20.7.13

PERUBATAN ISLAM (5) l BEKAM

Analogi bekam ini adalah sisa toksik atau hasil dari proses inflamasi akan berada di permukaan. Ini menerangkan bagaimana kesan fever with exanthem yang semakin kurang berlaku disebabkan berleluasanya penggunaan symptomatic treatment. Ini juga menerangkan bilamana rash muncul selepas acute phase sesuatu infection.

Bekam dapat mengeluarkan berbagai toksin dan radikal bebas dalam darah kita. Toksin dan radikal bebas ini memberikan banyak kesan kepada badan kita seperti masalah kulit, kesakitan pada otot dan sendi. Bekam juga hanyalah satu-satunya cara yang efektif mengeluarkan ferritin berlebihan dan zat besi berlebihan dalam badan.


Zat besi (iron) tidak mempunyai mekanisma perkumuhan yang khas seperti mineral lain, maka sebab itulah bekam itu sangat penting untuk semua manusia.

Zat besi berlebihan juga akan menyebabkan penyakit super ego dan kejahatan yang luar biasa. Ia juga akan memberikan kesan pada hati dan ini boleh mengganggu fungsi hati yang banyak terlibat dalam simpanan bahan dan proses koagulasi(coagulation).

Tidak wujud penyakit iron deficiency anemia kerana zat besi tidak mempunyai mekanisma tertentu untuk dikumuhkan dari badan. Masalah dalam anemia adalah kekurangan antioksidan untuk menurunkan Fe3+(ferritin) yang diikat oleh rantaian lattice kepada Fe2+(free iron). Ferritin disimpan di dalam hati, limpa dan bone marrow dan sekiranya berlebihan , maka ia akan ada di dalam darah.

Maka adalah tidak tepat melabel iron deficiency anemia sedangkan kita mengukur aras ferritin dalam serum. Agen antioksidan ini banyak terdapat dalam tumbuhan kering (teh), bijian kering (koko,kopi,halba, jintan), buah-buahan kering (kurma,mangga kering dll).

Bahan-bahan ini mempunyai tannin yang menyekat penyerapan zat besi dari usus kerana fungsinya menurunkan ferritin kepada zat besi bebas. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Sekiranya makanan ini tidak menyekat penyerapan zat besi, maka akan banyaklah zat besi dalam badan kita.

Puan Tabib Terpercaya

3 comments:

Diya said...

Assalamualaikum..
Saya ada sesuatu nak bertanya ttg ibu susuan.. kalau tak keberatan, blh kita bersembang thru medium yg lebih mudah (cth:whatsapp ke) :)

@LeenShamsh said...

waalaikumuslm diya
inshaAllah bole wassup 0133575915 :)

Marlina Mohtar said...

akak sedang mencari waktu yang sesuai untuk berbekam =) hehe