkan oleh Perdana Menteri kita dalam konsep 1 Malaysia.

Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari sudut sains , membenci seseorang dan berprasangka buruk menggunakan lebih banyak tenaga dan merembeskan hormone-hormon negatif yang boleh menjejaskan kesihatan,manakala menyayangi dan berbaik sangka menggunakan tenaga yang lebih sedikit dan menghasilkan oxytocin yang banyak. Maka berkasih-sayanglah.

Harapan saya dengan mengamalkan semua sunnah Rasulullah ini dapat memberikan cinta yang mendalam terhadap Baginda SAW yang telah lama meninggalkan kita secara fizikal namun sebenarnya ketahuilah bahawa Rasulullah SAW sepatutnya perlu hidup di dalam hati kita. Banyak perkara yang kita lakukan hari ini adalah menurut hawa nafsu kita dan akal fikiran kita yang masih cintakan dunia. Marilah kita menjadi umat Muhammad yang bukan sekadar buih di lautan tapi ombak yang bisa merubah pantai. Wallahua'lam.


Puan Tabib Terpercaya

2 comments:

UmmiAbi said...

Trima ksh UM ats perkongsian ilmu bermanfaat ini.. Moga kita sentiasa amal ma'ruf nahi munkar..:)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. selamat petang..
datang sini membaca.. terima kasih sharing.. :) sama2 kita memperbaiki..