5.7.13

ALAHAI TV3SUKU

Sedang menikmati teh 'o' halia panas dan semakin berasap rasa hati! Keji rasanya apabila tergamak melaporkan berita bahawasanya:
1. PM Morsi adalah diktator!
2. Melaporkan Basyar (Syria) adalah pemimpin pilihan rakyat.
Ini sangat keterlaluan dan mendapat respon dari semua pihak, contohnya Ustaz Don.


Siapa PM Morsi yang begitu memberi ancaman kepada zionis dan sekutu-sekutunya?

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Muhammadun Abd Rahmanul Karim: 
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji. 

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya. 

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering). 

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran. 

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki." 

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat. 

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana. 

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau. 

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah 

6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM,k.atie ngan HB dah lama tak bukak berita TV3 suku tuh!

Ummu Muhammad said...

aduhai kaktie..tah hape2 tah..agak2lah nk lapor mende pun..tk sensitip langsung

umi alya said...

Gamaknya dorang tak wat kajian kot, moga diberikan hidayah..

NoEn said...

kan...sangat sedih...siap PM kita pesan suruh jadikan pengajaran apa yg berlaku dekat mesir tu kalau pimpinan ditukar T_T

Ummu Muhammad said...

kak tini: itulah moga Allah campak terus hidayah dan taufiq..kesian kak mati aqidah tak sejahtera..muge kite semua kembali dgn aqidah sejahtera aminn

Ummu Muhammad said...

noen: alahai PM..tgk muke PM kasihan sgt rase..mudah2an Allah bantu die utk sedar